Thursday, April 26, 2007

pilihan itu indah :-)

Sekarang perut aku lapar tahap sederhana. Namun biar pun aku lapar pilihanan aku tetap banyak. Sama ada aku pergi beli aja makanan, aku tidur, aku melayari internet atau aku membuat kerja aku. Ini akan mengutus isyarat ke otak aku dan seterusnya otak aku akan 'slow talk' dengan perut. Akhirnya perut setuju untuk tidak memberontak kelaparan.

Itu untungnya hidup zaman sekaang punyai banyak ilihan. Hatta waktu lapar sekalaipun. Itu belum lagi pilihan waktu mau membeli makanan. Aduh, laparku menjadi-jadi. (ternyata aku udah membuat pilihan aku. hehhee.)

Biar apa pun pilihan aku pasti ia akan menyelesaikan masalah lapar aku. Cuma terkadang biarpun pilihan kita banyak tapi pilihan itu tidak akan menyelesaikan masalah. Contohnya pilihanraya. Siapa pun yang akan kita undi, pasti ia bukan penyelesaian total bagi masalah 'lapar' rakyat. Namun setidak-tidaknya kita masih punyai pilihan untuk mengurangkan rasa 'lapar' itu. Jadi pilih yang tepat. :-)

2 comments:

azeel said...

pertama kali kau bicara tentang politik di sini.
'lapar' rakyat bukan semua boleh tertunai, kerana selera mereka berbeza-beza.
maka itu, seperti perut dan fikiran, akhirnya akal yg menentukan apa yang perlu disumbatkan di dalam perut agar lapar apa yg sebenar-benarnya lapar.
bila bicara tentang politik, yg bermain di fikiranku adalah masa depan. bukan setiap 5 tahun bila kita membuang undi, tetapi mungkin harus fikirkan 50 tahun yang akan mendatang. terlalu luas skop yg perlu dihalusi sebenarnya.
dan juga politik itu cuma satu pemikiran. samada pemikiran itu bersifat suci atau tidak, terserah untuk individu untuk melihatnya dari sudut-sudut yg banyak.
dan membuang undi itu sebenarnya bukan satu titik samada kita berbuat dosa atau pahala. kerana kita sedang mereka satu perancangan masa depan, bukan menjadi terhukum dgn perkara-perkara yang sudah kita lakukan.
kadangkala aku jadi pelik, manusia bila berbicara tentang politik, pemikiran dan hasrat hati menjadi semakin sempit dan tidak terbuka. sedangkan politik itu cuma satu pemikiran sahaja. dan datangnya dari manusia. yg selalunya ada kesilapan. manusia itu tidak sempurna.
maka politik tetap politik, perancangan manusia yg tidak sempurna.
dan agama itu adalah agama, sesuatu yg sempurna dari tuhan. bukan dari manusia.
mana mungkin politik dan agama itu sama. penciptanya tidak sama. dan satu itu lengkap dan satu lagi cuma perancangan yg pasti ada kelemahannya.
maaf dingin, penghujahan aku agak meleret-leret...

MDM FARAH FAIZURA said...

hurm..

aku suka kemeleretan itu,

ia membuat aku berfikir.
atau

dalam bahasa aku

ia indah

:-)