Monday, April 23, 2007

cinta itu terlalu mudah dimengertikan.

Cinta itu mudah dimengertikan kehadirannya. Ia memberi rasa manis dihati. Mencipta senyuman di wajah. Itu cinta.

Cinta juga mudah dimengertikan kepergiannya. Ia memberi rasa pahit dijiwa. Mencipta tangis dimata merah. Itu juga cinta.

Namun, cinta itu tidak akan bisa dimengertikan apabila ianya tidak hadir. Kita leka untuk mencari cinta. Mengkaji bentuknya, bertanya rasanya dan mengintai manisnya.

Apabila cinta itu sudah didapat pula, ia juga tidak akan dimengertikan keujudannya. Kita leka untuk membiar cinta itu membentuk hidup kita. Padahal cinta adalah jasad baru di dalam hati kita. Tidak tahu apa pun tentang cita-cita dan sikap kita. Kita membiar cinta itu hanyut dan kita mengikutnya sama hanyut hanya kerana kita tidak mengerti kenapa cinta itu harus wujud.

Untuk itu, apabila cinta itu pergi, baru kita bisa mengerti apa itu cinta, sama ketika apabila ia hadir. Cinta hanya untuk dimengerti pada dua waktu itu. Apabila ia hadir dan apabila ia pergi. Itu cinta. Ia terlalu mudah dimengertikan. :-)

2 comments:

ez said...

Cinta itu amat indah
Lahir dari sudut hati
Yang melaluinya sahaja
Mampu mengkhabarkannya

Nantikan buku saya..Indahnya Cinta.
Salam kenal ez

MDM FARAH FAIZURA said...

Terima kasih.

Puan Ezee adalah penulis yang benar2 istiqamah.

Banyak udah buku dia yang udah terbit.

Tinggal lagi, kita tidak membelinya. :-)