Friday, November 24, 2006

di sebalik tembok

Di Amerika rumah mereka tidak dipagar, ditembok. Kerna ada kepercayaan bahawa semakin dipagar, semakin ditembok, maka semakin ngak selamat. Jika ada pun hanya dipagari pepohonan bunga indah yang renek. Diyakini kebiasaanya, pencuri akan bersembunyi di sebalik pagar atau tembok yang dibina. lalu aku berkira-kira yang manusia di Amerika itu mengamalkani maksud peribahasa melayu 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Berbeda dengan kita di malaysia, makin indah rumahnya, makin tinggi dan kukuh temboknya. maka secara tidak langsung ia sebetulnya memberi signal kepada para perampok bahawa di balik tembok tinggi itu ada banyak benda berharga yang mahu dilindungi. Andrenalin perampok melonjak-lonjak. malah bisa pula main sembunyi-sembunyi.

Namun bukan itu yang aku mahu cerita, cuma aku mahu cerita berkenaan keinginan yang lahir dari kewujudan tembok. Keinginan dari yang membina tembok dan keinginan orang yang berada di luar tembok. Keinginan orang yang membina tembok itu biasanya atas tujuan keselamatan, untuk merasa terjamin. manakal orang yang berada di luar tembok pula punyai keinginan untuk melihat apa yang berada di balik tembok. Sentiasa bertanya-tanya dan malah pernah mahu cuba meminta ijin untuk memasuki tembok itu.

Dalam hidup, tembok itu adalah ego kita. Kita menggunakan ego yang keras untuk melindungi hati kita yang lembut. Ego keras tadi adalah tembok bagi hati lembut kita. Terkadang tembok yang kita bina itu terlalu tinggi hingga tidak memberi langsung pelaung kepada orang lain untuk melihat hati kita yang tulus. lalu orang lain itu akan berkira-kira jika bisa meroboh tembok itu atau setidak-tidaknya bisa menceroboh lolos kedalam tembok.

Jadi persoalannya, apa tembok itu wajar dibina? untuk persoaln ini kembali kita melihat bagaimana sikap manusia di amerika berkenaan tembok. Yang mana mengatakan tembok itu hanyalah membahayakan mereka. Mungkin juga harus melihat terus peribahasa lama 'harapkan pagar, pagar makan padi'.

Untuk itu, aku berpendapat (nota : aku ini berpendapat separuh masak) jika kita membina rumah di tengah hutan, tembok itu perlu untuk melindungi dari binatang buas. namun jika hidup berjiran sesama manusia, tembok langsung tidak wajar dibina. Jiak mahu tembok atau pagar, biar aja dipagar dengan pohonan bunga indah yang rendah. Ia telus, terjaga malah terlihat indah. Begitu seharusnya hati kita, tembok ego hanya untuk syaitan, untuk manusia buang tembok itu, dan jika bisa, pagari hati itu dengan santun budi yang tinggi. Agara hasilnya sama seprti rumah yang berpagar pephonan bunga itu tadi. Untuk itu, jangan terkeliru dengan maksud membina tembok itu.

9 comments:

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

adik dingin..

sangat bagus tulisanmu kali ini...

chaio!

Elhakim said...

oh ya...
baru pakcik ingat...cerita pasal tembok ni....pakcik teringat tembok Berlin.

Ya Betul!! Tembok Berlin dah lama roboh. pada tahun 1990.

Masa tu pakcik tingkatan 2.

masih remaja... sama dengan korang semua.

Anonymous said...

lain orang lain persepsinye ttg tembok.
tembok juga dibina sebagai kuasa kan,
tanda dia berupaya, berkuasa, ...
cume perlu dilihat berupaya dari segi apa ? untuk siapa?
jika tiada tembok, tiada siapa yg akan percaya ttg keupayaan kuasa org yg berada dalam tembok.
kerna manusia di luar tembok itu itu pelbagai isinya, hatinya.
sama juga sebagaimana lelaki2 ini yg diciptakan harus mempunyai ego,
perlu ego untuk menjadi seorang lelaki.
selain selaras sebagaimana dinyatakan manusia2 ini adalah khalifah sebenarnya di muka bumi ini..yg seharusnya mentadbir isi bumi dengan baik, lelaki jua dibentuk sebagai pelindung, punya kuasa untuk melindungi mereka2 yg lemah.
maka.. seharusnye mmg perlu tembok itu kan untuk mentadbir dan melindungi???

hehehe
hanya sedikit pndapat ..

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

abg dingin..

pendapatmu dlm paragraph terakhir itu amat aku setujui..

alangkah indahnya jika begitu..

namun manusia dn persepsi amatlah berbeda..
andai semua pemikiran kita manusia adalah sama...lebih wajar digelar "robot" dr "manusia"..

namun ego itu penting dlm konteks motivasi diri..

leeds said...

tembok itu penting.

takder tembok camner nak bertahan dr serangan.


:)

leeds

azeel said...

padaku cuma satu... tembok itu pemisah. alangkah berertinya hidup tanpa tembok yg mengengkang dari kita untuk jadi lebih insani.

tapi dalam peperangan atau pentempuran, tembok itu juga memisahkan. tembok itu penting bila manusia sudah tidak menghiraukan tentang sifat insani lagi. yang ada cuma ada rasa tamak, dengki dan mementingkan diri sendiri.

maaf, aku kini sedang membina 'tembok' aku sendiri. terlalu banyak serangan sejak kebelakangan ini dari manusia-manusia yang tiada mahu memikirkan tentang keadilan hidup!

irondanwine said...

dude, dlm profile lu kata ini penulisan picisan. tak picis pun.

zarch said...

Asalam, salam hormat, hebat sdr dingin, cerita pasal tembok, teringat saya bagaimana Zionis "menembokkan" kaum Palestin dan membiarkan kaum Palestin kebuluran terpenjara ditanah-air mereka sendiri.

Anonymous said...

bukan semua rumah tak bertembok. Rumah rumah yang dibena era 90'an punya pagar kayu.

kalau ada tembok, susah bomba atau pihak berkuasa nak selamatkan mangsa.