Friday, October 05, 2007

buat dia tersenyum

Aku sering menemukan teman aku ini tersenyum sendiri dalam dua situasi. Ketika membaca sms dan ketika membaca blog. Senyumannya luar biasa. Seolah-olah senyuman seorang bayi yang di acah-acah oleh ibunya. Melihat senyuman dia itu aku jadi tersentuh, biar pun dia tidak tersenyum untuk aku tetapi ikhlasnya tetap terasa.

Pada suatu hari, ketika matahari sudah mahu berselimut, aku datang kepadanya dan bertanya.

"Aku mahu tahu rahsia kamu, boleh?"

Dia yang ketika itu sedang santai bersama segelas nescafe segera mengerut dahi. Dia menyeluruhi wajahku. Mungkn mencari tanda2, aku ini demam ataupun tidak.

"Aku mahu tahu mengapa kamu sentiasa sahaja tersenyum pada dua perkara ini, ketika membaca sms dan ketika membaca blog."

"Aku fikirkan kamu tadi sakit. Tiba-tiba bertanya rahsia. Senyum pada perkara yang kita suka bukan rahsia."

Aku menggaru kepala, dalam hatiku mengiyakan kata-kata dia. Kemudian aku bertanya lagi.

"Maksud kamu, kamu suka membaca sms dan blog daripada orang yang sama, orang yang kamu suka?"

Dia tidak menjawab. Dia kembali mengerut dahi.

"Kamu suka baca sms dia dan kamu baca baca blog dia, apa kamu suka dia ataupun kamu hanya suka tulisan dia?" tanyaku semakin mendalam.

"Hurm... Sulit untuk aku memberitahu bagaimana, tetapi aku cuba. Sebenarnya aku suka membaca blog dan sms dia kerana... dia yang menulis. Aku jadi seperti ternanti-nanti pula sms dia , tertunggu-tunggu pula blog dia. Aku mahu tahu, apa yang dia fikir, apa yang dia buat dan apa yang dia mahu katakan kepada aku. Untuk memenuhi rasa tadi, maka aku jadi sangat suka menerima smsnya dan sangat suka membaca blognya."

Aku mengusap daguku sambil terenyum. "Maksud kamu, kamu suka dia ya?...ehehe"

"Aku suka dia? Itu bukan persoalannya, persoalannya adalah mengapa aku suka dia?"

"Jadi mengapa?" Pantas aku bertanya.

"Kerana dia seperti kepingan puzzle yang sudah lama hilang daripada hati aku. Aku rasa dia ikhlas dalam bertanya khabar, dia ikhlas mahu menghiburkan hati aku. Rasa itu yang aku hilang selama ini. Rasa itu yang menyebabkan aku sentiasa menanti smsnya, menunggu update blognya. Tetapi aku mahu tegaskan, ia tidak di sengajakan. Ia tetiba sahaja rasa begitu dan aku fikir itu takdir."

"Takdir?"

"Takdir itu adalah sesuatu yang berlaku bukan hasil daripada keputusan yang kita buat. Ia berlaku di luar keputusan kita. Tetapi jika aku memutuskan awal-awal mahu menyukai dia kerana fizikalnya, itu bukan takdir, itu akibat."

Aku terdiam. Sejak bila dia bisa berfilisofi sebegini. Ekeke. Dia kemudian ikut diam sambil menghirup nescafenya. Dia juga terlihat lega, lega kerana dapat membasahkan tekaknya ataupun lega kerana sudah mengakui sesuatu. Sesuatu yang baru ujud dalam hatinya.

3 comments:

azeel said...

aku baru baca tentang hal lanun dan bugis.

aku juga keturunan bugis. dan aku akui ada pihak yang menganggap bugis itu ganas dan jahat. tentu saja yang berkata itu adalah musuh-musuh bugis.

setahu aku, bugis ini dengan laut begitu dekat. nelayan, pelayar dan juga tentera upahan bagi angkatan laut mana-mana yang mahukan perkhidmatan mereka.

makanya bila belanda dan inggeris sering diganggu oleh kapal-kapal tentera bugis yang diupah, makanya mereka dilabelkan sebagai 'LANUN'. ataupun juga bila tentera upahan bugis ini memerangi orang-orang tempatan yang bersekongkol dengan bangsa2 penjajah.

maka itu, aku bangga dengan bugis di dalam darahku, kerana sebenar-benarnya bugis yang dicapkan sebagai lanun itu adalah pejuang kemerdekaan!

azeel said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir Batin

Anonymous said...

maksudnya ada kemungkinan utk dia suka kpd insan yg menghantar sms itu,penulis blog itu.

suka saja, bukan jatuh cinta.
tp cinta juga mungkin..
semuanya bergantung kpd takdir.