Tuesday, October 31, 2006

hati ini pedih

Aku merasakan, kepedihan yang paling aku khuatiri, ialah kepedihan hati. Kerna kepedihan hati itu ubatnya bukan bisa didapati difarmasi, tidak juga bisa didapati dari barisan ubatan mujarab MLM. Hihihi.

Kepedihan hati untuk aku biasanya berkait dengan manusia lainnya. Jika manusia itu, menghina aku, menuduh aku atau juga menganiyai aku, aku akan merasa pedih kerna rasa kecewa,terhina juga rasa diperdaya. Untuk memadam kepedihan, aku bisa meneriak marah kepada manusia yang menghina, bisa juga menonjok muka manusia yang menuduh. Tapi ia hanya untuk kesan sekejap, kerna perbuatan aku tadi umpamanya menelan aspirin untuk sakit lanser. Pasti rasa sakit itu akan hilang sebentar, namun sakit kanser akan kembali dan bisa terus membunuh jika terus-terusan menelan aspirin tanpa perubatan yang lebih serius (baca : mahal dan payah)

Untuk itu, aku dengan bisa-bisa akan kembali merasa pedih dihati sehari atau mungkin sesaat selepas meneriak atau menumbuk muka manusia yang memedihkan hati aku tadi. Puasnya hanya seketika, malah jika terlebih, bisa jadi mudarat yang lebih besar pula. Mungkin aku akan ditambah pedih lagi muka atau tubuh , juga lebih-lebih lagi di hati. Namun, ini bukan sebetulnya pedih di hati yang aku merasa betul-betul pedih. ini pedih yang aku masih bisa tersenyum di bibir biar tidak di hati.

Pedih yang aku betul-betul khuatir ialah, aku secara sengaja atau tidak, udah melukakan , memedihkan hati manusia-manusia yang aku sayangi, aku kasihi. Aku merasa terlalu pedih kerna aku harus pula, merasai pedih orang yang aku kasihi itu. Ditambah pedih hasil dari rasa menyesal aku.

Lalu untuk kedua-dua rasa pedih tersebut. Aku terkadang bersalah untuk mendapatkan ubatnya. Kerna dalam satu posisi, aku terpaksa memberi, di satu posisi aku pula terpaksa merayu.

Untuk pedih hati yang disebabkan oleh perlakuan manusia lain terhadap aku, untuk mengubati pedih hati, aku terpaksa memberi maaf. memaafkan semua salah menusia itu dan redha atas apa yang berlaku. Dengan itu,tiada lagi api amarah yang memanggang hati.

Bagi pedih hati yang disebabkan oleh perlakuan melampau aku terhadap manusia yang aku kasihi pula, aku tidak mampu memberi maaf, malah aku pula yang terpaksa merayu maaf. Agar aku bisa tenang pada malamnya, tanpa duri sesal yang mencucuk.

Jika aku dilukai, aku tahu ubatnya hanya maaf, namun aku sukar untuk memberi maaf kerna aku lagi suka menurut nafsu, ironinya jika aku pula yang melukai, aku pula yang terkial-kial untuk merayu maaf, biar aku tahu, aku sukar untuk diberi maaf. Untuk itu, aku bisa pasti kenapa hati aku sentiasa aja pedih, aku sukar memberi maaf, sukar pula diberi maaf. Ini belum lagi berkenaan maaf dari tuhan yang aku belum pohon. Aduh. Hati ini benar-benar pedih.

Monday, October 30, 2006

di mana manisnya senyum

Jika ditanya kenapa senyum itu dimengertikan sebagai sesuatu yang indah. Jawab aku pasti aku tidak tahu. Kerna aku juga sering bertanya hal serupa. Aku kira senyuman itu punyai sesuatu yang bisa melemahkan ego, meruntuhkan amarah. Tapi apa sebetulnya senyum tu. Hanya dua keping daging yang bernama bibir terangkat ke atas. Terkadang menampakkan kalsium yang membentuk gigi, terkadang tidak. Namun tetap juga manis dilihat dimata, manis dirasa di hati.

Senyum itu memang anugerahNya yang penuh misteri. Di balik senyum juga bisa menampakkan seribu satu macam kisah. Kisah suka dan duka, adakalnya kisah dendam disembunyi dibalik senyum. Senyum itu sama seperti manusia. Bisa terlihat indah pada kasarnya, tapi bila diteliti halus, ianya penuh pura-pura.

Apapun, senyum itu mudah bagi hati-hati yang biasa dididik dengan senyuman dan tawa. Untuk yang biasa dididik dengan amarah murka, pasti senyum itu payah. Lupa, untuk mereka yang ngak punyai gigi atau gigi berwarna, pasti senyum itu juga menjadi payah. Hihihi.

Aku hanya mahu bertanya di mana manisnya senyum itu. Apa ia dari bentuk bibir yang terlihat atau dari gigi yang terpamer. Atau manisnya senyum itu dari wajah atau juga dari hati? Lagi sekali aku tidak tahu. Kerna senyum selamanya akan tetap menjadi misteri bagi aku. Begitu agungnya ciptaan Allah, sekecil senyuman pun aku tidak bisa pasti, dari mana manisnya.. Maaf, aku ini payah senyum kerna aku pemalu. Hihihi

Sunday, October 29, 2006

jika kecewa dalam berdoa

Untuk iman yang biasa-biasa dan apatah lagi iman yang lemah seperti aku ini pasti susah untuk mengerti mengapa doa ngak termakbul, mengapa solat hajat ngak tertunai. Mungkin secara teori ilmu, masih bisa difahami. Bahawa doa ngak dimakbul oleh Allah kerna Allah mahu menguji sejauh mana iman kita, mahu melihat apa iman kita ini tahan uji dengan kesusahan dengan kekecewaan dan kesedihan. Allah juga suka melihat hambaNya berdoa, atas kerna itu Dia akan menahan doa hambaNya itu dari termakbul kerna Dia suka melihat kita terus berdoa kepadaNya.

Itu yang aku bisa bilang sama hati juga bisa bermain di bibir. Namun jika menjengah jauh ke dalam dasar hati, segala teori ilmu tersebut tidak mendasari sedikit pun dasar hati aku. Mudahnya ilmu tidak tidak tercerna di hati aku untuk menjadi zat. Hanya bisa menjadi perhiasan di permukaan. Atas sebab itu, aku mudah untuk berasa kecewa jika doa aku tidak termakbul, solat hajat aku tidak tertunai. Mungkin ilmu itu tidak tercerna kerna hati aku ini sendiri. Hati aku beranggapan bahawa, aku wajib meminta segala yang baik-baik aja, seperti kesihatan, kekayaan , cinta dan keimanan agar hidup aku bisa BAHAGIA. Aku mencari KEBAHGIAN hidup.

Aku lupa, bahawa tujuan hidup aku di dunia ini, tujuan aku berdoa macam-macam, bukan untuk mencapai maksud BAHAGIA. Tapi tujuannya adalah untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH. Kerna hanya itu tujuan utama kita hidup di bumi ini. Mencapai KEREDHAAN ALLAH. Bahagia itu tidak sama dengan Redha. Jadi oleh itu kita bisa melihat banyak sekali orang kafir yang bahagia hidupnya, tapi adakah ia bermaksud Allah udah redha dengan orang-orang kafir itu. Kita juga sering mendengar segala kepayahan nabi-nabi dan rasul-rasul terdahulu dalam menyebarkana agama Allah, di hina dan di sakiti, hidup mereka tidak ada kebahagian, namun mereka itu di redhai Allah. BAHAGIA itu tidak semestinya di redhai, namun apabila kita udah diREDHAI, kita bisa memperoleh kebahgian itu, biar tidak luaran tapi dalaman hati kita.

Lalu jika doa aku itu tidak makbul kenapa aku harus kecewa, doa tidak tertunai bukan bermaksud Allah tidak Redha dengan hidup aku dan doa yang termakbul bukan pula bermaksud Allah udah redha dengan aku. Tapi segala-galanya adalah kententuan Allah, dan aku sebagai hamba tidak layak untuk merasa kecewa jika doa tidak termakbul, kerana dengan merasa kecewa aku sebetulnya seolah-olah memerintah Allah dengan menyuruh Dia mengabulkan doa aku. Sedangkan aku ini hanya hamba, dan jika aku begitu, jelas aku ini udah derhaka. Aku sebagai hamba hanya bisa meminta dan merayu. Hindarkan rasa kecewa dengan menanamkan dalam hati aku bahawa KEBAHGIAN bukannya yang utama tapi yang utama adalah REDHA NYA.

Hingga kini, aku masih kecewa dan jelas sekali, aku masih meletakkan kebahgian itu sebagai asas dalam hidup aku. Semoga aku bisa berubah dan semoga aku bisa di redhai oleh Nya.

Monday, October 23, 2006

Jangan bersangka baik untuk aku.

Jika aku berjalan , jalan sendiri-sendiri maksud aku. Apa sih yang aku jangka. Mungkin aku jangka keselamatan sepanjang perjalanan. Mungkin juga menjangka akan sampe ke tujuan tepat waktu atau mungkin aku tidak manjangka apa-apa yang buruk. Ini biasanya aku perbuat. Hanya menjangka yang baik aja, atas dasar berpegang ada prinsip 'bersangka baik'.

Namun aku terlupa bahawa aku tidak berlaku adil pada setiap jangkaan aku. Jangkaan itu sebetulnya harus seimbang bagi kedua-dua hujung prisma. Sedangkan aku hanya memberatkan hujung jangkaan yang baik. Jangkaan yang buruk di hujung prisma lain pula kosong. Tiada jangkaan di situ. Sepatutnya untuk terlihat adil aku harus mengimbangkan kedua-dua hujung prisma itu. Dalam membuat jangkaan yang baik, aku juga harus membuat jangkaan yang buruk. Begitu juga sebaliknya. BUkankan adil itu bermakna meletakkan yang sepatutnya pada tempatnya. Lalu, menyeimbangkan kedua-dua hujung yang berlawanan itu adalah wajar kerna meletakkan jangkaan baik dan buruk sama seimbang.

Dalam hidup, aku sering membuat silap kerna hanya obses dengan jangkaan yang baik aja. Baik dalam ibadat, akademik juga cinta. Dalam ibadah, aku hanya menyangka bahawa solat aku, doa aku akan diterima. Sangkaan yang baik. Tapi aku tidak meletak sangkaan buruk, sepatutnya aku meletak sangkaan buruk bahawa solat aku dan doa aku akan ditolak. Kerna siapa sih aku ini yang harus bersangka baik bahawa ibadat aku itu udah sempurna. Ibadat aku jauh dari sempurna, tapi jika aku masih bersangka baik ibadat aku ini diterima kerna kebagusannya, lalu aku akan bisa jadi lalai atau juga jadi celaka sedangkan sebetulnya ibadat aku ini harus diperbaiki banyak, juga harus lebih banyak takutnya.

Dalam cinta (baca : cinta berlawanan jenis), aku juga sering menjangka apa yang aku perbuat untuk cinta adalah yang terbaik. Aku menjangka cinta aku ini adalah yang terakhir juga kukuh dari sebarang godaan. Apabila jangkaan baik aku itu tidak tepat, kerna cinta mula merajuk, cinta mahu lari, ada cinta lain yang cuba masuk. Aku terdiam dan merasa kecewa. Kerna dengan tidak menjangka sesuatu yang buruk, bermakna aku tidak menyediakan plan B. Tanpa Plan B aku akan terus terkapai-kapai dalam gelora duka kerna tidak bersedia untuk hal-hal buruk seperti ini.

Begitu juga dalam hal hidup yang lain, akademik kerja juga bisnis. Harus jangkaan buruk itu disertakan sekali dengan jangkaan yang baik, agar secara automatik otak akan bersedia dengan hal -hal yang berlaku luar jangka dengan menyediakan plan B, plan C dan pelbagai plan lagi. Namun, terkadang juga sebaliknya berlaku. Kita terlebih jangka dalam hal-hal buruk hingga kita jadinya lemah dan ngak punya motivasi. Ini sering aja terjadi dalam akademik, dalam kerja yang kita ngak suka atau dalam cinta yang terpaksa.

Apabila hal-hal ini terjadi, aku kira diri aku seharusnya belajar bagaimana untuk meletak jangkaan aku itu dalam posisi yang seimbang. Meletak agar ia berada di tengah-tengah diantara jangkaan buruk dan jangkaan yang baik. Agar aku tidak terlalu mencipta harapan yang tinggi dengan keyakinan aku, juga tidak terlalu merasa rendah diri. Semuanya sederhana. Lalu apabila aku berjaya , aku akan mudah tersenyum dalam hidup syukur dan apabila aku gagal aku akan lebih mudah untuk tersenyum dalam redha.

esok raya. selamat hari raya dan maafkan segala kesalahan aku. jika aku ada menguris, ada menusuk, ada, ada menikam, ada membaling, ada meruntuh, ada mencampak, ada meludah juga jika ada melukai perasaan kalian dengan tulisan aku. Maaf. terima kasih

Thursday, October 19, 2006

aku mau menjadi wirawan

Aku mungkin juga kalian, pasti sering kali terdengar ungkapan ini. 'kuasa itu datangnya bersama dengan tanggungjawab'. Aku sering mendengarkannya di cerita-cerita wirawan barat sepertinya superman juga spiderman. Lantas dengan keramat ungkapan itu para wirawan tadi mula menjalankan tugasnya secocok dengan kuasa yang ada. Mereka merasa kuasa yang mereka ada itu adalah untuk membantu manusia, bukan untuk keuntungan sendiri. Lalu kisah mereka terjual bilion dollar ke seluruh dunia.

Aku mungkin juga kalian, pasti sering kali terdengar ungkapan ini juga. 'cinta itu adalah kuasa yang ngak tertewas' Aku sering mendengarkan ia dari filem-filem romantis, baik Hollywood, bollywood, Mollywood dan apa-apa wood lagi. Semuanya cerita yang serupa. Lalu dengan kuasa cinta itu, seorang putera mampu mengalahkan seekor naga, atau segerombolan tentera hitam. Atau dalam aksi yang lebih moden, rantai besi bisa diputuskan atau juga yang udah mau mati dikeroyok musuh kembali kuat untuk kembali menkeroyok musuhnya.

Jadi apabila cinta itu kuasa yang ngak tertewas, kuasa pula datangnya bersama tanggungjawab. Jadi apa jenis tangungjawab yang hadir bersama kuasa cinta? Jika dilihat para wirawan barat sepertinya superman tadi, kuasa yang hadir bersama tanggungjawab tadi diterjemahkan kepada tanggunjawab untuk membantu umat manusia. Dalam kehidupan seharian kita, sama ada kita sadar tau ngak, cinta sering hadir sebagai satu kuasa kepada kita. Kita sepertinya terlalu bertenaga untuk bersms sepanjang malam, bertalipon hingga subuh atau dating hingga ke semak belukar berduri. Hehehe.

Kuasa cinta itu juga sebetulnya kita sering hadir bersama tangungjawab. Kita merasa seolahnya bertanggungjawab untuk mengetahui setiap gerak -geri pacar kita, bertanggunjawab untuk menjaga makan minum mereka (nota : biar sekadar bertanya di talipon) Kuasa cinta uga hadir bersama tanggngjawab untuk menikah dan punyai anak-anak (nota : biar selalunya ia sekadar dibibir)

Itu baru cinta pada manusia. Kita udah seolahnya punyai tenaga tambahan, punyai tanggungjawab yang sebesar dunia. Bagaimana pula dengan besarnya kuasa cinta kita kepada tuhan. Betapa besarnya tanggungjawab yang akan mampu kita lakukan. Aku merasa yakin jika kita punyai cinta yang agung kepada Allah, pasti kuasanya itu lebih dari kuasa wirawan barat seperti superman juga spiderman atau juga wirawan Malaysia cicak man. Mungkin itu yang terjadi pada Saladin, dengan kuasa cintanya yang tinggi dia punyai tanggunjawab yang besar untuk membebaskan Al quds. Sayang, ada pihak berandaian Saladin menyembelih syiah semasa di Fatimiah hingga ngak layak digelar wirawan. Biar dalam sejarah barat, mengatakan Saladin lah yang telah menjadi doktor kepada raja kafir. Bagaimana orang seperti Saladin yang sanggup mengubati musuh digelar penyembelih? Seenaknya aja.

Cukup (peringatan : untuk diri aku, aku ini buta politik, jadi hindari politik di blog cinta ini Hihihi).

Lalu, cuba kita lihat kuasa cinta yang kita punya. Apa ia hadir bersama tanggunjawab atau sekadar manis dibibir. Lihat cinta pada keluarga kita, cinta pada negara, cinta pada teman-teman, cinta pada cowok-cewek juga cinta yang paling ampuh kuasanya, cinta kepada Allah. Apa cinta itu wujud. Jika wujud, apa ia beserta tanggungjawab. Ngak perlu jadi wiarawan ntuk merasakan nikmat punyai kuasa dan tanggungjawab. Cukup sekadar kita punyai cinta. Cuma harus dilihat pada cinta jenis mana yang kita pilih . Kerna cinta punyai kuasa berbeda-beda. Aku pula punyai cinta hitam yang dingin. Lalu, bayangkan tanggungjawab yang bagaimana aku bisa tunaikan. hehehehe

Monday, October 16, 2006

apabila kita cuba lari dari memilih.

Seorang teman aku yang cantik berkata kepada aku. Dia tidak ingin lagi membuat pilihan jika ia bersabit soal cinta. Dia hanya mahu membiar segalanya terjadi tanpa perlu lagi memilih. Ini kerna dalam cinta, dia sering aja membuat pilihan yang salah hingga hanya derita yang sering dia ketemu.

Bagi aku, dengan tidak membuat pilihan sebenarnya kita udah membuat pilihan. Kerna pilihan itu ada dua. Pilihan atas sadar atau pilihan di bawah sadar. Pilihan sadar itu adalah pilihan yang jelas dengan kata 'pilihan' dalam bicara atau pilihan berdasarkan akal juga iman. Manakala pilihan bawah sedar adalah pilihan yang tidak punyai kata 'pilihan' dalam bicara tapi perbuatannya menyebabkan terjadinya hal yang berbeda . Hal yang bersifat hasil dari perbuatan memilih. Atau juga pilihan yang di serahkan kepada nafsu. Nafsu itu tamak . lanats segalanya dia mahu.

Umapamaya dalam cinta 3 segi. Jika kita punyai 2 pilihan. Pilihan atas sadar adalah pilihan kita yang jelas. Misalnya jika kita memilih A, maka jelas pilihan kita ialah A. Pilihan bawah sadar pula ialah pilihan yang terjadi hasil dari ketidak inginan kita untuk memilih. Kita tidak mahu memilih A atau pun B. Tapi sebetulnya perbatan kita itu telah membuatkan kita memilih di bawah sadar. Mungkin A akan kecewa kerna sikap kita itu, lantas berlalu dari hidup kita. Tinggal B yang jadi pilihan kita. Lalu, pilihan kita hanya B. Padahal pilihan kita sebetulnya lebih berpihak kepada A. Lalu bila ia terjadi, kita udah terlambat untuk tahu bahawa pilihan kita udah silap.

Untuk ini, jelas bahawa hidup adalah pilihan. Biar apa pun yang kita cuba perbuat, pilihan tetap ada di hadapan. Jangan sekali cuba lari dari pilihan. Apabila kita lari dari cuba memilih, kita sebetulnya memilih untuk lebih kecewa. Pilihan itu ada kerna kita ini manusia yang punyai akal. Kita bisa memilih secara jelas, melalaui akal juga iman. Cuman lagi, kita tidak bisa memilih kerna biar kan nafsu kita yang memberi kata putus.

Saturday, October 14, 2006

catatan untuk perempuan 8

Untuk perempuan, mungkin maklum bahawa telangjang itu bagi lelaki adalah syurga mata, yang bisa merangsang nafsu. Namun si perempuan sering terlupa melihat bagaimana telangjang itu di takrifkan oleh fikiran si lelaki. Untuk semua lelaki di dunia, maksud aku seluruhnya, percaya bahawa telangjang itu adalah tubuh yang tanpa pakaian biar sehelai benang.

Biar tidak semuanya, tapi kebanyakkan lelaki juga menafsirkan telangjang itu adalah pakaian yang hanya menutup tetek juga lurah di antara pusat dan peha. Lebih 90% dari jumlah kebanyakan itu pula melebarkan takrif telangjang dengan memasukkan perempuan-prempuan yang berpakaian ketat, menampakkan mengkal tetek juga lebar punggung mereka.

Kata kuncinya ialah imaginasi. Imaginasi sang lelaki kuat. Cukup mata mereka sekadar melihat dada montok perempuan itu melalui baju ketat, selebihnya imaginasi mereka yang akan menanggalkan satu persatu pakaian perempuan tersebut hingga imaginasi mereka berkata perempuan ini udah aku telangjangkan. hehehe.

Ada segolongan kecil lelaki menakrifkan telangjang pula itu sama dengan perempuan, Dan perempuan itu sama dengan telangjang. Tidak kira perempuan itu guna purdah atau guna bikini. Sama aja. Semuanya telangjang bagi mereka. Golongan kecil inilah yang sering telibat dalam jenayah seks berat. Meraka ini adalah golongan sakit jiwa dimana mereka tidak mampu mengguna imaginasi mereka. Malang. Hehehe.

Jadi, bagi si perempuan, jangan hanya melihat senyum manis si lelaki juga renungan manja mereka. Cuba lihat imaginasi mereka. Apa kata imaginasi mereka berkenaan telangjang. Lain lelaki, lain takrif telangjang. Untuk aku, aku ini golongan sederhana imaginasi, tidak terlalu kuat, tidak pula terlalu sedikit. Jadi jika ketemu aku, pastikan pakai pakaian yang melebihi sederhana. Tidak di tengah-tengah . Hehehe.

berjalan di jalanan yang gelap

Apa yang aku mengerti tentang perjalanan malam ialah, aku hanya bisa mengalamun sendirian, Kerna tidak ada apa yang bisa mata aku nikmati sepanjang perjalanan. Hanya hitam , hitam dan hitam. Itu yang aku alami semalam, berkeretapi selama 12 jam ke Kelantan, kemudian malam tadi berbas pula selama 5 jam kembali ke ibu kota. Rasa pekat hitam itu masih menempal ke kepala aku.

Rasa tersebut udah lama aku tidak punya. Kerna rasa itu sebetulnya mengingatkan aku berkenaan rasa kecewa cinta yang terputus. Sama ada aku yang memutusin atau aku yang diputisin. Rasanya sama, rasa gelap. Tapi kerna kita hidup ini umpamanya berjalan di jalan yang punyai penghujung, maka aku terus aja berjalan dalam gelap. Tidak ada lagi pelangi, tidak ada lagi mentari, bulan juga intang. Hanya ada gelap dan lampu untuk suluh jalan.

Kerna lampu yang aku guna itu malap, aku hampir-hampir jatuh ke gaung. Mujur tuhan masih sayangi aku. Aku masih bisa nampak dalamnya gaung tersebut dalam samar lampu yang aku bawa dan tidak juga terjatuh. Lampu itu sebetulnya aku perkirakan sebagai iman. Tanpa iman, kita akan meraba dalam gelapnya perasaan kecewa. Terutamnya ketika putus cinta. Gaung pula aku ibaratkan bisikan syaitan yang sering aja mengajak manusia untuk merusakkan dirinya. Khususnya manusia yang kecewa dalam cinta.

Mujur juga dalam malam-malam perjalanan aku ditemani oleh teman yang bijak bicaranya, lantas aku tidak merasa terlalu sepi dalam mengalamun. Untuk itu, aku barangakali baru tersedar bahwanya, jika kita merasakan diri kita ini baru aja berjalan di jalanan yang gelap, bawa sekali teman yang bisa menghilang rasa gelap tersebut dengan senyum dan ketawanya yang ikhlas. Agar kita bisa melepasi zon gelap putus cinta dengan selamat.

Untuk itu, jika baru putus cinta, pastikan jangan terjatuh dalam jurang yang dalam dengan kuatkan nyalaan lampu keimanan agar bisa berjalan dalam rasa gekap kecewa tersebut. Dapatkan juga teman-teman yang bisa memberi segala kata-kata penyegar jiwa. Yang penting jangan sendiri-sendiri, kerna putus cinta itu umpama jalan yang gelap. Apa kalian berani jalan sendiri-sendiri di jalan yang gelap tanpa lampu juga tanpa teman?

Thursday, October 12, 2006

merenung awan hitam.

Cinta itu diturunkan kepada perempuan untuk dia bahagia, diturunkan kepada lelaki untuk dia bahagia. Itu yang aku fahami dengan sesungguhnya. Apabila cinta yang di turunkan kepada perempuan itu hanya menjadi derita, cinta yang diturunkan kepada lelaki itu menjadi duka. Aku mula bertanya kenapa. Ini yang aku masih tidak mampu untuk fahami.

Mungkin aku terlupa, bahawa apa sahaja yang hadir di dunia ini adalah sifatnya sebagai ujian. Apa sahaja. Cinta juga begitu. Mungkin aku perlu melihat cinta itu bukan lagi sebagai satu kebahgian, tidak pula satu penderitaan agar aku bisa bersedia untuk apa sahaja yang terjadi dalam cinta. Namanya juga ujian. Jika ujian tidak akan mudah, pasti ada liku-likunya. Terkadang cinta itu membahgiakan, terkadang ia melukakan.

Mungkin dengan aku melihat cinta itu hanyalah sebagai satu alat ujian yang di turunkan tuhan untuk hamba-hambaNya, maka aku bisa mendepani persoalan cinta dengan minda terbuka. Tidak sekadra berfikiran sempit mengatakan cinta seharusnya bahagia. Harus sedia bila waktu akan tiba derita. Dengan segera bersedia, aku harap aku lebih mudah untuk menghadapi ujian itu, lebih tenang dan bisa pas ujian. Biar tidak cemerlang, setidak-tidaknya aku tidak perlu lagi berpuisi duka merenung awan hitam yang melindung bulan.

Wednesday, October 11, 2006

Bila angka menjadi lagenda

Ada yang mengatakan bahawa kekayaan orang Melayu itu udah sampe 45%. Ada pula mengatakan masih 18%. Sebetulnya pada angka mana pun kekayaan itu berada, untuk diri aku, aku masih tidak perolehi apa-apa hasil dari angka-angka itu. Kerna hidup aku tetap sama.

Pagi-pagi beli surat khabar di kedai bukan Melayu, beli baju di kedai bukan Melayu, beli gula di kedai bukan Melayu, beli kasut di kedai bukan Melayu, beli prepaid di kedai bukan Melayu. Hanya bila cerita berkenaan beli makanan, baru aku bisa pergi ke kedai orang Melayu.

Lalu terfikir aku bagaimana lagenda dan mitos boleh tercipta. Semuanya hasil dari kekaguman dan ketidakpuasan terhadap sesusatu perkara. Maka di ciptakan angka-angka agar bisa tampak hebat, atau tampak sepertinya mangsa keadaan. Seperti cerita Holocost, Yahudi bercerita tentang jutaan bangsanya yang dibunuh sedangkan hakikatnya itu sekadar angka-angka untuk dilihat sebagai mangsa kekejaman. Mangsa yang harus di beri simpati dengan di anugerahkan sebuah negara haram di tanah suci. Kerna waktu itu, dunia sudah simpati dengan angka-angka yang terbit.

Atau juga berkenaan lagenda Hang Tuah yang dikhabarkan bisa mengusai 12 bahasa. Nampak hebat, tapi malangnya anak cucunya pula tidak mampu mendapat kerja di bumi sendiri hanya kerna mengusai 1 bahasa, bahasa kebangsaan. Mungkin ada benarnya Hang Tuah itu ialah Hang Tu Ah kerna biasanya hanya bukan Melayu bisa mengusai banyak bahasa. Setidak-tidaknya 3. Melayu, English juga Mandarin. Lalu, mereka senang untuk mendapatkan kerja. Hehehe.

Jadi, logiknya, bila satu bangsa itu lebih banyak menganggur pasti angka-angka penguasaan ekonomi tidaklah se gah 45%. Mungkin ada benarnya 18%. Tapi untuk apa di khabarkan eknomi bangsa Melayu itu sehingga 45%. Mungkin belajar dari lagenda Holocost. Entah. yang pasti 80% belanaja aku tetap akan pergi ke kedai bukan Melayu.

Tuesday, October 10, 2006

'ghost game' , bukan sekadar cerita di seloluid putih.

Untuk pertama kalinya duduk di kerusi panggung. Hal pertama yang masuk dalam fikiran aku, kenapa filem Heart terlalu sikit tayangannya. Hingga aku terpaksa pula duduk di panggung ini untuk menonton filem yang bukan dalam rencana asal aku. Itu aku boleh terima kemudian kerna filem Heart udah melepasi klimaks tayangan. Setelah beberapa lama ia di panggung.

Apabila memilih untuk menonton filem pengganti Heart ini, pertimbangan pertama aku ialah pada posternya. Terlihat posternya suram juga gelap. Gambar manusia yang udah mati, tengkorak-tengkorak yang berselerak, serta renungan manusia yang dalam ketakutan. Aku suka tema ini. Tema angker dan pastinya aku lebih yakin kerna filem ini adalah filem angker Thai. Aku mahu sesuatu yang menakutkan jiwa aku. Dimana ketakutan tersebut terpancar dari cara duduk aku yang ngak nyaman, mata aku yang terkelip-kelip serta sesekali terdengar keluhan terkejut-kejut dari lidah aku.

Filem Thai yang aku maksudkan ialah 'Ghost Game'. Filem berkenaan, sebuah rancangan realiti. Di mana rancangan ini disertai 11 orang peserta yang mahu memperoleh wang kemenangan sebanyak 5 juta Baht. Rancangan realiti ini merupakan rancangan yang menguji keberanian para peserta ntuk tinggal di kawasan yang misteri, penuh dengan hantu kononnya. Para peserta akan tinggal dkawasan tersebut dan akan mengalami gangguan dari nahluk halus. Bagi peserta yang ngak mampu menanggung gangguan itu, akan terkeluar dari permaianana. Peserta terakhir yang tinggal dalam kawasan tersebut dan meneruskan permaianan akan dikira sebagai pemenang.

Rancangan realiti ini mudah difahami konsepnya. Tetapi, untuk dijadikan cerita, kawasan pilihan untuk menjalankan rakaman rancangan realiti ini adalah sebuah Muzium di Kemboja.Muzium tersebut asalnya merupakan sel tahanan yang menempatkan para tebusan yang diseksa kemudain semuanya dibunuh secara kejam. Awal filem ini menunjukkan seoarang dukun Kemboja menjalankan upacara 'tolak bala' tapi akhirnya dukun tersebut pula yang kerasukkan. Kerasukkan seoarang roh perempuan yang meminta para peserta meninggakan aja lokasi itu. Apabila hal tersebut tidak diendahkan , maka ceritanya bermula disitu.

Aku tidak mahu mengulas lanjut filem tersebut kerna nanti hanya akan menghilangkan mood untuk menonton. Tapi apa yang aku mahu perjelaskan ialah hasil dari filem tersebut telah menyebabkan bantahan di Kemboja. Bantahan yang terbit dari sensetiviti rakyat Kemboja. Mereka menyatakan bahawa filem tersebut biar hanya rekaan tapi ia seolahnya mengingatkan mereka kembali kepada kekejaman tentera Khemar Rouge. Kekejaman yang diingati dengan kod S21. Dalam filem ini pula, kekejaman pembunuhan beramai-ramai tersebut diubah menjadi Kes 17. Biar lokasi, cerita dan nama kes itu diubah. Namun isinya tetap sama, iaitu pembunuhan beramai-ramai. Kejadian yang menyebabkan trauma kepada negara Kemboja. Kerana mereka menjalankan filem tersebut di Kemboja dan berlatar belakangkan Kemboja. Kenapa tidak aja dibuat di Thailand dan berlatar belakangkan sendiri negara Thailand?.

Rakyat Kemboja mengutuk filem tersebut dengan alasan tersebut. Alasan tidak menghormati luka lama mereka. Malah seorang pemimpin Kemboja mengatakan, "Pembunuhan ini telah lama berakhir. Namun kami tidak melupakan sejarah kami, tapi ia tidak pula harus diulang biar dalam apa bentuk sekalipun". Mungkin ini terlihat tidak bagus, namun hakikatnya filem tersebut menyebabkan Kemboja seolahnya kembali bersatu dan melupakan segala masalah yang ada dalam negera mereka. Juga bisa mencetuskan lagi gelombang perbalahan diplomasi antara kedua negara.

Ini menjelaskan kepada aku kenapa pada permulaan filem begitu jelas menyatakan bahawa, segala kisah dan adegan dalam filem ini tidak bermaksud untuk merujuk pada mana-mana kejadian tapi apabila adegan-adegan tersebut tetap menimbulkan rasa kurang enak, mereka memohon maaf.

Lantas apa iktibar yang aku peroleh dari filem ini? Satunya, filem angker bukanlah pengganti yang bagus untuk filem cinta. Kerna bila kita udah sedia menonton filem bertema cinta, kita sebetulnya udah menyediakan perasaan yang paling lembut agar kita bisa memahami filem tersebut. Tapi bila rencana tersebut ditukar kepada filem angker, kita akan menjadi panik serta takut berlebihan kerna perasaan lembut tadi ditujah dengan mesej-mesej ngeri juga angker. Ini yang aku rasa. terlau menyentuh perasaan takut aku. Ah, persetan.

Keduanya, filem ini biar bagaimana pun diolah, hakikatnya tetap sama. hakikat yang memberi rasa yang sengaja untu mengguris luka lama. Hakikat tersebut bisa mengguris perasaan orang Kemboja. Ini kerna filem sebetulnya, udah diktiraf sebagai satu bentuk media yang setaraf dengan koran. Di mana segala cerita adalah perkhabaran yang bisa jadi fakta yang bisa diargumen . Untuk ini, aku kira kita sebagai penonton harus seperti membaca koran, tekun mencari apa isinya juga menapis apa saja kesan yang diberikan oleh filem tersebut. jangan terlalu mudah untuk menyangjung adegan yang mengatakan ini filem yang mencerminkan budaya sebenar (seperti yang terjadi pada sebuah filem negara kita, yang terlalu disanjung begitu). Apa ada pada cerminan tersebut jika hanya membalik hanya pada satu daerah tertentu. Ia sepatutnya bukan sekadar satu cerminan, kerna cerminan itu terhad dan sempit , tapi sebagai satu perkhabaran yang bercerita benar juga penuh pengajaran. Jika pun mahu sensasi buat kajian dulu juga minta izin. Seperti kita membaca berita-berita di koran (harus pilih juga koran mana yang lebih bagus).

Ternyata, filem ini dari segi ekstetiknya bagus, bisa menakutkan aku. hehehe. namun dari segi perkhabarannya, ia tidak ubah tabloid. hanya mencetuskan sensasi dan apabila diargumen, mudah pula mereka menyatakan ia hanya fantasi, biar hakikatnya, mereka mahu filem ini dilihat kerna isinya yang dipenuhi dengan fakta-fakta lalu. Fakta-fakta yang mereka katakan istilahkan cerminan sejarah hitam Kemboja, sepatunya ia bisa jadi bagus sekiranya filem ini bercerita dan memberi perkhabaran yang jujur, tidak selindungselindung seperti tabloid gossip. Ia berjaya memberi imej tabloid tersebut, kerna itu ia dibantah. Jelas, ketakutan filem ini tidak hanya pada seluloid putih, tapi disambungkan pada realiti sebenar yang telah mengguris perasaan negara Kemboja.

Monday, October 09, 2006

berdiri di simpang, menanti lampu hijau.

Dalam memilih aku merasa itu satu hal aku paling tidak suka. Kerna hal memilih itu terjadi bila terkumpulnya yang terbaik dalam hidup aku tetapi aku tidak mampu mengengam perkara itu sekaligus. Lantas harus aku memilih untuk menggengam yang mana hati aku pilih, membuang yang mana hati aku tidak mahu, biar hakikatnya, semuanya indah lagi elok.

Untuk hal-hal seperti ini, aku biasanya sendiri dulu, cuba untuk bertanya pada hati. Apa sebetulnya kehendak hati. Kemudian cuba pula melihat pada pilihan yang ada. Biasanya, kehendak hati mengatakan, semua pilihan yang ada itu adalah kehendak hati dan ini merungsingkan aku.

Aku cuba lagi bertanya pada hati, jika semuanya adalah kehendak hati, bagaimana pula dengan upaya aku. Apa aku bisa menampung segala ongkos yang terbit dari pilihan aku. Lagi sekali, jawapan hati merungsingkan aku. Aku bisa untuk mengongkosi semua pilihan tadi. Tidak ada yang terlalu tinggi, tidak ada yang terlalu besar dan tidak ada yang terlalu mahal bagi aku tanggung.

Ketika semuanya hanya berdepan jalan buntu, mungkin doa satu-satunya pilihan yang ada dan ini aku memang laksanakan. Kerna hanya DIA yang tahu apa yang tebaik untuk aku. Tapi mungkin kerna hati aku ini hitam, maka petunjuk itu aku tidak bisa peroleh kerna hati yang hitam tidak bisa melihat, aku umpamanya hilang keistimewaan. Jadi awas dengan hati kalian, kerna bisa-bisa aja seperti aku, hilang kesitimewaan. Hehehe.

Aku dalam keadaan ini, hanya ada satu pengukur yang bisa membantu. Iaitu masa. Untuk setiap pilihan yang ada aku harus mengukur masa yang aku punya untuk aku bisa memiliki setiap pilihan itu. Biasanya masa tidak pernah sama. Pasti punyai titik-titik nol yang berbeda-beda. Ini yang aku suka tentang masa. Ia bisa jadi pengukur.

Untuk memudahkan penilaian aku terhadap pilihan yang ada, aku cuba memberi pilihan itu dengan sebatang lampu isyarat. Aku akan letak di hadapan pilihan aku. Ia menandakan masa. kerna pilihan itu umpamanya persimpangan yang punyai lampu isyarat dan tidak mungkin lampu isyarat itu akan menyala hijau serentak bagi kedua-dua persimpangan itu. Pasti jika ia merah, yang satu lagi akan hijau dan juga sebaliknya.

Aku terus terang mengatakan cenderung untuk memilih yang mana hijau dulu. Kerna aku tidak suka menunggu disimpang. Aku tidak punyai masa, hidup kita singkat. Setiap detik yang berlalu bermakan semakin hampir dengan kematian. Jadi dengan pilihan yang ada tadi, aku harus memilih pilihan yang mana aku bisa perolehinya dengan cepat. Tanpa perlu menunggu di di persimpangan yang panas atau berjerebu. Hehhe.

Untuk pilihan yang aku lepaskan suka aku menyatakan bahawa, kamu tetap pilihan aku yang hebat, yang indah tapi harus kamu fahami, aku ini manusia yang hanya sementara hidup di dunia. Banyak lagi perkara yang aku harus usahakan selain dari mengejarmu. Banyak lagi hal yang aku perlu bereskan sebelum aku kembali kepadaNya. Jadi, jika bermakna pilihan yang tidak terpilih tadi berduka, aku memohon ampun. Aku ulang, kamu tetap pilihan yang terbaik yang pernah aku jumpa, kerna bisa membuatkan aku menunggu di simpang yang panas dan berjerebu tadi hanya untuk menunggu lampu merah mu menjadi hijau. Sayang, ia ngak kunjung hijau.

Sunday, October 08, 2006

celanaku cukup-cukup muat.

Aku teringat, seorang teman menegur aku.

"eh, kamu ngak make tali pinggang?" sambil dahinya dikerutkan.

Aku terdiam sebentar memikir. Celana aku ini sebetulnya udah cukup-cukup muat. Jadi kerna itu aku kira tali pinggang itu hanya akan menyusahkan aku nanti. Mungkin belum lagi di ranjang, tapi setidak-tidaknya semasa sedang gawat di tandas. hehehe. Prosesnya bertambah. hik.

Namun, dari peristiwa itu aku kembali memikir, kenapa teman tadi beri aku persoalan itu. Mungkin dia udah terbiasa ngeliat aku memake tali pinggang atau bisa juga dia punyai fikiran, tanpa tali pinggang, kekemasan itu ngak sempurna. Dari hal itu, aku ternampak kurang disiplin.

Dari hal ini menyatakan bahawa, fungsi fizik tali pinggang (selain dari fungsinya sebagai cambuk ntuk anak-anak) itu sebetulnya ngak besar berbanding fungsi yang tersembunyi. Tali pinggang itu berfungsi menjadi ukuran disiplin, ukuran kekemasan. Juga bisa jadi ukuran kemewahan dan identitas. Jadi, apabila ini terjadi, tanpa talipinggang, sebenarnya kita udah menolak segala bentuk fungsi yang tersembunyi tadi. Kita menolak dari terlihat kemas, menolak dari diketahuai identitas dan menolak untuk mendedahkan status sosial kita. Penolakkan ini sebetulnya yang membuatkan orang sekeliling kita hairan. Hairan mengapa kita menolak untuk menjadi kemas, disiplin juga untuk menonjol. Apa yang ingin kita buktikan. Cuma persoalan yang terlontar dari hati mereka diterjemahkan berbeda oleh lidah . Lalu hanya pertanyaan biasa yang terlontar.

"eh, kenapa ngak make talipinggang?" hanya itu soalannya.

Jadi, untuk diri aku, sentiasa pake talipinggang bila mau ke kantor. Kerna dengan hanya cara memakai talipinggang, aku tidak terlalu menyeksa perasaan teman-teman aku. hihihi. Mungkin perempuan juga sama, cuma alatan aja berbeda. Itu ngak pasti, mungkin handag, bisa juga brouch. Apa pun, mungkin kita perlu cuba untuk melihat fungsi sampingan itu lebih bernilai dari fungsi asalnya sesuatu perkara, biar ada waktu kita udah tidak memerlukan lagi fungsi asal tersebut. Hehehe

Saturday, October 07, 2006

untuk cinta itu.

Untuk yang belum pernah merasai apa itu cinta. Pasti sering bertanya cinta itu rasanya bagaimana? Cinta bagi golongan ini umpamanya seorang musafir yang haus di tengah padang pasir, ketika udah hilang semua harapan tiba-tiba dia terjumpa sebiji takar berisi air. Di saat titisan pertama air yang mengalir ke tekak haus musafir itu, itulah rasanya cinta. Melegakan juga enak.

...

Untuk yang udah merasai apa itu cinta. Pasti pula rasanya cinta udah berbeda. Air kosong sejuk bukan lagi cinta yang diingini. Pasti mereka ingin air yang punyai rasa, punyai warna. Segalanya mengikut citarasa mereka. Baru bisa mereka meneguk puas.

...

Untuk yang udah berusia, cinta itu umpamanya seorang tua yang meminum air kopi pekat tanpa gula. Biar ngak manis tapi rasa dari kopi itu adalah penyegar jiwa. Dihirup pelan-pelan. Di biar rasanya menyerap keserata lidah. Nikmatnya hingga ke kepala.

...

Untuk yang remaja, cinta itu umpamanya minuman segera. Bisa di dapati dengan mudah, dengan pelbagai perisa dan warna. Yang nyata minuman itu kurang khasiatnya. Hanya untuk pelepas dahaga tapi juga punyai kandungan gula yang melebehi normal.

...

Untuk cinta paksa, umpamanya seorang pesakit yang terpaksa meminum ubat. Biar ia pahit, tapi kerna keadaan udah memaksa, ubat yang pahit ditelan juga. Biasanya ubat it adalah penawar untuk masa panjang hidupnya.

...

Untuk cinta nafsu, umpamanya meneguk arak. Biar terlihat berseni cara menghirupnya, biar juga sedikit-sedikit yang masuk ke tubuh. Tapi akhirnya, mereka mabuk dan hilang juga pertimbangan akalnya. Mudah untuk membuat sirna, tanpa peduli apa itu dosa.

...

Untuk cinta suami isteri, umpamanya meminum susu yang manis. Ia enak tapi juga berkhasiat. Sentiasa menjadi pilihan untuk apa jua keadaan. Baik untuk sarapan juga untuk minuman malam. Tapi jangan sampai susu itu masam. Simpan ia selalu di tempat yang elok.

...

Untuk cinta sufi. Umpamanya, meminum air laut. Semakin banyak diminum semakin haus. Semakin ditemukan makna cinta itu, semakin rindu ia kepada rasa cinta kepada tuhan. Tidak pernah jemu untuk menyebut dan mengingati namaNYa. Namun tidak semua mampu
meminum air laut itu.

...

Untuk cinta Allah. Umpamanya meneguk madu. Berkhasiat dan terasa nikmat. Madu itu datangnya suci dari bunga yang harum. Warnanya keemasan , baunya memikat tidak juga bisa basi. Namun untuk mengambilnya penuh bahaya, terpaksa berdepan lebah berbisa.

Friday, October 06, 2006

berlari di padang rumput yang kosong

aku capek, aku mau sesuatu yang berbeda pagi ini. Jika tidak berbeda pada hari ku, sekurang-kurangnya berbeda pada gaya penulisan aku. hehehe

Apabila berlari di padang rumput yang luas tapi kosong, mungkin perkara pertama yang ada dalam fikiran kita ialah, seluas mana padang ini. Atas fikiran itu kita akan terus berlari cuba mencari hujungnya. Apabila hujungnya tidak juga ketemu, aliran fikiran kedua akan lahir pula. Fikiran yang berkata pada hati, cukuplah berlari. Aku sudah penat. Aku sudah jemu. Aku mahu berhenti. Aku mahu padang yang lain pula.

Tapi cuba pula kita berlari di padang yang luas, tapi punyai bunga-bunga indah yang kembang di seluruh padang tersebut. Rama-rama indah terbang separas bahu kita. Sesekali ia singgah menyapa tubuh. Pokok-pokok pula tumbuh rendang berbunga indah. Fikiran pertama kita masih sama. Seluas mana padang ini. Apabila hujung padang ini tidak kita ketemu, aliran fikiran kedua juga masih sama. Fikiran yang akan berkata kepada hati, aku sudah penat, aku sudah jemu. Bezanya hati tidak akan mahu berhenti kerana padang rumput ini indah, tidak kosong. Masih ada niat untuk ketemu hujungnya.

Dalam percintaan, kita sebenarnya umpama berlari di padang rumput yang kosong. Kita akan cuba berlari untuk mencari hujungnya. Untuk permulaan, kita masih gembira berlari di padang rumput kosong tersebut. Tapi kerana cinta itu tiada penghujung, kita mula merasa jemu untuk berlari di atas padang yang sama. Lantas cuba berhenti. Inilah yang terjadi dalam percintaan yang tidak diikat dengan pernikahan yang sah. Percintaan itu umpama padang rumput yang luas dan indah tapi kosong.

Namun, apabila percintaan itu diikat dengan pernikahan yang sah. Ia umpama padang yang punyai segala-galanya. Ia punyai bunga-bunga yang harum, cukup dengan seri rama-ramanya dan kicauan burung-burung. Kita akan berlari di atas padang itu dan sampai masa kita akan tetap merasa jemu. Walau begitu, kerana ia lebih dari sekadar padang rumput yang kosong. Kita akan merasa sayang untuk berhenti sebelum sampai ke hujung. Kerana pemandangan indah padan itu tadi memberikan kita semangat untuk meneruskan larian.

INi bukan cerita padang rumput semata-mata, tapi yang lebih penting, apa yang sebenarnya terjadi di atas padang itu. Walau sekuat mana pun cinta kita, setinggi mana pun kasih kita, samapi satu tahap, kita tetap akan merasa jemu. INi bukan sesuatu yang salah. Ini adalah fitrah kita sebagai manusia yang lemah. Atas itu, kita sering terjumpa pasangan yang bercinta selama bertahun-tahun tapi diakhiri dengan perpisahan. Ini kerana rasa jemu itu sudah muncul dan tiada perasaan tanggungjawab terhadap perhubungan, kerana ia kosong. BUkan bermakna bila kita sudah bernikah, kita tidak akan jemu. PAsti tetap akan nerasa jemu, tapi oleh kerana jemu tu terjadi di dalam pernikahan, perhubungan masih boleh di selamatkan. Kerana kita sedar kita sudah punyai tanggungjawab terhadap perhubungan yang sah tersebut.

Apabila kita sedar padang rumput yang indah tempat kita berlari ini masih kosong, cuba kita jengah pula taman-taman yang punyai bunga-bungaan yang harum. Apa kata hati kita? Terpulang pada kita untuk menilai. Namun seperkara yang pasti, jemu itu umpama awan hitam. Ia tetap akan hadir di mana-mana padang sekalipun. Pastikan kita bersedia untuk itu. Sebelum ia hadir di padang rumput kita.

Thursday, October 05, 2006

sunyi ini perlukan kata-kata.

Sunyi itu tidak perlukan kata-kata untuk di rasa. Cukup berada sendiri di dalam bilik berteleku. Sunyi itu tidak juga perlukan peneman yang bisa bicara. Cukup bertemankan bulan dan malam. Aku katakan ini, hanyalah kesunyian pancaindera. Kesunyian yang terkadang kita fahami sebagai sesuatu yang menyeksakan, tetapi untuk waktu tertentu, ia bisa menjadi indah.

Tapi ada waktu sunyi itu perlukan kata-kata untuk di rasa. Perlukan peneman yang bisa bicara untuk kita mengerti apa itu kesunyian. Tidak hanya cukup sekadar berteman bulan dan malam. Sunyi seperti itu akan terjadi didalam hati . Hati yang sunyi dari iman.

Terkadang sunyi di hati itu tidak bisa di rasa jika tidak di beritahu dengan kata-kata. Mungkin kita bisa aja ketawa sepanjangan waktu. tapi tidak pula tahu bahawa dalam hati, kita sebetulnya sunyi dari iman. Perlukan kata-kata dari bacaan atau kuliah agama untuk mengerti bahawa, hati ini udah lama tidak di kelilingi bicara-bicara agama yang membentuk iman. Hanya bicara-bicara dunia.

Sunyi didalam hati perlukan peneman yan bisa bicara untuk lebih kita mengerti rasa sunyi itu. Perlukan peneman yang bisa memberi nasihat. Mengatakan bahawa kita lebih baik begini atau begitu. Peneman yang mengingatkan bahawa, apa yang kita usaha sekarang tidak cukup lagi untuk bekal di sana. Hanya pada waktu itu, baru kita akan mengerti rasa sunyi itu.

Untuk yang dah mengerti rasa sunyi dalam hati, pasti akan cuba membawa hati itu bersiar-siar di majlis ilmu. Memperdengarkan hati itu dengan halus bacaan Al-quran atau nyaring bacaan hadis. Saat udah merasai kesunyian hati itu udah memuncak, barulah kita akan bisa mengerti, kesunyian di dalam sujud ditengah malam itu sebetulnya cukup indah.

Untuk diri ini, aku masih belum merasa kesunyian hati ini kerna terlalu leka mengisi kesunyian pancaindera aku yang ngak pernah puas. Hehehe.

Tuesday, October 03, 2006

Hidup ini adalah karya akhirat

Mungkin ada yang masih mengatakan bahawa epik kuno Mahabrata itu adalah karya terpanjang didunia. Mungkin ada juga yang menegaskan bahawa epik karangan Homer adalah terpanjang. Tapi yang sebetulnya, Sureq Galigo adalah karya sastera kuno yang terpanjang di dunia. Ia syair lebih dari 300000 baris perkataan. Secara perbandingan, epik Mahabarta mempunyai 150000 baris.

Yang bisa membuatkan aku merasa megah ialah, ia adalah karya sastra Bugis. Bukan siapa-siapa, rumpun nusantara juga. Sureq itu dalam maksud bugis, adalah surat atau juga buku. manakala Galigo itu pula adalah nama si penulis karya. Cuman aja, ia di tulis dalam aksara Bugis, dan aku kira mungkin 2 tahun lagi aku akan mempelajarinya.

Cuba bayangkan jika karya Sureq Galigo (yang udah di salin kepada huruf rumi) itu ngak punyai noktah atau koma, pasti kita tidak mampu membacanya, atau juga ia tidak lagi di anggap karya terulung, melainkan hanya sampah semata-mata. Hidup kita ini juga umpama sebuah karya. Punyai, muka depan, nama penerbit, pencetak juga punyai bab serta perenggan. Lebih teliti, setiap bab akan punyai noktah, tanda tanya, koma juga tanda seru. Tanda-tanda itu sebetulnya mewakili hidup kita.

Mungkin dalam hidup kita akan mempunyai bab yang membahgiakan, tapi jangan lupa, bab yang sedih pasti akan tiba. Dalam setiap bab pula, punyai noktah. Ada masa kita perlu berhenti sejenak. Baru memulakan sesuatu yang baru. Supaya perbuatan kita itu dalam batasan normal. Umpamanya, kerja, kita harus memberi noktah kepada kerja kita jika udah masanya, jika masih terusan, kita bisa jatuh sakit.

Hidup juga punyai koma, gunakan koma itu dengan sebtulnya supaya kita tidak terlihat cuba lari dari masalah. Umpamanya dalam cinta. Jika sedang dalam pertengkaran, jangan guna terus noktah dalam perhubungan. Wakilkan ia dengan koma. Bila ia udah sejuk, teruskan aja menyambung baris-baris cinta yang terhenti tadi. Pasti lebih lebih enak bacaan cinta kita.

Terkadang juga, hidup kita punyai dialog, punyai tanda soal. Ia membuat kita hilang rasa seronok. Kerna terlalu banyak yang perlu di cari jawaban dan terlalu banyak yang perlu di beri jawaban. Terutamanya dalam persoalan mencari kerja atau cinta. Penuh tanda soal. penuh dialog.

Jadi, untuk waktu ini, jika hidup kita punyai bab-bab, punyai noktah terhenti, jika hidup kita penuh tanda soal, juga koma. Jangan terlalu risaukan hal itu dan bertanya kenapa kepada tuhan. Ia adalah hal normal. Jika kita mahu jadikan hidup kita ini umpama karya ulung, harus melalui proses-proses itu. Kerna bagiamana kita bisa membaca perjalanan sejarah hidup kita tanpa tanda-tanda bacaan tersebut. Bagaimana?

Sepertinya juga Sureq Galigo itu tadi, jika tidak punyai noktah juga koma, pasti ia tidak berada dalam kelompok sastra ulung. Kata kuncinya ialah redha dengan cubaan hidup. Kerna setiap buku pasti punyai kesudahan yang baik. yang penting kita jangan berhenti pada bab-bab sedih . teruskan aja sehingga keperenggan akhir bab penutup. JAdi, mungkin kita akan mencipta karaya hidup yang ulung untuk di baca nanti di akhirat.

kebahgian bukan untuk di kejar.

Apa sih yang kita kejar dalam hidup. Jika kita bilang Kita kejar bahgia, tapi bahgia yang gimana. Apa dengan punyai pacar yang ganteng, cantik, kita udah bahgia. Atau, kita punyai suami atau isteri yang setia melayan kita dengan penuh kasih kita udah bahgia. Atau lagi, kita punyai sepasang anak yang comel kita udah bahgia. Mungkin, kita punyai uang yang banyak, ngak punyai utang kita baru bahgia.

Bahgia itu terpulang pada kita untuk menentunya. Biar terlihat subjektif, tapi bahgia itu tidak seharusnya di biar flamboyan. Biar ia punyai warna yang bisa kita gapai. Umpamanya pelangi, ia tetap terlihat damai dan indah kerna punyai hanya 7 warna, jika hanya 100 warna pasti ia terlihat aneh. Dalam menulis kata kebahgian itu, kita sering gunakan perkataan 'mengejar' pada awalannya. Bermaksud, kita merasa kebahgian itu seharusnya sesuatu yang bisa di wakili dengan angka. kerna kita mengejar ia. JAdi, persoalannya, apa kebahagian itu bisa di wakili dengan angka. Jika bisa, ayuh kita coba.

Jika kita merasakan ia tidak harus di wakili dengan angka yang banyak, hanya tunggal, jadi cuba kita melihat dalam hidup. Apa memiliki seorang kekasih itu kita bisa berkata bahgia. Atau suami itu setia dengan seorang isteri akan bahgia. Terkadang punyai pacar yang ramai atau, punyai isteri yang ramai juga bisa membuatkan bahgia, hehehe. Perempuan juga begitu, mungkin jika suami dia punyai isteri yang lain dia baru bisa bahgia. Lalu jika penekanan satu atau tunggal itu ialah kebahgian, maka ia adalah sesuatu yang ngak bisa di jadi pegangan.

Angka satu itu juga ngak bisa mewakili kebahgian. Apa angka kosong itu adalah kebahgian? Jika kamu tidak punyai apa-apa. Hanya sendiri. Jelas kamu juga tidak bahgia. Kita hidup ini bukan untuk sendiri, bukan untuk duduk di atas angka kosong. Ngak punyai apa-apa. Misalnya uang atau anak. Jika kita ngak punyai uang atau anak, apa kita bisa bahgia? Lalu, angka kosong itu juga bukan sesuatu yang mewakili kebahgian.

Cuba pula kita mewakili kebahgian itu pula dengan angka yang banyak. Mungkin kita bahgia dengan uang yang berpuluh milyar, anak yang berbelas, juga harta yang bertimbun. Tapi apa mungkin kita bisa bahgia jika hutang kita juga banyak, masalah kita juga banyak? Malah, jika kebahgian itu dinilai dengan angka yang banyak, kita tidak akan pernah puas dengan apa yang ada . Ayat 'tidak pernah puas' itu sendiri bukan dalam golongan kata yang bahgia. Mudahnya kebahgian itu jangan di wakili dengan angka yang banyak. Kerna angka itu sebetulnya tidak akan habis. Biar sampai kiamat kita coba untuk menghitungnya. Bermkanan, kita tidak akan pernah puas (baca : tidak pernah bahgia)

Jadi, mungkin kebahgian itu jangan cuba kita 'kejar'. Kerna jika kita 'kejar', kita sebetulnya meletakkan angka dalam fikiran kita. Kebahgian itu bukan tertegak dalam angka. Kerna ia tidak bisa di wakili dengan 1, 0, juga infiniti. Tapi kebahgian itu harus kita cari. Jika kita mencari, maka akan terjumpa. Itu aja. Kebahgian itu umpama nombor binari 1 dan 0. Antara ada dengan tiada. Jika ada, bermakna kita udah menjumpainya. Tapi jika tiada, bermaksud kita belum ketemu. Ngak usah di kejar.

Untuk itu, tanya diri, apa kita udah mencari kebahgian itu dalam diri, atau kita mengejarnya dalam diri? Mencari kebahgian itu dalam diri adalah dengan mengenali kelebihan juga kelemahan kita. Syukur atas apa yang kita punya, kerna dengan bersyukur, kita sebetulnya udah tidak cuba 'mengejar'. Tapi dengan syukur kita udah 'mencari' dan ketemu bahgia itu. Begitu juga hal-hal lain dalam hidup. Atas sebab itu, orang mengatakan , kebahgian sejati itu hanya di peroleh jika kita mendapat redha dariNya.(lihat, Redha itu bukan angka). Redha yang hanya akan kita peroleh dari hasil syukur kita kepadaNYa. Untuk ini, mari ita mencari bahgia itu. Jangan lagi cuba mengejarnya.

*aku cuba untuk bicara dengan santai dan mudah. harap ia terlihat begitu. HIhihi.