Monday, November 06, 2006

keselanjaran cinta itu bosan.

Untuk membuat novel, permasalahan utama ialah kehabisan idea untuk sesuatu bab. Lalu novel bisa tertangguh di bab itu. Atas alasan itu kebanyakkan penulis novel menggunakan 'KJ Method' iaitu singkatan bagi nama seorang Jepun 'Jiro Kawatika'. Di mana kaedah ini menyarankan kita untuk berfikir secara fitrah. Bermaksud berfikir secara tidak selanjar. Sebab itu barangkali Al quran tidak diturunkan secara ber bab-bab. Maksud aku, jika bab akidah, Allah mewahyukan bab akidah aja dulu. Tapi wahyu diturunkan secara tidak selanjar. Mengikut keadaan. Untuk menyuruh kita manusia ini berfikir secara fitrah.

Pada kebiasaanya para novelis baru akan cuba mengarang dari bab 1 hingga ke bab akhir secara urutan. Masalahnya, bagaimana jika udah sampai ke bab 3 tiba-tiba idea ghaib. Maka penulisan akan terhenti di bab 3 tadi. Sedangkan untuk bab-bab lain kita punyai idea yang segar. Di sini hukum KJ berfungsi. Karang dulu bab-bab lain, sehingga udah punyai idea untuk bab yang kita terhenti, barulah karangan disambung. Dengan kaedah ini, novelis tidak lagi membuang masa dan bisa menghasilkan lebih banyak buku.

KJ method juga bisa diamalkan dalam semua keadaan. Baik dalam kerja juga dalam kehidupan seharian. Seperti ketika membuat kertas kerja atau ketika menghias rumah. Dalam cinta, kaedah berfikir secara tidak selanjar juga bisa dipraktik.

Tujuan utama bercinta adalah untuk mencari pasangan hidup dan perkahwinan adalah pelengkap cinta. Namun, dalam membicarakan soal perkahwinan, kita sering berfikir secara selanjar dan tidak mengikut fitrah. Kita mengandaikan untuk berkahwin sang suami harus stabil dulu ekonomi, atau si isteri mahu berjaya dulu dalam kerjaya. Hingga perkahwinan itu terpaksa ditunda dan iblis pun bergembira. Seolahnya ada urutan yang harus dipatuhi. Ini kesan pemikiran selanjar. Sedangkan syarat-syarat untuk berkahwinan udah cukup. Ada hero dan heroinnya.

Cuba kita berfikir secara fitrah iaitu tidak selanjar tanpa urutan. Dengan kita melihat pernikahan itu sebagai novel. Pernikahan adalah bab yang akhir, sebelum sebuah novel baru harus diolah. Jika pasangan kita tidak punyai ekonomi yang stabil, belum punyai kereta juga rumah, kenapa harus berhenti dan menunggu di bab itu. Kenapa tidak terus ke bab akhir iaitu pernikahan. Usai bab akhir tersebut kita kembali pula ke bab awalan tadi, kembali bab ekonomi dan bab cinta.

Orang-orang zaman dahulu udah mempraktikkan cara ini. Berfkir secara tidak selanjar tanpa urutan. Anak-anak mereka dinikahkan biar mereka belum pernah lagi bersua muka apatah lagi bercinta. Ekonomi juga belum stabil. Tapi selepas perkahwinan barulah si anak tadi bersama pasangan bermula kepada bab-bab awal . Baru belajar bercinta, baru mengukuhkan ekonomi untuk sara diri keluarga. Si iteri pula selepas berkahwin baru belajar membuat gulai atau rendang. Nyata mereka tetap juga bahagia.

Atas itu, aku tidak bisa menerima cakap-cakap mengatakan mereka tidak bernikah kerna ekonomi belum stabil, belum pandai memasak, atau masih mahu enjoi. Itu bukan cara berfikir yang membina, kerna ia hanya membekukkan otak. Atas itu aku sokong perkahwinan misyar, dengan syarat si suami punyai usaha ntuk menanggung si isteri. Tapi jika niat suami tadi awal-awal lagi untuk menumpang kekayaan si isteri, aku tidak setuju. Itu menghampiri dayus.

Namun, harus diingat. Tidak ada sistem di dunia ini benar-benar sempurna. Bermaksud tidak ada sistem dibina untuk semua keadaan. KJ method juga begitu. Jangan kerna kita mahu berfikir secara tidak selanjar lalu mengandaikan sex sebelum nikah itu harus. Seks dulu baru nikah. Tidak juga sesuai dipraktikkan dalam mengambil wuduk. Kerna wuduk itu udah ada urutannya. jangan pula kita mahu membasuh kaki dahulu kerna alasan kaki yang lebih dekat dengan air. Selepas itu berkata aku hanya mengikut KJ method. Itu bukan mengikut, tapi itu menyalah guna.

Yang penting aku suka ingatkan diri aku, ialah meletakkan sesuatu benda itu mengikut keutamaan. Dalam cinta, pernikahan adalah keutamaan yang utama kerna dengan pernikahan baru kira betul-betul menikmati rasa cinta itu. Baru bisa melafazkan cinta dengan perhungungan fizik yang asyik.

Tapi kerna kita udah berada dalam sistem yang bersifat selanjar sejak dari sekolah lagi, maka kita cenderung untuk berfikir begitu. Mujur kerajaan udah mahu melakasanankan sistem pendidikan yang liberal (tapi aku tidak tahu bila). Dimana kemahiran berfikiran secara fitrah bisa hidup subur tanpa kekangan urutan kelas juga urutan pelajaran.

Untuk itu, aku peringatkan diri aku. Cinta itu tidak selanjar, tapi masih berada dalam lingkungan agama. Asal masih dalam lingkungan agama, berfikir, bekerja, bercinta secara tidak selanjar itu adalah hikmah. Hikmah dalam menggunakan fitrah.

24 comments:

me,myself n all around da world said...

aku teruja yg ini...
keselanjaran itu membawa kpd stereotype. maka dan akhirnyanya,orang asing bila melihat org melayu itu sejenis shj, tidak mempunyai variasi kepelbagaian.

jadi itu salah siapa?

MDM FARAH FAIZURA said...

salah siapa?

aku tidak tahu.

...

kepelbagaian yang bagaimana?

jika kepelbagain kaum..

emangnya di Malaysia melayu itu sejenis,

biar kamu Banjar, Bugis, Minag, Mendailing, Acheh...kalian tetap digelar Melayu

...

ada mengatakan,

singapura itu dengki,

kerna memecahkan Melayu ,

memecahkan menjadi suku-suku lain,

umpamanya Bugis, Mandailing, Banjar, Acheh dan Jawa...malah melayu itu adalah entiti berlainan,

...

jika menyentuh birokrasi,
hanya 1 jalan untuk tidak linear

uang..

...

jika mnyentuh sikap,
Kita udah terbiasa terdidik dengan sistem selanjar dan kita membesar di dalam sistem itu..

...

jadi aku tidak tahu salah siapa..

sebetulnya..

ehehe

...

Elhakim said...

hmmm...
bijak sungguh kamu menghubungkaitkan antara pembuatan sebuah novel dengan keselanjaran cinta.

Pada hemat aku, percintaan bukan sesuatu yang cowboy mahupun segera seperti roti burger di mc donald. sebelum pesan, ia segera wujud di depan mata. jangan disalah tafsirkan perkahwinan dewasa ini tidak seharusnya begitu saudara.

Perkahwinan pada aku adalah suatu juzuk yang suci dan murni dan wujudnya sebuah masjid adalah hasil daripada persediaan dzahir mahupun batin.

Jika salah satunya belum lagi bersedia memang bagi aku, tidak pantas pasangan itu diijabkabulkan kerana ia akan merbahayakan sebuah masjid. justeru mengakibatkan penceraian.

contohnya permasalahan ekonomi rumahtangga yang semakin meruncing. Sila ke pejabat kadi dan bertanyakan soalan pada yang arif betapa ramainya pasangan yang bercerai akibat menghadapi masalah ekonomi rumahtangga yang gawat.

Bagi mereka yang belum utuh ekonominya, apa kata kita kembali kepada Islam bahawa layaknya kita berpuasa sahaja...

Bagaimana idea aku ini dingin??

kingbinjai said...

itu bukan menghampiri dayus dong, itu memang dayus!

MDM FARAH FAIZURA said...

el,

kamu benar dan aku setuju,

kata kunci kebahgian bg wanita ialah uang...ehehe

tapi persoalannya ialah,

jika bisa dipermudah, kenapa harus dipersusahkan..

puasa aku juga setuju dan lagi seklai kamu benar..

namun dari segi praktik,

bagaimana?

hihi

...

ah win,

aku mau komen diblog kamu,

ngak ada ruangan komen

grrr

...

king,

lelaki itu baru berniat,

hik

Elhakim said...

saudaraku dingin,

kadang-kadang rasa maluku lebih ampuh daripada berpuasa.

aku tundukkan saja penglihatanku jika aku berminat. atau mereka yang berminat. seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Aku biarkan saja ia berlalu begitu saja. Sepi.

Esok, aku bangun. Kasihku hilang. Namun ia segera refresh pada yang baru.

Aku ulang jua step 2.

Begitulah hari2 yang aku lalui.

Jika aku bertanya secara terbuka err... mahukah dikau mengikut segala jejak langkah aku? he..he..he...

atau memang engkau telah praktikkan sejak dahulu lagi..? he..he..he.

Anonymous said...

komen di emel saja lah

grrr *ekekeke*

me,myself n all around da world said...

kamu udah menjawap persoalan aku...ianya mengenai sikap...

aku gak mahu di'stereotype'kan oleh sesiapa...

aku juga percaya,kamu juga begitu

ijab kabul shj deh. kalau kedua2nya gak peduli persoalan ekonomi.=P

ILynn Virgobiru said...

dingin

sungguh mendlm tulisan ko
aku cepat tangkap dgn ape yg ko ertikan
aku rs alasan2 byk diberi oleh sang lelaki.
bg aku,pompuan tak rmi yg mempunyai alasan. mungkin segelintir ye.
tapi..perempuan tidak bole meminta. krn bile meminta sang lelaki akan rs terkongkong dan rimas dgn permintaan2 itu
ahh..aku mungkin lebih suke cara pemikiran dahulu

MDM FARAH FAIZURA said...

el,

terima kasih,

aku setuju

...

me,

harus keluar dari sistem barangkali

...

ahwin,

email?

ahhhh

..

ilyn,

aku tidak pernah merasa lemas dengan permintaan,

uma aku akan kekurangan uang

ehehe



ehehe

Anonymous said...

Aku bersetuju dengan Elhakim. Kalau punya masa atau peluang, sila rujuk ke pejabat agama bahagian rujuk dan perceraian. Antara punca perceraian yang paling banyak ialah soal kestabilan ekonomi baru diikuti dengan kecurangan.

Ada perkara remeh yang membawa impak yang besar kalau dibiarkan.

Kebahagiaan tidak memerlukan uang TETAPI uang boleh memberi sedikit kebahagiaan.

Namun, pengertian bahagia bagi tiap manusia itu tidak sama. Apa matlamatnya ttg bahagia. Ada bilang 'bersama' aja sudah bahagia, ada yang mahu lengkap segalanya baru bahagia, ada yang mahu kemewahan baru bahagia.

Bagi aku, asal punya niat dan usaha untuk sama2 mencapai kebahagiaan, InsyaAllah. Bukan sekadar bicara bahawa mahu bahagia tetapi tidak mampu berbuat apa untuk bahagia.

Anonymous said...

ADA SAMBUNGAN SEDIKIT INFO:
Statistik dikeluarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan, purata perceraian di kalangan umat Islam lebih tinggi iaitu 16,509 pasangan berbanding, kaum lain berjumlah 3,291 pasangan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Zawanah Muhammad pada Bengkel Kaunseling Peringkat Kebangsaan kali ke 23/2006, berkata pemilihan pasangan berdasarkan cinta semata-mata tidak menjamin kebahagiaan berumah tangga
***************************
Dalam kertas kerja berhubung isu itu yang dibentangkan Masnah Mohd Zain,
Mohd Zaki Zakaria, Norhayati Samba Mohamed, Roslina Salwani Shukri dan Wan
Murshida Wan Hashim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan,
kemiskinan dikatakan menjadi faktor utama fenomena itu.

ADA JUGA FAKTA:
Faktor perceraian berdasarkan kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), iaitu tidak bertanggungjawab (21 peratus), tiada persefahaman (19.23 peratus) dan penyalahgunaan dadah (13.77 peratus).

Selain itu, masalah orang ketiga (13 peratus), campur tangan keluarga (12 peratus), masalah kewangan (8.69 peratus), penderaan (7 peratus) dan masalah seksual (lima peratus)

Allahualam...

ILynn Virgobiru said...

aku sgt setuju dgn ketidakselanjaran cinta yg ko utarakan tu dingin
tapi...dlm zaman ini, ketidakselanjaran itu spt kurang praktikal
kestabilan itu perlu dgn tingkat hidup yg smakin tinggi

MDM FARAH FAIZURA said...

anonymous,

bercerai itu sudah ketentuan DIa,

namun zaman ini,

yang utama untuk mengelak zina,

jika bercerai,

setidak2nya tahu siapa ayahnya

...


mungkin harus dilihat pula pada statistik zina..

bangsa apa yang paling banyak zinanya

ada?

...

ehehe

Elhakim said...

x habis-habis korangni ttg cinta...
cuber kita fokuskan tentang....
permasalahan TEENAGE PREGNANCY...
kan bagus....

sekurang-kurangnya...dapat kesedaran utk menghalang bayi yang ditongsampahkan serta meninggikan lagi martabat wanita.

sorry bro. dingin. actually I nak suruh beberapa potential blogger kat sini menulis tentang itu. I know your expertise tentang cinta..
keep up whatever u do okay?
I respect you very much.

I nak tulis...tp x ada idea plak...
I hope member2 blogger kat sini boleh buat sesuatu mengenainya K??

regards,
Mazween.

MDM FARAH FAIZURA said...

laugh,

kamu tidak membaca kali,

ehehe

,,,

lupa biar apa pun bibawah nama laugh

baik mazween, fazrul, brigidia atau apa2

aku cenderung untuk percaya

itu hanya 1 entiti yang sama

hehehe

maaf

Elhakim said...

mmm... amboi..cepatnyer jwp dier...

Mungkin u betul mungkin u wrong dingin.
kiter rasa perkara x wajib dipercayai jgn percaya K??? Anggap kiter satu individu saja. tidak mengapa. . Boleh juga anggap kiter seorang lelaki serta seorang datuk dan menteri besar. ha..ha..ha.

Awak juga boleh jadi ramai.
But it is not big deal to me.
that's is ur rights. I mean ur privacy

Dingin tahu tak sesiapa yang ada menulis tentang permasalahan sosial dikalangan remaja khusus di Malaysia. IN HIS/HER OWN IDEA . bukan nak plagiarize tau..jgn anggap yang bukan2 K???

if u know.. pleeze let me know K??

regards,
A very Macho Guy.

Elhakim said...

pleeezeeeeee...........

MDM FARAH FAIZURA said...

permasalahan remaja?

aku tidak tahu

tapi, kamu

udah sampe ke

http://www.saifulislam.com

mungkin bisa seronok disitu

ehehe

Elhakim said...

TQ, dingin, TQ anonymous, TQ ah win..

wait a minute....TELADAN HIDUP?
mmm...must be something...I'll check it K?

-a macho guy.
;)

Anonymous said...

tahniah!!!! Ini comment terbanyak dalam tulisan kamu setakat ini.
hehehe

Anonymous said...

untuk laugh, awin dan seangkatan dgn ye... jgn ko lupa segala permasalahan di dunia ini bermula dgn cinta... krn cinta... adam termaka, dgn pujuk rayu hawa.. krn cinta juga.. Qabil & habil bergaduh dan berbunuhan... dan kerna cinta jugalah permasalahan tentang pregnancy luar nikah... buang anak.. terjadi....bukankah mencegahnya lebih baik dari mengubati... dan ku rasa itu yg aku cuba lakukan... kerna ku tahu... untuk mengubati masalah itu... sudah ada penyelesaian.. sudah ada pihak kadi... pihak poils.. dan badan badan ngo yang memperjuangankan nasib nasib si malang ini.....

dan aku pulak cuba untuk mencegahnya... dgn bercerita pasal cinta yg hakiki.. cinta yg sebenar...

Dgn cinta kita boleh melakukan apa sahaja... dan aku tahu... aku dan juga blogger blogger lain mempunyai alasan alasan yg sama bila bercakap tentang cinta.... iaitu untuk bercinta dan mencintai.. lantas ia menjadi cerita cerita kami... sekaligus.. membuat kita belajar apa itu cinta sebenar... cinta kepada yg Esa....

Sekiranya kita tahu landasan kita untuk bercinta... sudah tentu permasalahan yg kita tentang pregnacy luar nikah dan lain lain itu boleh dicegah... tapi seringkali yg berlaku adalah kita sebagai manusia tergilincir dari landasan dlm perjalanan cinta itu....

Aku rasa dgn bercakap mengenai cinta membuat aku kenal dgn lebih dekat kekuasaan yg Maha Esa....

Menulis Tentang cinta.. seolah olah menulis tentang kehidupan...kerana aku banyak belajar dari itu... pengorbanan...kesetiaan.. harapan... redha .. dan tawakal....

Cuba ko baca blog aku... sering kali aku bercakap mengenai cinta yg berlandasan nafsu... mungkin gaya penulisan ku tidak tulus seperti gaya penulisan dingin.. yg pada aku amat baik... kerana dia mengaitkan cinta itu dgn sesuatu yg simple.....buat aku tak pusing untuk berfikir...

Elhakim said...

laugh @ mazween,

Jika kamu tidak suka kepada soal percintaan, itu tidak mengapa. Lihat saja dalam blog aku. Aku bersifat prejudis dan kontras. Sila lihat.

Anonymous said...

laugh said...

TQ, dingin, TQ anonymous, TQ ah win..



Err saya terlibat kah? *garu dagu*