Wednesday, September 28, 2005

jangan pernah cuba fahami aku

Seorang ahli sosoliogi yang terkenal pernah mengatakan
"Tuhan telah meninggalkan permasalahan yang paling mudah kepada ahli fizik"
Yang pastinya ia bermaksud bahawa ilmu kajian manusia adalah perkara yang paling sukar. Ini kerana manusia itu sendiri umpama awan yang tidak bisa dimengertikan dan tidak bisa dijangka bentuknya.

Setiap manusia pasti punyai identitas tersendiri, pasti juga tidak akan sama dengan yang lain. Jadi bagaimana kita boleh meramal kelakuan mereka, boleh menilai mereka dengan tepat. Lantas jika ditenung, mengkaji mengenai kuantum ,mengenai fizik ternyata lebih mudah. Kerna ia objektif.

Syukur kepada sang Pencipta kerna tetap memberi petunjuk kepada gelagat manusia dengan memberikan mereka fitrah.
Jadi perlu difahami disini manusia tetap boleh diramal berdasarkan beberapa fitrah asasnya. Manusia akan lapar, letih juga mengantuk. Rasa cinta juga rasa benci.

Jadi berdasarkan itu kita boleh meramal apa gelagat seterusnya. Mungkin bila lapar. manusia akan makan. Bila letih akan tidur. Tapi bagaimana mereka mencapai niat tersebut juga boleh di jangka. Jika manusia lapar dan ada uang. Dia akan membeli makanan. Bezanya mahal atau murah. Tapi kalau tiada uang, manusia bisa mencuri atau meminta.
Itu secara ringkasnya aja. Bukan itu yang aku mahu berikan pendapat. Kerna aku bukannya ahli sosoliogi.

Jadi apa yang aku ingin tekankan disini ialah bagaimana kita menilai insan-insan disekiling kita. Rakan-rakan, keluarga juga meraka yg tidak kita kenali.
Penilaian kita biasanya bersandarkan pengalaman kita. Jika sebelum ini kita pernah ditipu oleh mereka yan punyai wajah begini dan begitu. Pasti sukar bagi kita untuk mempercayai mereka yang punyai wajah yang begitu dan juga begini.
walau, walau mereka tidak begitu. tapi itu realiti. kerna aku sendiri pun begitu.
Mujur sebagai Muslim, aku punyai garis untuk di jadikan panduan. Iaitu, sentiasa berprasangka baik dengan sesiapa saja. Memang ia sukar, tapi bukan tidak boleh.
Satu perkara yang menjadikan aku bingung. Dan aku banyak membuang masa dengan memikirkan perkara ini. Aku mahu semua orang disekililing aku memahami aku. Tapi itu hanyalah satu niat yang amat bodoh.

Aku telah diingatkan oleh seseorang mengenai niat aku itu.
"Kamu tidak boleh menyuruh semua orang menyukai kamu dan kamu ngak perlu risau bagaimana orang memahami diri kamu. Kerna ia di luar kawalan kamu. Yang penting buat apa yang dalam kawalan kamu. Kamu pula yang cuba memahami orang di sekitar mu"
Peringatan itu masih lagi segar, seolahnya rumput yg baru dibasahi embun.
Lantas, aku sentiasa berusaha untuk memahami orang disekitar aku tanpa berasa khuatir tentang bagaimana mereka memahami aku.

Bila kita sudah memahami org disekitar kia, kita akan lebih mudah untuk komunikasi dan lebih tenang untuk menghadapi kehidupan kita. Kita akan lebih berjaga2 dengan kelakuan kita kerna kita tidak akan berbuat sesuatu yang kita faham akan melukakan hati mereka. Tapi jika mereka melukakan hati aku, aku berusaha untuk faham yang dia tidak memahami aku dan aku tidak perlu untuk itu..heh.
bunyinya seperti aku cukup berpengalaman dan sudah mempraktikan apa yang aku tulis. hakikatnya, aku masih lagi mencuba dan aku masih jauh dari kebenaran tersebut. Tapi tidak salah kalau kita berusaha dan mencuba.Kerna aku masih lagi senang untuk berada dalam kegelapn yang dingin ini...hehehhe

ketika cinta semakin dekat

Apa yang aku ingin tuliskan bukan cerita tentang aku. Kerna aku tidak punyai apa-apa untuk di kongsi. Cuma aku ingin memberi memberitahu kehairanan aku tentang cinta. Dalam konteks ini aku fokus cinta lelaki dengan wanita aja dulu. Ini hanyalah pendapat.
Ramai bilang pada aku bahawa, orang yang paling sesuai dengan kita biasanya adalah orang yang berlawanan sikap, tabiat.
kerna segala kekurangan pasangan akan di tampung oleh pasangan yang lain.Sepertinya ying dan yang, malam dan siang.

Tapi, aku juga pernah membaca bahawa seorang pasangan suami isteri memberitahu rahsia kebahgian mereka.
Meraka menyatakan bahawa kebahgian mereka berpunca atas sebab mereka mempunyai minat yang hampir sama, berkongsi masa lapang yang serupa. Tidak ada langsung perbezaan antara mereka.

Lantas aku berfikir. apa sebenarnya cinta itu.
Bagi aku, cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dibataskan potensinya.
Kerna itu apabila datang seseorang memberitahuku bahawa, beliau berzodiak gemini dan pasangannya berzodiak taurus, dan itu yang menyebabkan mereka bahagia.
aku lantas senyum.
jadi bagaimana pula jika aku berzodiak capricorn mencintai mereka yang berzodiak taurus, adakah aku tidak akan bahagia. atau bagaimana?
Cinta bukan kerna beza zodiak atau bukan kerna fahaman2 yang kita baca melaluai buku.

Masalahnya disini,
Bagi seorang penulis, pengkaji sisiologi manusia dan juga profesor mereka mempunyai kehidupan yang berbeza dengan orang kebanyakkan. Juga cara mereka mencipta cinta mereka juga berbeza. Tapi mereka terlalu menekankan cara mereka mencipta cinta kepada orang lain yang tidak punya kehidupan seperti mereka. lantas mereka sebenarnya telah mencipta satu sempadan, garis2 pada cinta itu sendiri.

Padahal, jika diamati cinta akan tetap tumbuh, jika seseoarng merasakan bahawa mereka merasa bahgia, merasa tidak lena jika berhadapan dengan seseorang itu. Tanpa megira siapa orang tersebut. Sejarah membuktikan bagaimana agungnya cinta laila. walaupun berlainan darjat. Bagaimana tulusnya cinta anthony walaupun berlainan bangsa dan betapa manisnya cinta ibu bapa kita walaupun mereka tidak berbeza dan mempunyai taraf yang sama.
Jadi bagaimana cinta itu?

Cinta adalah sesuatu yang kita rasa manis dihati.
itu aja bagi aku.terlalu mudah. hanya profesor, penulis buku aja yang mengatakan cinta itu rumit. Cinta tidak rumit tapi kita yang terlalu rumit untuk cinta itu.
sampai ketemu lagi.

bila aku semakin kurus

Ketika aku jumpa sama rakan2 aku, mereka senyum terus menegur.
"kelihatannya kamu semakin kurus sih, diet ?"
aku seperti biasa, lebih suka tersenyum tanpa meberi apa2 jawapan. Mungkin mereka tertanya2, tapi merasakan itu bukan subjek yang besar untuk dibuat pertanyaan susulan lantas mereka kembali diam. Mereka memang benar, ia bukan subjek yang besar.

Sehinggalah aku kembali ke kamar aku. Membelek majalah, melihat beberapa sms. Aku jadi bosan. Lantas terus ketingkap untuk melihat birunya langit. Di situ fikiran aku melayang jauh ke awan. Aku memikirkan, diri aku. Mengapa aku sudah kelihatan kurus. Jawabannya harus kerna berat aku sudah turun sebanyak 8 kilo. hmm...Dulu 65...sekarang udah 57. Tapi itu hanya permulaan bagi sebuah kisah yang aku tidak langsung endahkan.

Aku terus berfikir, mungkin kerna sekarang aku semakin gemar menghirup kopi pahit. yang mana kopi pahit akan meningkatkan metabolisme dan seterusnya membakar lemak. Atau, aku semakin kurang menjamah makanan yang kesannya aku kehilangan berat. semuanya betul, tapi ada lagi penjelasan si sebalik itu.

Aku lihat mukaku di cermin. Udah kelihatannya cekung . Sepertinya aku mencandu narkoba. Ahh, aku bukan seperti itu, menghisap rokok (telo) pun aku ngak bisa.
Tapi bagi pandangan umum, aku kelihatannya begitu. Itu terserah.
Fikiranku melayang sekejap ketika mendengar lagunya dewa 'pupus'.
Sehingga rangkap terakhir aku kembali mikirin, mengapa aku semakin kurang selera makan juga semakin gemar menghirup kopi pahit. Aku bingung, sehingga aku melihat sekumpulan awan hitam di hujung langit yang cerah. Pasti, hujan ini petang. Aku terus terfikir mengenai diri aku. Mengenai hati aku.

Aku umpamanya, awan gelap tersebut. Yang melalui kawasan kejiranan ini.Semakin kuat aku menanggung air, semakin hitam warna aku. Harus aku lepaskannya. Tapi nanti akan menggangu mereka yang sedang asyik dengan nikmatnya mentari. santai2 di tepi beranda. Siar2 mengguna speda. Atau mereka yang harus mengeringkan baju sekolah anak.
Aku bingung, jika aku tidak melepaskan bebanan air yang aku tanggung sekarang, pasti ia akan semakin sarat dan menjadi malapetaka yang lebih besar. Mungkin ribut atau banjir. Harus bagaiman sekarang.

Aku berdoa semoga aku akan terus bisa menangung bebanan ini sehingga ada angin meniup aku kekawasan pergunungan. Hutan barangkali atau di pantai. Asalkan ia tidak menimpa kawasan kejiranan yang damai ini.

Ahh, aku kaget dengan diri aku. Aku bukan awan hitam, tapi aku umpama awan hitam tersebut. Menjadi awan hitam ternyata lebih mudah. kerna bisa aja berdoa untuk di tiup kesana sini. Mungkin juga aku harus berdoa untuk jadi seperti itu, untuk dihembus kehutan , supaya bisa aku melepasakn semua kehitaman yang menjadikan aku kurus tanpa menggangu sesiapa pun, juga tanpa pengetahuan mereka. Ternyata aku agak emosi ketika ini.hehhe. Ngak apa....setidaknya emosi aku bisa juga bicara.

saat ketika teman kecil ku ngak punyai inspirasi

Aku punyai seorang teman yang comel. Sentiasa aja membuat aku tersenyum. Dia jujur dengan persahabatan ini dan aku amat menghargai dirinya. Cuma pagi tadi, aku agak khuatir dengan balasan kejujuran yang bisa aku beri. Dia memberitahu aku , dia punyai masalah. Ngak punyai inspirasi. Dan aku pula tidak punyai akal untuk permasalahannya itu.

Aku seperti biasa dan mungkin sudah menjadi budaya aku. Menatap TV seolah khusyuk, tapi sebenarnya fikiran aku melayang memikir kepada masalah teman comel aku ini.
Aku ingin membantu, tapi makna inspirasi pun aku ngak berapa ngerti. Apa itu inspirasi. Mungkin ianya sesuatu yang bisa membuatkan kita bermotivasi, bersemangat.

Atau ia adalah sesuatu yang membuatkan kita bersyukur dengan apa yang kita punya. Mungkin juga inspirasi adalah sesuatu yang membuat kita merasa tidak cukup dengan apa yang ada dan seterusnya kita berusaha untuk mendapat lebih.
Mungkin juga inspirasi adalah sesuatu perkara yang membuatkan kita terpengaruh dan seterusnya menjadikan sesuatu itu sebagai idol atau cara hidup kita...
Terlalu banyak kemungkinan...

Kemungkinan yang mungkin tepat....segala kemungkinan itu tadi adalah inspirasi...
Mungkin nanti bagaimana bang? (ah, ada suara nakal dalam fikiran aku...) itu lagu peterpan..heh
Tapi bagaimana untuk mendapatkan inspirasi...aku sekali lagi...kaku...maksud aku di fikiran aku...kaku..
Aku ngak pasti...mungkin ia bisa di peroleh melalui pembacaan, pemerhatian, persahabatan, percintaan, internet, Tv atau dari melihat bintang2 juga bulan di langit.
ahh...terlalu banyak caranya...tapi mengapa kita masih mencari-cari inspirasi , seolah ia amat sukar..

Harus kita bertanya ....satu soalan yang amat penting..
SIAPA YANG MEMBERI INSPIRASI?
Wajib jawabnya..
ALLAH MEMBERIKAN INSPIRASI. (bagi non muslim, guna perkataan tuhan aja)
Harus, jika kita ingin inspirasi, mesti kita meminta kepada siapa yang memberikannya..
Sepertinya kita ingin duit dari papa, harus kita meminta. Contoh ini terlalu mudah.

Tapi bagaimana cara memintanya..Jika ingin meminta duit dengan papa, apa mungkin kita terus meminta begini
"pa, mintak uang, aku ngak punyai uang lagi. cepat kasi"
Pasti kita akan memperolehi uang itu selepas di beri penampar atau juga kita tidak akan perolehi uang. Tapi yang pasti, penampar tetap akan dapat.
Begitu juga jika kita meminta inspirasi kepada tuhan. Caranya meminta dengan tulus. Meminta dengan penuh harap. Lakukan suruhannya. Larangannya pasti di tinggal. Tapi kerna kita manusia, minta aja ampun banyak2 atas pelanggaran yang kita buat.

Aku senyum.
Kerna aku melihat diri aku sendiri. Aku jelas dari mana aku memperolehi inspirasi ini. Ya, ia memang dari tuhan. Tapi tuhan menitipkannya melalaui teman aku yang comel itu. Lantas aku ucapakan terima kasih pada dia kerna memberikan aku inspirasi meski dia sendiri ngak punyai inspirasi..
cukup ironi...tapi itu hakikat..
ketemu lagi temanku yang comel..
hehehe

umpama batu dalam sepatu

Aku sering berfikiran bahawa hidup aku di dunia ini untuk memberi kecerian kepada mereka yang mendampingi aku. Juga untuk membuat mereka senang lagi gembira. Ngak usah khuatir tentang kesusahan hidup. Sehingga aku di sedarkan bahawa tujuan aku sebenarnya hidup, untuk mendapat redha dari Allah.

Sejak dari itu, segala yang aku perbuat sebolehnya hanya untuk Dia, kerna dengan mendahulukanNya pasti aku bisa mencapai maksud untuk menceriakan juga mengembirakan ramai. Namun , bercakap2 mengenaianya di kerusi memang terlalu mudah, daripada kita sendiri yang berada di luar untuk melaksanakannya.

Aku tidak pernah merasa aku gagal, tapi aku tidak pula pernah merasa aku berjaya. Lantas dimana duduk aku sebenarnya. Mungkin aku perlu tahu bahawa di mana aku harus bermula.
Mungkin dalam hati itu...bererti niat. Kemudian melalaui perkataan dan akhirnya perbuatan.
Segala sukar sejak dari mula, kerna hati aku cenderung untuk melihat kepada kegelapan, lidah aku senang untuk bicara perkara yang kosong. Juga perbuatan aku cenderung untuk melukakan .

Jadi, dimana tujuan aku hidup tadi, untuk menceriakan orang di sekliling aku dan yang paling utama untuk mendapat redha daripadaNya.
seketika itu aku termenung, seperti hari sebelumnya, termenung. Kadang aku melihat keluar tingkap untuk melihat gagak hitam yang riang , sekejap aku tunduk merenung lantai putih kusam pudar.

Itu bukan diri aku sebenarnya, mungkin kerna aku terpengaruh dengan sesuatu. Juga aku tergoda dengan juga sesuatu. membuat aku lari dari fitrah. Fitrah untuk membuat kebaikan. Tapi apa itu sesuatu.

ahh...aku ngak mampu mencari sesuatu itu...mudahnya bisa saja aku bilang, ia umpama batu dalam sepatu...itulah sesuatu itu..hmm...rupanya sesuatu itu adalah titik kegelapan...
kerna aku merasakan perkara gelap yang memesongkan aku berada di hati. amat jengkel tapi aku masih bisa menanggungnya juga membawanya kedalam hidup aku. Seperti juga batu dalam sepatu, pasti ngak enak untuk berjalan2 dengan sepatu itu, tapi itu bukan sesuatu yang bisa menghalang kita dari terus berjalan. Pasti kita mahu membuang batu itu, tapi kerana keadaan yang kurang harmoni membuatkan kita tidak jadi berbuat demikian. Pasti akan tiba kita satu di kawasan sunyi juga sepi. Kita berhenti rehat sekejap, membuka tali kasut lantas membuang batu tersebut.

Mungkin aku harus begitu, mencari satu perhentian untuk aku berehat juga bertenang. Untuk membuang perkara gelap yang berada di hati aku. tapi, dimana aku harus menemukan sesuana tenang lagi sepi itu. Kerna hari2 aku di penuhi ghairah yang gelap juga terlalu mahu kedepan. Tanpa mahu untuk berhenti rehat lagi.

mudahnya, aku baru terfikir lagi bahawa aku belum menemuai hidayah..
aku terus termenung, untuk memikirkan apa lagi yang aku bisa perbuat. Hati aku semakin gelap. harus aku buang gelap itu,disini? atau di sana. bisa dimana2 sebenarnya, kerna aku sentiasa yakin, biar aku tidak menemukan keadaan yang cocok untuk aku berhenti untuk membersihkan hati , tapi pasti aku akan terjumpa dengan hidayah juga, jika aku terus berusaha. Kerna Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jadi perlu aku terus berusaha mendekatkan diri kepada maha pencipta. dengan harapan Dia memberikan aku hidayah yang pasti dengan itu, gelap di hati aku akan terbuang, umpama terbuangnya batu di sepatu.

Harus aku semakin tenang dengan kehidupan kerana tiada lagi rasa ngilu juga bebanan yang mencucuk di hati.
namun sehingga ketemu hidayah , sehingga itu aku akan terus begini...terus bergelap. Jangan fikir aku redha dengan keadaan aku. tapi seperti yang aku bilang, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Harus aku berusaha untuk menjadi orang yang di kehendakiNya tersebut. dan itulah yang aku perbuat sekarang, seiring dengan gelap yang aku cipta

bila emosi bicara cinta

Setiap perhitungan dikepala aku adalah berdasarkan dari fikirku yang paling dalam...Kadang-kala juga...ia adalah perasaan aku yang paling halus...aku berbangga dengan itu...
namun...
kadangkala...terjadi perkara yang menjadikan aku buntu...sama ada untuk menggunakan fikirku yang dalam atau menggunakan perasaan aku yang halus..

Soal cinta mungkin di antara perkara tersebut dan itulah yang aku ingin cerita. hmm..bukan mungkin tapi pasti..

Aku pernah mencintai juga pernah di cintai..
timbul disitu satu persoalan..adakah aku mencintai dia?
atau adakah dia mencintai aku?
Bagiamana pula dengan jawabnya...biasanya ada empat kemungkinan..
1. aku mencintai dia tapi dia tidak mencintai aku.
2.dia mencintai aku tapi aku tidak mencintai dia
3.aku tidak mencintai dia dan dia juga begitu
4.aku mencintai dia dan dia juga mencintai aku.

Untuk mendapatkan jawapan yang pertama..memang mudah...dan aku sering saja mencintai...tapi tidak di cintai.
untuk jawapan kedua pula...ngak selalu terjadi...kadang-kadang...tapi ia amat perit lagi sakit...
jawapan ketiga aku tidak mahu ambil peduli.
jawapan keempat pula...merupakan satu jawapan yang aku sentiasa tunggu juga nanti...lantas aku terlalu teliti dengan soal tersebut...hingga aku gabungkankan akal juga perasaan ku...hanya untuk menilai ada betul aku mencintai daa...dan apa betul dia mencintai aku..
hmmm..sebetulnya...diantara kebenaran dan palsu wujud sesuatu yang rumit..
iaiatu...KERAGUAN..

Biasanya keraguan membuat kita tidak melihat diri kita secara yang jujur...juga keraguan juga membuat kita tidak menilai sesorang secara yang ikhlas..
begitulah aku dengan cinta...sentiasa saja wujud keraguaan
..
di saat aku merasakan aku mencintai seseorang...muncul keraguan menyatakan bahawa...cinta aku tidak akan terbalas..
di saat cinta ku terbalas...keraguan tetap muncul menyatakan bahawa...itu hanya simpati...hanya untuk menyedapakn hati aku...pasti ia bukan cinta sejati dari si gadis pujaan ku..
keraguan..sentiasa aja muncul..
mujur...fikiran yang dalam.. bisa di gabungkan dengan perasaan yang halus..
lantas membentuk satu ubat yang menyembuhkan jiwa dari segala keraguan..
Cuma ramuannya agak rumit...fikiran yang dalam, harus mempunyai bukti...tanya saja pada si gadis...mengenai cintanya...
tapi si gadis harus jujur dengan jawaban..
perasaan yang halus pasti bisa kita rasa...jika kita menyebut namanya di hati..dan bila kita tersenyum kepadanya...dia bisa merasakan senyuman itu dan membalasnya dengan satu senyuman yang pasti kita akan...asyik...pasti manis perasaan itu..

cuma sekarang...aku ngak berbuat apa2 lagi untuk cinta dan keraguan itu..
aku merasa hadir seseorang dalam hidup aku lantas aku juga ingin hadir dalam hidupnya...cuma aku ragu...apa dia ikhlas dengan rasanya sendiri...atau hanya untuk mengisi masa lapang, juga...terdesak dgn cinta..
aku tahu...aku akan terus begitu...sentiasa aja ragu...tapi aku berharap semoga..
itu hanya untuk sementara kerana...sebetulnya aku terlalu mencintainya...sehingga...aku mahu setiap detik jantungku...hanya untuk melihat senyumannya..
aku terlalu melampau...mungkin...
aku sebetulnya merasakan datang saat yang akan mengecawakan aku...setelah selama ini aku selalu aja melukakan..

mungkin saat itu hadir sekarang...di saat aku terlalu....rapuh..
juga...aku senantiasa juga berdoa saat itu tidak akan hadir...kerna aku melukakan...bukan itu niat aku...itu hanya zahir...tapi sebetulnya aku tidak pernah mahu ingin melukakan...apatah lagi mengecwakan...cuma itu sesuatu yang aku ngak perlu jelaskan...kerna aku tahu...itu bukan penjelasan yang bisa di fahami..
ini emosi aku...dan aku biar ia bicara semahu-mahunya...kerna biasanya, emosi bicara terlebih dulu dari kejadian..
semoga aku fahami itu..