Saturday, April 28, 2007

tidak duduk di sebelah perempuan cantik.

Tadi, pulang dari pesta buku antarabangsa aku berdiri di LRT. Kerna aku malu untuk duduk di sebelah seorang perempuan yang cantik (aku takut tercurang dengan isteri aku :-p). Ketika aku berdiri di hadapan aku juga berdiri seorang lelaki yang rupanya seprti NORDIN AHMAD. Pelakon idola aku. Gaya lelaki itu berkopiah dan berpakaian baju yang labuh memang seiras lakonan Nordin Ahmad dalam LAILA MAJNUM. Aku kira dia datang dari Bangladesh. mencari rezki di Malaysia.

Mimik mukanya juga seperti Nordian Ahmad dalam Laila Majnum. Seolahnya menyimpan satu tanggungan yang berat. Mungkin memikir duit yang ngak cukup untuk dikirim pada keluarga. Mungkin juga mikir tentang laparnya, tentang gajinya yang nagk dibayar atau juga mikir kenapa aku merenung dia.

Atau dia juga mikir seperti aku, mungkin mikir rupa aku mirip dengan seorang pelakon veteran pujaan dia dan mikir kenapa wajah aku nampak berat. Mikir mungkin aku punyai masalah uang, masalah keluarga dan apa-apa aja.

Konklusinya, aku dan lelaki itu sama aja, mengisi masa terluang di LRT untuk berfikir setelah terpaksa berdiri kerna tidak mempunyai tempat duduk. Lalu, akhir dari cerita ini, kita mansuia ini akan membuang masa untuk berfikir masalah orang lain sedang masalah sendiri ngak setel. Hehehe.

5 comments:

Anonymous said...

ngak perlu memikir masalah org lain di dalam tren, cukuplah sekadar engkau berzikir dan beristighfar didalam hati!

ohoohoh!

p/s--> jangan cakap yang bukan2 dalam blogku ya...

MDM FARAH FAIZURA said...

wakaka

tau takut

azeel said...

aku suka memerhatikan orang terutama gadis-gadis cantik dengan pandangan kosong tanpa perlu memikirkan sesuatu.

kalau aku memikirkan jika gadis cantik terpikat denganku, aku pasti tidak rasa selesa memikirkan harus membelikan baju cantik yang mahal untuk mereka.

jika aku memikirkan gadis cantik tidak terpikat padaku, aku jadi manusia rendah diri kerana aku bukan setanding dengan kecantikan mereka.

maka, aku cuma memandang kosong sahaja ... itu lebih membahagiakan aku!

Panaharjuna said...

"Atau dia juga mikir seperti aku, mungkin mikir rupa aku mirip dengan seorang pelakon veteran pujaan dia dan mikir kenapa wajah aku nampak berat. Mikir mungkin aku punyai masalah uang, masalah keluarga dan apa-apa aja."

Aku juga mikir yang sama ni bang, kenapa wajahku mirip Nordin Ahmad bila dilihat dari jauh..hehehehe

MDM FARAH FAIZURA said...

panah arjuna adalah seorang karyawan hebat

sudah mempunyai buku2 hebat di pasaran.

jadi laburlah duit yang ada untuk mencuba buah tangan beliau.