Friday, April 13, 2007

andaian-andaian dari sisi gelap

Saat yang paling menyakitkan ialah saat di mana andai-andaian terhadap diri kita berkumpul di sisi yang gelap. Tambah menyakitkan bila andaian-andaian itu terjadi atas bukti yang berdasarkan andaian.

Dalam hal sebegini perkara yang biasanya aku perbuat ialah membiar andaian-andaian itu menikam hati aku dari depan dan belakang kiri dan kanan. Biar hati aku merah dengan darah yang sepatutnya tidak mengalir.

Ini kerana aku percaya saat berlakunya andaian-andaian gelap terhadap diri aku, adalah saatnya meninggalkan pembuat andaian itu sendiri menanggung andaiannya sendiri. Tanpa perlu aku turut serta bersorak meramaikannya.

Mungkin ini bukan yang terbaik, tapi setidak-tidaknya ia membuktikan aku bisa meneruskan hidup dengan andaian-andaian yang berada di sisi gelap. Hingga satu saat. Andaian itu sendiri akan berubah. Sama ada ia jadi putih atau ia mati terus.

2 comments:

azeel said...

kadang-kadang aku suka dengan permainan andaian ini. bila ada andaian yg dibuat tentang diriku.

dan selalunya aku diamkan saja. kerana akhir cerita, semua akan tahu itu sekadar andaian. dan pembawa andaian itu akan malu sendiri. kerana semua akan memandang dia sebagai seorang yg hatinya sudah busuk.

dan kala itu aku tersenyum dgn selebar-lebarnya. mengetawakan si tukang cerita yg jahat dan pendengar-pendengarnya yg dungu.

MDM FARAH FAIZURA said...

azim,

aku setuju