Monday, April 30, 2007

tidak berarti bodoh

Apa persamaan di antara Albert Einsten, Tom Cruise, Orlando Bloom dan pelajar-pelajar di kelas khas? Persamaan mereka ilaha, merea menghidapi satu penyakit saraf yang dipanggil 'disleksia'. Perkataan asal dari Yunani yang bermaksud 'kesulitan untuk huruf'.

Para penghidap disleksia akan menghadapi masalah untuk membaca dan mengenal huruf. Ia menggangu kemampuan otak kiri dan belakang untuk mengenal objek. Di antar ciri popular penghidap disleksia ialah kesukaran membedakan hurug 'b' dan huruf 'd' atau huruf 'p' dan huruf 'q'.

Akibat disleksia juga menyebabkan gangguan kemampuan mendengar, membaca angka, kemampuan mengingati ilmu hisab. Tapi harus diingat disleksia bukan penyakit mental. Kerana para penghidapnya masih punyai kepintaran yang normal. Malah terkadang kepintaran tahap genius seperti sir isaac newton dan albert einsten.

Cuma masalah kebanyakkan kita ini mudah untuk melebelkan mereka yang menghidap disleksia ini bodoh, dungu dan pelbagai gelaran. Mereka tidak bodoh cuma aja, mereka dipilih oleh tuhan untuk menerima ujian ini.

Disleksia ini bisa disembuh tapi seperti penyakit lain, perlu kesabaran dan kekuatan dari keluarga dan penghidapnya. Aku kira aku juga penghidap disleksia..sigh

2 comments:

azeel said...

takkan kerana kav dvat tyqo error ketlka menvilz entrl, kau menganggaq kau nl qenglbaq bisiekzla...

hlhlhlhl ... kalav deglitv, akv pvn tergolong manvzla2 zedeglnl kot ...

MDM FARAH FAIZURA said...

aku serius nih

aku ada disleksia

tpy yg ringan2 je lah

sigh