Monday, July 23, 2007

Mengerti sendiri

Dia ketawa.

Aku diam.

Dia diam.

Aku bertanya, "Mengapa ketawa?"

"Aku mengatawakan diri aku sendiri." Dia menjawab lesu.

"Mengapa? Apa yang lucu berkenaan diri kamu?" Tanyaku sambil memrhati dan mencari dimana kelucuan itu.

"Bukan fizikal, tapi di sini," katanya sambil meletakan tangan kanan kearah jantungnya.

"Kamu sakit jantung?" tanya ku serius.

Dia bungkam sebentar sambil memandang tepat ke arahku. Dia berkata, "Susahnya punya kawan yang lurus seperti kamu. Aku bukan maksudkan jantung aku. Tetapi hati aku."

"Mengapa dengan hatimu pula?" tanyaku sambil menggaru kepala.

"Remuk," ringkas ayatnya. Dia menundukkan kepala. memandang lantai restoran mamak yang kusam.

"Kau putus cinta?" dugaku. Lengan ku kemas di letak diatas meja.

"Iya. Aku menjadi mangsa." Dia berkata sambil mata liar memerhati wanita di meja hujung.

"Sebenarnya kamu sudah jadi mangsa sebelum kamu putus cinta lagi dan aku tidak fikir kamu akan berjaya dengan cintamu itu," kataku cuba mengisi petang itu dengan borak-borak kosong. Berbasa-basi berkenaan cinta.

"Maksud kamu?" tanya pelan. Mungkin dia sedikit terkejut kerana aku bersangka begitu berkenaan cinta dia.

"Ketika kamu bercinta, kamu sudah menjadi mangsa keadaan..."

"Bagaimana?" sampuk dia.

"Ketika kamu bercinta kamu berubah. Berubah menjadi lelaki yang kemas, yang rajin bekerja kerana perempuan yang kamu cintai itu mahu kamu begitu. Kamu berubah kerana keadaan memaksa kamu berubah. Mereka yang berubah kerana keadaan memaksa adalah mangsa keadaan dan mereka yang berubah kerana ingin berubah adalah mereka yang berjaya," kataku agak yakin.

Dia masih diam. Mungkin berfikir. Lalu aku bertanya lagi.

"Cuba kamu tanya diri kamu , apa benar kamu berubah kerana keadaan memaksa. Bukan kerana kamu yang mahu berubah? Memang kita sering menyangka perubahan kerana cinta itu bagus. Memang ia bagus, tapi harus di ingat ia hanya external. Bukan internel. Kita mudah terkeliru diantara perasaan cinta kita sikap kita sehingga menyangka perubahan sikap kita semasa bercinta adalah dari dalam diri, kerana cinta itu ada dihati tetapi kita lupa cinta dalam diri kita itu kecil, dan tidak semarak . Cinta yang besar dan semarak itu datang daripada luar dan masuk ke hati lantas cinta kita ikut semarak."

"Maksud kamu?"

"Fikir sendiri dan menegrti sendiri," kataku cuba lari daripada persoaan kerna aku sendiri sudah merasa pusing. Hihihi.

"Ok, aku cuba mengerti," katanya dan matanya semakin galak memandang perempuan di meja hujung.

No comments: