Apa yang aku ingin tuliskan bukan cerita tentang aku. Kerna aku tidak punyai apa-apa untuk di kongsi. Cuma aku ingin memberi memberitahu kehairanan aku tentang cinta. Dalam konteks ini aku fokus cinta lelaki dengan wanita aja dulu. Ini hanyalah pendapat.
Ramai bilang pada aku bahawa, orang yang paling sesuai dengan kita biasanya adalah orang yang berlawanan sikap, tabiat.
kerna segala kekurangan pasangan akan di tampung oleh pasangan yang lain.Sepertinya ying dan yang, malam dan siang.
Tapi, aku juga pernah membaca bahawa seorang pasangan suami isteri memberitahu rahsia kebahgian mereka.
Meraka menyatakan bahawa kebahgian mereka berpunca atas sebab mereka mempunyai minat yang hampir sama, berkongsi masa lapang yang serupa. Tidak ada langsung perbezaan antara mereka.
Lantas aku berfikir. apa sebenarnya cinta itu.
Bagi aku, cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dibataskan potensinya.
Kerna itu apabila datang seseorang memberitahuku bahawa, beliau berzodiak gemini dan pasangannya berzodiak taurus, dan itu yang menyebabkan mereka bahagia.
aku lantas senyum.
jadi bagaimana pula jika aku berzodiak capricorn mencintai mereka yang berzodiak taurus, adakah aku tidak akan bahagia. atau bagaimana?
Cinta bukan kerna beza zodiak atau bukan kerna fahaman2 yang kita baca melaluai buku.
Masalahnya disini,
Bagi seorang penulis, pengkaji sisiologi manusia dan juga profesor mereka mempunyai kehidupan yang berbeza dengan orang kebanyakkan. Juga cara mereka mencipta cinta mereka juga berbeza. Tapi mereka terlalu menekankan cara mereka mencipta cinta kepada orang lain yang tidak punya kehidupan seperti mereka. lantas mereka sebenarnya telah mencipta satu sempadan, garis2 pada cinta itu sendiri.
Padahal, jika diamati cinta akan tetap tumbuh, jika seseoarng merasakan bahawa mereka merasa bahgia, merasa tidak lena jika berhadapan dengan seseorang itu. Tanpa megira siapa orang tersebut. Sejarah membuktikan bagaimana agungnya cinta laila. walaupun berlainan darjat. Bagaimana tulusnya cinta anthony walaupun berlainan bangsa dan betapa manisnya cinta ibu bapa kita walaupun mereka tidak berbeza dan mempunyai taraf yang sama.
Jadi bagaimana cinta itu?
Cinta adalah sesuatu yang kita rasa manis dihati.
itu aja bagi aku.terlalu mudah. hanya profesor, penulis buku aja yang mengatakan cinta itu rumit. Cinta tidak rumit tapi kita yang terlalu rumit untuk cinta itu.
sampai ketemu lagi.
No comments:
Post a Comment