"Kak, lama tak nampak," tegur teman aku kepada wanita itu. Ketika itu kami berada di sebuah kedai makan untuk sarapan. Wanita itu berdiri di depan kami menunggu kami memesan minuman.
"Akak balik kampung," jawab perempuan itu sambil tersenyum. Aku memerhati aja. Kemudian teman aku bertanya.
"Akak cuti bersalin kan?" Teman aku begitu ceria waktu dia bertanya. Wanita itu hanya tersenyum dan mengangguk.
"Anak lelaki ke perempuan?" tanya teman aku lagi. Mungkin dia mahu berkongsi berita gembira itu. Aku pula hanya memerhati dan diam. Hati aku ada juga soalan untuk wanita itu. mahu bertanya nama anaknya. Kemudian aku senyum dan terfikir mahu membuat lucu. Aku tidakmahubertanya tapi aku mahu meneka. "Nama anak akak siti nurhaliza ke, ke akak letak nama anak akak dekna." Begitu dialog yang aku rangka dalam hati aku. Aku masih tersenyum. Belum sempat aku menuturkan dialog itu. Wanita itu berkata.
"Tapi anak akak itu dah meninggal." Wanita itu masih tersenyum dan masih menunggu kami memesan minuman. Aku terus terdiam. Membatu.
"Inalillahwainailahirajiun..." Hanya itu tuturku. Perasaan aku bercampur-campur. Aku merasa aku bernasib baik atau aku malang. entah. Hasilnya perasaan yang bercampur-baur itu aku jelmakan dengan menghirup teh ais dengan perlahan-lahan....
No comments:
Post a Comment