Tuesday, May 15, 2007

selamat hari guru (ini trend para blogger untuk hari ini)

Jika kita ke Sarawak pada 1 Jun, pasti kita akan menyangka Sarawak menyambut hari guru pada waktu itu. Ini kerana dimana-mana pun kita akan mendengar ucapan ini,

"Gayu guru gerai nyamai."

Sebenarnya itu bukan ucapan sempena hari guru tetapi ucapan sempena hari gawai dalam bahasa Iban. Ia bermaksud kesejahteraan, kesihatan dan nasib yang baik.

Aku sebenarnya ingin bercerita berkenaan hari guru yang jatuh esok. 16 Mei. Setiap tahun, guru akan pulang daripada sekolah dengan membimbit hadiah yang banyak. Terus-terang aku tidak menghadiahkan guru aku apa-apa pun. Tidak ada kad apatah lagi hadiah mahal. Aku tidak ada duit untuk semua itu.

Aku sebetulnya tidak punyai kisah-kisah yang menarik berkenaan guru kerna sifat aku dikelas yang biasa-biasa. Tidak terlalu pandai dan tidak terlalu dungu. Tidak terlalu baik dan tidak pula terlalu nakal. Jadi aku kurang komunikasi dengan guru dan aku kurang bersama dengan guru.

Itu satu hal, hal yang lainnya, aku terlalu takut dengan guru. Entah. Aku sentiasa mengelak dari bertembung dengan guru-guru aku. Aku mengelak untuk bertanya, aku mengelak untuk dilihat terlalu menarik perhatian. AKu sentiasa 'bersembunyi' di kelas. Bersembunyi dikalangan pelajar. Hal ini berlanjutan hingga ke universiti. Aku takut untuk bertanya, aku tidak mahu langsung bertanya. Malah aku tidak mahu berjumpa guru (pensyarah) bagi meraih markah simpati atas keputusan periksa yang sikit. Aku kira ini penyakit. Penyakit guru phobia. sigh.

Mungkin ini kerna waktu di darjah 1 aku punyai guru kelas lelaki yang bersuara jantan. Suara itu terdengar garang dan aku takut. Tapi sehingga kini, guru darjah 1 aku itu masih lagi bertanyakan perihal aku daripada ayah aku. Dia masih mengingati aku. Hati aku benar-benar terusik. Betul. Bukan paksa-paksa.

Namun satu hal yang menghairankan aku, aku sentiasa aja sayu bila mengenagkan guru-guru aku. Mungkin sayu kerna aku tidak cuba rapat dengan mereka. Mungkin juga sayu kerna biar aku tidak punyai banyak kenangan manis dengan mereka tapi guru-guru aku mengajar aku erti menghargai dan ikhlas. Mereka sentiasa menghargai aku yang tidak pandai ini. Sentiasa ada senyuman ihklas untuk aku biar aku kurang mereka kenal. Aku cukup sayu dengan hal-hal itu.

Namun, entah bagaimana perkiraan tuhan untuk aku, DIA menjodohkan aku dengan seorang guru, dia seoarang guru KPLI :-) (nota: ini tidak bermakna aku takutkan isteri..ekeke). Mungkin aku harus belajar untuk tidak lagi mempunyai perasaan takut yang kosong. Aku berazam akan cuba untuk berani berbual-bual kembali dengan guru-guru aku seperti mana aku berbual-bual dengan cintaku :-).

Selamat hari guru. Aku sayang semua guru. Serius.

1 comment:

azeel said...

tulisan kau meleret-leret la, dingin ...
sepatutnya kau tulis seringkas ini ..
"selamat hari guru, isteriku .." just loud and clear, short and sharp...

... aku tidak menulis ttg guru-guruku semperna hari guru di blog. baru aku sedari hari ini aku tidak mengucapkan selamat kepada guru-guru yg bertandang ke blog...
harus aku tuliskan sesuatu di sana nanti .. terimakasih kerana mengingatkan aku.