Monday, July 30, 2007

cinta pareto.

"Ingat lagi Pareto?" tanya temanku. Dia berpakaian berbeza dengan aku. Dia kemas dan cukup profesional. Aku? Kasut sneakers dan jeans lusuh.

"Mengapa? Kamu sedang mengajar hukum Pareto?" balasku.

Dia senyum kemudian berkata, "Kamu lupa barangkali waktu kuliah dulu, kamu cukup gemar dengan hukum Pareto."

Aku mengetuk jariku dimeja.

"Dalam banyak ilmu ekonomi, hanya hukum Pareto yang masih aku ingat sampai sekarang. Itu pun terhad pada hukum 80/20." Aku mengerut dahi, cuba mengingat.

"Jadi apa yang kamu boleh terangkan?" tanya temanku lagi.

"Sepatutnya aku yang bertanya, bukankah kamu yang menjadi pensyarah ekonomi. Bukan aku. Sejak habis kuliah, jalan hidup kita berbeda. Umpama langit dan bumi," balasku sambil ketawa.

"Tetapi kamu tetap ingat bukan? Jadi terangkan kepada aku hukum 80/20 yang kamu faham. Setidak-tidaknya, aku masih boleh menangaggap kamu sebagai bekas pelajar ekonomi."

"Hukum 80/20, hukum Pareto. Hurm, hukum yang menyatakan 80 hasil adalah daripada 20 usaha. Misalnya, 80% jualan, adalah hasil daripada 20% pelanggan dan ia adalah asas bisnes," jawabku spontan, tapi masih ragu-ragu.

"Betul. Ternyata kamu masih boleh dianggap bekas pelajar ekonomi. Jadi ada kamu praktikan hukum itu?" tanya lagi. Untuk waktu ini aku betul-betul merasa seperti pelajar dia pula. Ah, dasar pensyarah.

"Aku praktikannya dalam cinta, " kataku.

Temanku tadi mengerut dahi. Aneh barangkali. hahaha.

"Maksud kamu?"

"Cinta yang indah adalah 20% usaha dan 80% hasil." Aku berkata yakin kali ini. Tidak lagi ragu-ragu.

"Bagaiamana?" tanyanya lagi dan pada waktu ini, aku pula yang merasa seperti pensyarah. :-p

"20% usaha maksud aku, cinta hanya perlu sedikit sahaja surat-surat cinta. Hanya perlu sedikit sahaja sms dan dating. 80% hasinya pula, adalah saling percaya, setia dan utama sekali, bernikah dan bahagia. Berbeza dengan kebanyakkan cinta sekarang 80% sms cinta, dating tetapi hanya 20% rasa percaya, setia dan rasa mahu bernikah." Aku berkata sambil tanganku ikut bergerak, ke kanan dan ke kiri.

"Owh, menarik. Jadi bagaimana pula jika aku katakan hanya 20% yang berjaya dalam cinta dan 80% gagal," kata temanku pula mengemukan pendapat.

"Itu aku tidak pasti, kerna berjaya atau tidak cinta itu hanya bisa diketahui di ahirat. Cuma aku percaya, dalam hidup ini hanya 20% manusia yang bisa membahgiakan kita kerana mereka hadir dalam 8o% dalam seluruh hidup kita. Ini termasuk ibu bapa, isteri, anak-anak dan teman-teman. " Wah, aku seronok pula bermain-main dengan teori ini.

"Aku kira aku akan lebih mengerti jika ada pengiraan," pinta temanku pula. Huh, pengiraan?

"Maaf, aku hanya menghafal teori, pengiraan aku udah lama lupa. hahaha," balasku.

"Jadi, sekarang kamu ini hanya 80% teori dan 20% pengamalan," usik temanku lagi.

Aku menggaru kepala. Aku merasa pening pula apabila berbicara dengan dia, teman yang pintar. Adeh.

Saturday, July 28, 2007

ketika dosa rasa berkurang.

"Ustaz pernah dating?" tanya lelaki itu. Sebuah surau yang berbumbung hijau. Mereka sedang duduk bicara bersama, di kaki lima. Lelaki yang bertanya itu aku :-p

Ustaz itu tunduk dan kemudian mengangkat kepala bersedia bicara.

"Maksud saya selain dating dengan tuhan. Dating dengan perempuan," katku cepat mencelah sebelum. Ustaz itu tunduk kembali.

Sektika dia mengangkat kembali kepalanya dan berkata, "Mengapa bertanya begitu?"

Aku terdiam dan mengulang kembali pertanyaan ustaz aku dalam hatiu. Ah, mengapa aku bertanya soalan itu. Soalan yang seolahnya tidak hormat. Akhirnya aku senyum sahaja, menutup malu.

"Istilah dating yang saya faham pada masa ini alah, berjumpa lelaki perempuan yang bukan muhrim. Berjalan-jalan di taman kemudia menonton wayang." Ustaz itu mula berbicara serius.

Aku mengerut dahi. Masih lagi bisu.

"Jika itu maksud kamu, maka saya tidak pernah berbuat begitu," tegasnya.

"Mengapa ustaz?" soalan itu meluncur dari mulutku hanya kerana mahu bersifat adil dengan ustaz. Sama-sama berbicara. Namun, sekali lagi aku malu sendri, mudah betul bertanya yang sebegitu. Kurang pintar.

"Boleh kamu beri jaminan pada saya, jika kamu berjalan-jalan dengan perempuan kamu tidak bersentuh ataupun bergesel? Boleh kamu beri jaminan pada saya tidak timbul sekelumit pun perasaan berahi ketika kamu berdua-duan degan kekasih?"

Aku mengeleng kepala.

"Saya akui, mereka yang berdating itu masih mengerjakan solat fardhu. Masih menjaga batas pergaulan dengan cepat-cepat menarik tangan bila bersentuh, menjauh diri bila tergesel. Kemudian memohon maaf pada pasangan. Dengan maksud untuk menjaga nilai-nilai islam. Namun mereka lupa, mereka sudah ditipu iblis." Ustaz itu bernada tegas dan bersemnagat.

"Bagaimana?"

"Dengan iblis meyakinkan manusia bagi membuat sedikit kebaikan dan kebaikkan itu akan mengurangkan rasa berdosa yang sedang diperbuat. Misalnya, memberi nasihat pada kekasihnya supaya tidak meninggalkan solat. Itu memang dituntut tetapi nasihat diberi ketika mereka masih berbimbing tangan dan tubuh bersentuh. Ataupun menulis blog mengajak manusia kearah kebaikan padahal pada masa yang sama masih juga melawati situs porno. Sebenarnya dosa tidak berkurang, malah bertambah, cuma kita yang rasa dosa itu berkurang. Kita ditpu sebenarnya."

Aku mengangguk-anguk dan bila terdengar perkataan 'porno' aku tunduk.

"Mengapa tunduk pula nih, ada apa-apa ke?" usik ustaz itu, senyum. Aduh, harap dia belum sampai tahap yang bisa membaca apa fikiran dan hati aku. Aku malu sendiri. HiHihi.

"Hal ini ditegaskan oleh Imam ghazali dalam pengajarannya. Dia menegaskan, mereka yang membuat sesuatu dengan tujuan mengurangkan rasa berdosa sedangkan mereka masih lagi bergelumang dengan dosa itu, adalah dosa yang paling berdosa," sambung ustaz itu lagi.

Aku terus merenung jauh ke luar.

"Jadi masih mahu dating lagi?" tanya ustaz itu.

"Terpaksa ustaz. Sebab isteri saya suka sangat dating jiak hari minggu."

Ustaz itu tersenyum.

Monday, July 23, 2007

Mengerti sendiri

Dia ketawa.

Aku diam.

Dia diam.

Aku bertanya, "Mengapa ketawa?"

"Aku mengatawakan diri aku sendiri." Dia menjawab lesu.

"Mengapa? Apa yang lucu berkenaan diri kamu?" Tanyaku sambil memrhati dan mencari dimana kelucuan itu.

"Bukan fizikal, tapi di sini," katanya sambil meletakan tangan kanan kearah jantungnya.

"Kamu sakit jantung?" tanya ku serius.

Dia bungkam sebentar sambil memandang tepat ke arahku. Dia berkata, "Susahnya punya kawan yang lurus seperti kamu. Aku bukan maksudkan jantung aku. Tetapi hati aku."

"Mengapa dengan hatimu pula?" tanyaku sambil menggaru kepala.

"Remuk," ringkas ayatnya. Dia menundukkan kepala. memandang lantai restoran mamak yang kusam.

"Kau putus cinta?" dugaku. Lengan ku kemas di letak diatas meja.

"Iya. Aku menjadi mangsa." Dia berkata sambil mata liar memerhati wanita di meja hujung.

"Sebenarnya kamu sudah jadi mangsa sebelum kamu putus cinta lagi dan aku tidak fikir kamu akan berjaya dengan cintamu itu," kataku cuba mengisi petang itu dengan borak-borak kosong. Berbasa-basi berkenaan cinta.

"Maksud kamu?" tanya pelan. Mungkin dia sedikit terkejut kerana aku bersangka begitu berkenaan cinta dia.

"Ketika kamu bercinta, kamu sudah menjadi mangsa keadaan..."

"Bagaimana?" sampuk dia.

"Ketika kamu bercinta kamu berubah. Berubah menjadi lelaki yang kemas, yang rajin bekerja kerana perempuan yang kamu cintai itu mahu kamu begitu. Kamu berubah kerana keadaan memaksa kamu berubah. Mereka yang berubah kerana keadaan memaksa adalah mangsa keadaan dan mereka yang berubah kerana ingin berubah adalah mereka yang berjaya," kataku agak yakin.

Dia masih diam. Mungkin berfikir. Lalu aku bertanya lagi.

"Cuba kamu tanya diri kamu , apa benar kamu berubah kerana keadaan memaksa. Bukan kerana kamu yang mahu berubah? Memang kita sering menyangka perubahan kerana cinta itu bagus. Memang ia bagus, tapi harus di ingat ia hanya external. Bukan internel. Kita mudah terkeliru diantara perasaan cinta kita sikap kita sehingga menyangka perubahan sikap kita semasa bercinta adalah dari dalam diri, kerana cinta itu ada dihati tetapi kita lupa cinta dalam diri kita itu kecil, dan tidak semarak . Cinta yang besar dan semarak itu datang daripada luar dan masuk ke hati lantas cinta kita ikut semarak."

"Maksud kamu?"

"Fikir sendiri dan menegrti sendiri," kataku cuba lari daripada persoaan kerna aku sendiri sudah merasa pusing. Hihihi.

"Ok, aku cuba mengerti," katanya dan matanya semakin galak memandang perempuan di meja hujung.

Friday, July 20, 2007

Bahgia di hati kita.

"Aku mahukan seseorang yang lebih tua dari aku," kata temanku seorang wanita yang cantik.

Kata-kata itu aku tidak tahu dimana asasnya. Mahukan seorang lelaki yang tua sebagai suami. Aku bertanya mengapa dan dia menjawab.

"Lelaki yang lebih tua lebih matang dan memahami," katanya lagi.

Jika lelaki tua lebih matang itu benar dan memahami juga, aku masih boleh terima. Tetapi berapa sebenarnya umur yang dianggap matang dan bisa memahami.

MIsalnya,
Jika wanita itu umurnya 27 tahun dan mahu lelaki yang lebih tua daripada dia atas alasan mahu yang matang dan memahami, jadi jia umur lelaki itu 26 ataupun 25, adakah lelaki itu belum cukup matang dan memahami kehendak wanita yang umurnya baru 27 tahun.

Tetapi aku kira dalam beralasan itu wanita sebenarnya menyembunyikan satu alasan yang lebih kukuh. Lelaki yang lebih berusia itu lebih kukuh ekonominya. Cuma alasan itu jarang mahu diterangkan secara jujurnya.

Tetapi alasan yang cukup benar adalah berapa ramai lelaki yang mahukan wanita lebih tua daripada dia. Majoriti lelaki mahukan wanita muda seboleh-bolehnya. Alasannya lebih kepada cerita diranjang. Jadi kaum wanita tidak punyai pilihan lain terpaksa mencari yang lebih berusia daripada mereka.

"Tetapi lelaki yang menyukai aku lebih muda daripada aku," sambung teman ku tadi sambil tersenyum.

Aku juga tersenyum. Aku katakan pada dia, terima sahaja ajakan cintanya dan segera bernikah.

Kemudian dia mencebik, "Huh budak itu muda lagi. Masih berhingus."

Jelas, ketidak pastian sedang terjadi, sama ada mahu memenuhi tuntutan ego, mahukan lelaki berusia ataupun mahu menuruti naluri untuk disayangi dan menyayangi dengan bercinta.

"Tapi aku malu hendak sms dia, dia muda lagi." Temanku tadi kembali rungsing. Aku ikut pusing.

Aku berkata pada dia, dia mahukan apa sebenarnya.

"Entah la, sekejap rasa seronok, sekejap rasa tidak suka," katanya lagi sambil merenung jauh.

Dalam keadaan aku sebagai lelaki, pasti aku kurang mengerti hati temanku tadi. Cuma aku cba juga bersuara dengan mengatakan, bercinta dengan lelaki berusia tidak hadir bersama surat jaminan bahagi. Sama juga jika bercinta dengan lelaki muda.

Cuma, biar apapun kita perbuat, ingat, kebahagian itu tidak terletak pada lidah yang merasa makanan lazat.

Kebahgian tidak terletak pada tubuh yang menggunakan pakaian mahal.

Kebahgian tidak terletak pada punggung yang duduk di kereta mewah.

Kebahgian iu terletak dihati. Kita melakukan segala perkara itu hanya untuk mendapat kebahgian dihati. Jangan lupa siapa yang memberi kebahgian itu. Hanya Dia yang bisa memberi maka pinta daripada Dia melalui doa, dan seelbihnya terserah kita untuk berusaha.

"Bagiamana aku hendak sms dia , aku ini pemalu," tanya temanku bagi yang kedua kali. Mungkin dia tidak sedar. Aku hanya mampu tersenyum sambil terfikir-fikir ayat-ayat smsnya. AKu bilang, nanti aku beritahu.

"Ah, kamu hendak aku bercinta dengan budak muda itu. Tidak perlu." Aku lagi sekali, bingung. Ah, perempuan. Kali ini aku terus tertawa.

Sunday, July 15, 2007

bukan sekadar senyuman

"Aku rasa dia tidak mencintai aku." Dia sugul.

"Jadi kamu sugul kerana itu?" tanyaku sambil buat-buat sugul.

"Bukan," jawab perlahan. Wajahnya kelihatan berubah, mungkin hairan melihat wajah sugul aku yang dibuat-buat tetapi tidak menjadi.

"Jadi?" tanyaku lagi. Aku rasa dia tahu aku sengaja buat-buat sugul. Jadi aku alihkan pandanganku daripada dia.

Dia diam. Aku kira dia akan diam 5 minit seperti drama korea. Tapi hanya untuk 30 saat.

"Aku sugul kerana dia melayan aku dengan baik." Temanku kembali sugul.

"Jadi?" tanyaku lagi buat kali ke-3.

"Mengapa dia perlu melayan aku dengan baik, hingga membuat aku merasakan hidup aku punyai warna-warna lain selain hitam dan putih jika dia tidak mencintai aku," katanya tanpa malu-malu lagi meluahkan rasa jiwangnya.

"Jadi kamu sugul kerna dia melayan kamu dengan baik, tetapi layanan dia itu tidak bermaksud dia cinta dan kerana itu kamu sugul." Aku kira semakin memburukan keadaan dengan persoalan yang berbelit-belit.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin berfikir aku bilang apa tadi. hahaha.

"Hurm..ya, aku sugul kerana dia seperti cuba mempermain-mainkan aku. Mengapa perlu melayan aku seperti kekasih. Tidak bolehkah dia melayan aku seperti orang lain sahaja." Dia merenung aku, seolah meminta aku mengiyakan sahaja pendapat dia. Tetapi hari ini mood aku kurang elok. Hehehe.

"Dia tidak salah. Kamu yang salah. Kerna kamu berburuk sangka dengan dia. Aku tanya kamu, kamu pernah luahkan rasa hatimu pada dia?" tanyaku.

"Tidak." Dia menjawab perlahan.

"Jadi bagaimana dia tahu kamu mencintai dia. Kamu kata dia melayan kamu seperti kekasih. Layanan yang bagaimana?" Aku semakin menembak banyak persoalan.

"Dia menghantar sms, dia bertanya khabar. Dia meminta maaf sekiranya lambat balas sms. Dia beri emel. Dia YM. Dia berikan saya hadiah hari lahir. Dia buat saya tersenyum," katanya lagi sambil tersenyum menyebut perkataan tersenyum. Aneh.

"Aku rasa, bagi semua yang diperbuat itu perkara biasa. Cuma yang luar biasanya adalah perkara yang dia buat itu membuat kamu tersenyum dan kamu merasakan orang yang membuat kamu tersenyum itu adalah orang yang mencintai kamu." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sambil terignat akademi al -Quran. Berkenaan cikgu taranum yang mementingkan tempat berhenti bagi mengambil nafas. heh.

"Jangan menganggap seorang yang membuat kamu tersenyum itu seorang yang mencintai kamu. Tetapi yakinlah, dia menyayangi kamu. Dan paling utama, dia selesa dengan kamu. tetapi cinta itu berbeza," kataku menyudahi ayatku tepat pada nafas yang terakhir.

"Jika orang itu menyayangi aku, selesa dengan aku, bagaimana pula cinta boleh berbeza, sehingga dia tidak mencintai aku." Giliran dia pula yang bertanya.

"Dia adalah sahabat. Sahabat yang kamu perlu jaga kerana dengan dia kamu boleh berharap jika kamu tempuhi saat sukar nanti. Berkenaan cinta pula, cinta bukannya bermakna senyum sepanjang masa. Cinta adalah berkenaan cemburu, rajuk dan air mata. Tetapi kamu tadi tidak pernah sekali menyatakan dia membuat kamu rungsing dengan rajuknya, dengan cemburunya, dengan air matanya. Dia hanya membuat kamu tersenyum sepanjang waktu. Hanya diri kamu sendiri yang membuat kamu sugul. Jadi kamu jangan sia-siakan dia hanya kerana kamu ingin dia menicntai kamu. kamu perlu bersyukur, kamu masih punyai seorang sahabat yang masih mampu membuat kamu tersenyum."

AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas.

Dia pula tersenyum apabila membaca meseg daripada hp nya.

Friday, July 13, 2007

pejam mata dulu

"Rasanya kamu masih keliru," kata perempuan itu. Senyum. Kacamatanya dibetulkan.

Aku hanya mengangguk.

"Bukan keliru tetapi saya take for granted," balasku.

Perempuan itu berpaling daripada kertas dihadapanku. Entah kemana pandangannya ,kerna aku hanya tunduk terus merenung kertas.

Aku menyambung lagi kata-kataku, "Maksud saya, selepas selesai, saya menganggap ia sudah sempurna. Bukan maksud saya membuat separuh hati. Tetapi saya terlebih yakin ia sudah bagus, jadi mengapa perlu ia disemak buat kali ke 4 jika ia sudah bagus."

Tanganku bermain-main dengan pen hitam. Terus fikiranku melayang. Mataku pejam sekejap.

Aku terfikir jika kerja yang semudah ini aku banyak buat kesilapan hanya kerana aku terlalu yakin dengan diriku, bagaimana pula dengan pekerjaan lain. Yang aku kira aku yakin aku betul. Yang aku yakin, aku ikhlas.

Risau
Aku coretkan ini untuk memberi ingat pada diriku, memahami itu berbeza dengan melaksanakan. Aku memahami segala apa teori yang disumbatkan ke kepala aku. Tetapi dalam melaksanakan, aku sering tersilap. Kerana terlalu yakin dengan kefahaman aku ini, aku beranggapan aku tidak mungkin berbuat silap. Tetapi terlalu yakin itu adalah awal kesilapan. Kerana dengan keyakinana, kita tidak mungkin dapat melihat kesalahan kita. Elemen 'risau' perlu disuntik. Supaya menjadi lebih teliti.
Aku kira sekarang aku perlu banyak risau. Risau dengan pelaksanaan kerja aku. Risau dengan pelaksanaan ibadah aku. Risau dengan segalanya. Hurm. Perlu risau dengan keyakinan tetapi jangan risau dengan cabaran. :-p

Wednesday, July 11, 2007

cinta yang tertangguh

"RM10 bang," kata budak itu. Mukanya tidak senyum.

Aku tarik kembali uang RM1 aku dan memasukkannya ke kocek celana.

"Tak apa lain kali sahaja," kataku perlahan. Aku kembali menghirup teh tarik yang sudah suam-suam kuku.

"Mengapa kamu tidak berikan sahaja RM1 itu tadi." Temanku yang duduk di kiri aku bertanya. Matanya memerhati sahaj budak itu berlalu ke meja lain pula.

"Kalender yang dia jual itu harganya RM10. Aku mana ada duit, lain kali sahaja," bilangku. Kaki aku lunjurkan. Terasa nyaman sedikit lutut aku.

"Budak itu jual kalender cerita lain, tetapi RM1 tadi itu pula mengapa kamu tidak sedekahkan sahaja," tegasnya. Kini giliran dia pula menghirup teh tarik dia.

Aku terdiam. Bodohnya aku. Terus aku teringat kata-kata seroang ustaz

"Kita sering ditipu oleh iblis. Bagaimana? Dengan berbisik di hati hati kita. Memujuk kita menangguhkan sesuatu kebaikkan yang disangka kecil bagi mengejar satu kebaikkan yang disangka besar. Misalnya solat sunat, biasa kita menangguhkan pelaksanaannya kerna alasan mahu memastikan solat fardhu kita sempurna. Ataupun dalam bersedekah, kita sering menangguhkan bersedekah dengan mengatakan mengatakan kita akan bersedekah jika Allah memberikan kita rezeki yang lebih. Kita lupa, RM0.10 itu juga sedekah."


Baru sebentar tadi aku ditipu oleh Iblis. Aku menangguhkan sedekah RM1 aku hanya kerana mahu memberi RM10 pada masa hadapan.

Jadi cuba kita memantau segala kenyataan daripada hati kita.

Jika hati kita berkata begini,

"Aku akan melakukan itu, jika hanya Allah memberikan itu ataupun ini"

ataupun

"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku sudah berjaya itu ataupun ini."

ataupun

"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku mempunyai itu ataupun ini..."


Jika ada kenyataan2 itu ujud dalam hati, maka kita sebenarnya sudah ditipu oleh Iblis.

Ditipu bagi menangguhkan sesuatu kebaikkan.

Mungkin dalam cinta juga begitu, sering bertangguh. Hanya kita sahaja yang tahu hati kita.

Saturday, July 07, 2007

jodoh

Tuhan memberikan kita perkara yang mampu kita kawal. Melalui hati, tubuh dan akal. Tuhan juga memberikan kita perkara yang langsung kita tidak mampu kita kawal.

Namun itu semua sudah maklum. Cuma terkadang ada perkara yang berada di tengah-tengah. Diantara boleh dengan tidak. Jodoh misalnya. Ada yang beranggapan ia bisa dikawal. Tapi ada juga mengatakan ia tidak bisa di kawal.

Anggapan jodoh bisa di kawal maka ia perlu di cari itu betul. manakala anggapan jodoh itu tidak bisa dikawal dan ia akan datang sendiri juga betul. Jadi apa yang betul sebenarnya?

Jangan dicari titik perbezaannya. Cari titik persamaan antara hal itu.

Tuhan memberikan ganjaran yang besar atas proses. Bukan hasil.

Menunggu itu proses.
Mencari itu proses.
Proses yang hanya bisa di laksanakan dengan sifat sabar.
Jadi di sini sabar adalah titik persamaan bagi kedua-dua proses itu.

Jika kita bisa bersabar dengan menunggu. Teruskan.
Jika kita bisa bersabar dengan mencari. Teruskan.

Jangan kerana kita menunggu tetapi jodoh tidak juga hadir. Maka kita mulai hilang sabar juga dengan proses mencari.

Jangan pula kerana kita mencari ita tidak juga ketemu jodoh. Maka kita hilang sabar denagn proses menunggu.

Tetapi jika keduanya, tidak juga mampu membuat kita peroleh jodoh. Sabar.

Kerana yang utama, kita sudah menjalani proses itu dengan sabar. dan ganjaran jika tidak di dunia, di akhirat.

Tetapi jangan putus asa dengan sabar. Sabar yang bermakna kita tidak mempersoalkan tuhan dengan takdir yang terjadi. Sabar dari berburuk sangka dengan tuhan, manusia dan diri sendiri.

Yang pasti, jodoh itu akan datang juga. Jika proses itu berjaan. Jika tiada proses. jangan mengharapkan hasilnya.

Sunday, July 01, 2007

jangan pergi jauh.

versi edit :-p

Apabila kita resah, murung. Merasakan segala yang terjadi dalam hidup kita serba tidak berhasil. Tidak perlu pergi jauh.

Tidak perlu ke Bali bercuti. Tidak perlu ke kem motivasi.

Kembali kepada tuhan? Itu harus. Tapi jika sudah sejadah itu basah kerana air mata kita, tetapi hati masih lagi rungsing, bagaimana?

Tidak perlu pergi jauh.

Hanya toleh sahaja di belakang kita. Cari manusia yang bernama ibu. Ini kerana segala baik buruk hidup kita terletak pada redhanya. Redhanya itu diambil kira oleh tuhan bagi memberi redha Dia kepada kita.

Mungkin dahulu ada suatu hari kita membuat hati ibu terguris. Membuat hati ibu sedih. Hanya kerana kita berasa kita betul. Berasa ibu perlu difahamkan tentang itu dan ini agar dia mengerti hidup kita ini bagaimana coraknya. Ingat kembali apa yang pernah kita buat kepada ibu kita. Hitung satu-satu.

Berasa tidak tenang dan sering gagal dalam hidup hanya kesan langsung yang kecil. Kesan besarnya pula, mungkin di saat malaikat maut itu menjemput, kita tidak bisa lagi bersaksi bahawa Allah itu tuhan kita. Muhammad itu nabi kita. Tidak mampu lagi bersaksi.

Di saat nafas kita udah sampai di kerongkong ditarik rakus oleh malaikat maut. Disaat itu kita masih tidak mampu bersaksi hanya kerana kita tidak pernah ambil peduli hati seorang ibu.

Kita mengakui, zina itu dosa besar. Itu benar. Minum arak itu dosa besar. Itu benar. Tetapi kita hanya menyangka jelingan ibu yang terpukul dengan kata-kata kita itu perkara biasa. Itu tidak benar sama sekali. Itu dosa besar yang terselindung. Takutilah dosa besar yang terselindung itu dan sentiasa berjaga-jaga.

Jika masih punyai ibu, datang kepadanya. Cium dahinya, pipinya. Rangkul tubuhnya. Titiskan air mata kesal di dadanya. Biar dengan panas air mata kita itu bisa meleburkan dosa-dosa kita kepadanya. Jangan terlambat menitiskan air mata pada tubuh ibu yang sudah kaku. Semoga, saat malaikat maut menjemput kita, lidah kita masih bisa bersaksi.