Friday, April 20, 2007

proses-proses mendapatkan cinta.

Umum mengetahuai mencari itu sukar. Sesukar mencari anak yang hilang (ingat Yin?). Lebih sukar dari menanti. Atas alasan itu lebih ramai yang rela menanti dengan harapan akan menemuai.

Jika ibu bapa Yin itu mengambil jalan mudah untuk menanti dan tidak mencari, pasti Yin udah pandai berbahasa Myanmar (barangkali).

Cinta juga begitu. Ramai memikirkan mencari itu lebih sukar. Jadi baik menanti. Serahkan urusan itu kepada tuhan. Tidak terfikir barangkali, senarai menunggu itu cukup panjang. Tetapi jika tuhan bermurah hati dan bersimpati kepada kita, mungkin kita akan diberi laluan express.

Akan ada yang berkata: Jika begitu, kita menanti aja giliran kita ataupun nasib baik boleh terus ke laluan express. Ia terserah kerana apa cara pun selagi ia masih dalam lingkungan yang benar untuk mencapai matlamat yang benar, ia harus.

Cuma lagi, aku masih berfikir berkenaan nikmat proses itu. Adakah nikmat ketika mencari itu lebih atau nikmat ketika menunggu itu yang lebih. Bagaimana pula dengan kata 'menghargai'. Dicari lebih rasa dihargai atau ditunggu itu lebih berasa dihargai. Entah. Terlihat sama. Tapi untuk diri aku, apapun prosesnya pastikan ia sesuai dengan jiwa kita. Yang penting dalam mencari dan menanti adalah sabar. Teruskan bersabar, tuhan akan lebih simpati. :-)

2 comments: