Thursday, April 19, 2007

Cinta si Daeng.

Daeng yang diketahui adalah panggilan untk bangsawan Bugis. Mungkin ada antara rakan-rakan kita punyai gelaran itu. Namun untuk gelaran Daeng itu sendiri amat sukar sebenarnya. Ia bukan gelaran yang sedari kecil bisa diletakkan pada nama anak biar pun ayahnya bergelar daeng.

Daeng hanya diberi apabila umur sudah sampai ke satu peringkat dewasa lingkungan 30-40. Ketika masih remaja dan dewasa awal gelarannya ialah Bachok untuk lelaki dan Beshek untuk perempuan.

Daeng juga punyai syarat lain. Iaitu si ayah dan si ibu harus sama-sama punya gelaran Daeng. Maknanya mereka MESTI bangsa Bugis. Maka jika si ayah yang punya gelaran daeng bernikah dengan si ibu yang tidak punya gelaran Daeng. Si anak tidak bisa mewarisi gelaran itu.

Ini menjadi konflik untuk kebanyakkan Daeng di Malaysia ketika 60-an ingga akhir 80-an. Cinta mereka biasanya di penuhi ranjau. Sedangkan untuk menikahi bangsa Bugis yang tidak punyai gelaran daeng ditentang habis-habisan apatah lagi untuk menikahi bangsa lain. Dalam hal ini ada yang berjaya dengan cintanya ada yang kekal untuk ber daeng.

Namun pada waktu ini, gelaran Daeng biasa aja. Tidak lagi perlu Bachok atau Beshek kerana sukar menukar nama di dalam Mykad. Terusan aja daeng biar berbahasa Bugis itu langsung tidak tahu. Apatah lagi mahu membaca Lontaraknya (tulisan Bugis). Tapi setidak-tidaknya ia masih ujud dan paling penting bisa bercinta dengan semahunya.

3 comments:

Ku Keng said...

Salam saudara.

Baru tau yang perempuan di panggil beshek. Tapi ada Bugis dikampung saya dulu sehingga meninggal masih dipanggil Bachok.

azeel said...

datukku keturunan bugis, nenekku keturunan jawa.

itu sebabnya aku tiada gelaran itu.. walaupun mantan isteriku keturunan bugis.

MDM FARAH FAIZURA said...

perempuan dalam bahasa bugis ialah 'mekkundraih'

gelaran beshek hanya untuk si daeng.

untuk biasa2...di panggil pula gelaran bechek.

hurm.