Wednesday, May 23, 2007

ruang dan peluang 2

Aku menerima banyak pertanyaan, berkenaan ruang dan peluang. (nota: tak ada orang tanya pun, saje je :-p)

Jadi aku mahu menjelaskan sekali lagi berkenaan hal itu. Aku mendengarkan al ini dari seorang ustaz. Dia seoang ustaz MLM. Hurm. Lantaran itu aku dipujuk menyertai rangkain MLM dia. Pujukan seorang ustaz dengan bukti cek dan kereta, aku tewas. Aku menyertai rangkain MLM ustaz itu.

Cuma apa yang diucapkan oleh ustaz itu tidak semunya menjadi bagi aku. Sebenarnya tidak ada pun yang menjadi. Lantaran itu satu hari, ustaz itu menjemput aku menaiki kereta hasil perniagaan MLM dia.

"Kamu mengerti bagaimana aku bisa berjaya?" tanya ustaz itu. Aku disebelah dia hanya menggeleng. Tangan ku teringin benar menyentuh kepala gear kereta ustaz itu, nampak cantik dan mengiurkan. Memang selasa sekali kereta dia.

"Melalui usaha. Usaha yang istiqamah," katanya sambil kepala diangguk keras apabila menyebut perkataan 'istiqamah'.

Aku? Hanya diam. Kemudian baru aku sedar diam aku itu menyebabkan ustaz itu asyik menjeling aku.

"Betul ustaz, saya setuju." Aku fikir itu yang terbaik, mengiyakan semua kata-katanya.

"Tetapi usaha istiqamah itu hanya menyediakan 2 keadaan sahaja," kaa ustaz itu sambil tersenum diakhir pengucapannya. Aku mengerutkan dahi. Kemudian hati berat aku bertanya juga untuk mengambil hati.

"Maksud ustaz?" tanyaku dengan nada yang mengharap, penuh kelemahan.

"Untuk berjaya kita perlukan ruang dan peluang. Jika kita berusaha kuat, kita mungkin membuka peluang ataupun ruang dalam jalan ke arah kejayaan. Tetapi kita perlukan kedua-dua perkara itu. Contohnya kamu, kamu sudah berusaha bagi memikit seorang gadis. Bunga sudah kamu hantar, surat sudah kamu kirim tapi si gadis masih tidak mempedulikan kamu. Usaha melalaui surat dan bunga yang kamu hantar itu sebenarnya ruang yang ada untuk kamu bergerak bagi mendapatkan cinta gadis itu. Tetapi kamu tidak memilik peluang kerana gadis itu sebenarnya sudah berpunya hatinya." Ustaz itu tersenyum lebih lebar. Mungkin kerana analoginya itu membabitkan aku dan gadis yang sudah berpunya. Persetan aku yang menjadi mangsa analogi sedih dia.

"Peluang pula bagaimana ustaz, jika gadis itu belum berpunya misalnya?" tanya untuk mendapatkan analogi yang lebih baik untuk diriku sendiri.

"Peluang pula ialah bila gadis itu tidak berpunya dan dia juga menyukai kamu. Tetapi, kamu tidak dapat mendekati dia kerana halangan ibu bapa dia ataupun halangan kewangan kamu. Kamu tidak punyai ruang untuk bergerak." Ustaz itu membelok laju di selekoh kanan. barangkali dia asyik bercerita hingga lupa ada selekoh dihadapan. Hingga bahu aku terdorong menyentuh pintu kereta. Ah, analogi yang langsung tidak membantu imaginasi aku untuk bercinta.

"Begitu juga dengan hal-hal lain alam hidup. Kekayaan mahupun pelajaran. Semuany perlu ruang dan peluang," kata ustaz itu menutup sesi motivasi perniagaan MLM pada petang itu. Aku sesduah 3 tahun masih begitu dalam MLM, tidak ada apa-apa dan aku nekad tidak mahu meneyrtai apa pun MLM yang cuba masuk dalam hidup aku. Dan ustaz rasanya sudah berpindah. Tapi aku banyak belajar dari dia, belajar bukan untuk kaya tapi belajar untk berfalsafah. hehee.

6 comments:

Azree Hanifiah said...

Saya pun begitu. Tidak mau masuk sama itu MLM. Banyak MLM di Malaysia ini ynag bukannya nak bagi keuntungan kepada ahli seperti adakan kursus berniaga, komunikasi dan sebagainya.

Semuanya tertumpu kepada nak menambahkan bilangan ahli. Sampai tak sentuh pun isu jual produk atau tak. Jadi, money game wujud di situ. Mengikut apa yg ustaz Zaharuddin katakan, kalau akedah itu yg digunakan maka ia boleh jadi haram.

Saya said...

saya juga pernah merasa jadi ahli MLM dan pernah down mcm sdr Dingin. Pengalaman kita sama. Sama-sama berusaha mengelak daripada masuk MLM lagi.

Tetamu senja: (Berkata pada diri sendiri)Ruang dan peluang...hmmm...adakah aku makin faham ataupun makin blur? Aku memang lampi.

azeel said...

maksudnya begini rasanya:

bayangkan kita berniat melihat filem spiderman 3 di biskop...

perlu ada duit.. tanpa duit, kita tidak ada peluang untuk menonton wayang. atau mungkin ada duit pun, peluang kita jadi sifar, kerana tiket filem sudah habis dijual!

ataupun peluang utk nonton itu ada, kerana kita boleh nonton tayangan pukul 3 pagi,tetapi tiketnya mahal, RM30 tapi di poket cuma ada RM3 saja.

azeel said...

SEBENARNYA AKU KEPINGIN NONTON PIRATE OF THE CARRIBEAN ...itu yg aku berikan contoh menonton wayang ...

ada siapa-siapa mahu menonton dgn aku?

MDM FARAH FAIZURA said...

bro,

2 minggu aku disarawak mulai esok

x da la nak join

azeel said...

dingin ...
sebnrnya aku berharap 'sekurang-kurang' seorang gadis menemani aku menonton..
kalau menonton sama kau, pasti aku jd cemburu kerana kau akan dtg dgn isteri kau.