"Kita zaman sekarang lebih mementingkan makanan orang dewasa dari makanan budak-budak," kata lelaki yang baru menghenyakkan punggungnya tadi di kerusi kayu. Sahabatnya yang duduk di hadapannya masih berselera menyuap makanan ke mulutnya.
Dia kemudian menggunakan tangan kirinya mengelap meja dihadapannya. Peluh terlihat terbit dari dahinya. Dia kemudain menambung bicaranya.
"Makanan anak-anak di kantin telur rebus di potong dua dan ayam sebesar biji dadu di jual rm1.00 sebungkus tapi tiada yang kisah. Sekarang roti canai naik rm.015 kita orang dewasa ini sudah bising." Temannya mash berselera menjamu makanannya. Kemudian datang tuan punya gerai.
"Makan apa encik. Minum?"
"Bagi saya nasi goreng ayam dan teh ais. Nasi goreng ayam jangan pedas sangat." Dia menjawab pertanyaan tuan punya gerai itu dengan lengkap.
Temannya tadi yang masih rakus menyuap makanan kemulutunya berhenti sebentar. Dia berkata, "Betul kata awak. Makanan orang dewasa hendak yang sedap-sedap dan berkhasiat sedangkan makanan bagi anak-anak ang akan jadi generasi pemimpin kita tidak pula sediakan yang terbaik. Jadi bagaimana aank-anak kecil tadi dapat memberikan yang terbaik pada masa hadapan jka sekang mereka hanya diberikan yang kurang."
"Ini semua rasuah, tender-tender kantin hanya diberi pada kroni," mukanya merah bila mengatakan hal itu. Selesai berkata makanan dia sampai.
Aku pula sedia pulang. Bos cakap di sini makannnya sedap tapi apa yang aku peroleh. Hanya nasi goreng ayam yang kurang ayamnya. Mungkin bos aku kroni tuan punya kedai ini ataupun aku ini terlihat seperti anak-anak. Hurm.
3 comments:
dunia ini penuh politik. di mana-mana saja. utk jadi ketua kelas pun, kanak2 main politik sesama sendiri.
oh ya ... makanan di sekolah, memang menyedihkan. hanya memikirkan keuntungan sahaja. lebih-lebih di sekolah majoriti muridnya melayu.
itu sebabnya melayu itu mudah lupa .. makanannya tidak berzat & seimbang!
melayu banyak bermain semut
Banyak makan semut...sbb tu pelajar Melayu mudah lupa.
Post a Comment