SINOPSIS
Novel thriller bisnes ini mengisahkan Andre Ilhan, seorang akauntan yang berpengalaman dalam bidang pengurusan kewangan dan pelaburan. Dia ingin membuktikan kepakarannya kepada ketua pegawai eksekutifnya, Dato’ Kadir Abdul Karim yang dianggap sebagai mentornya.Meskipun begitu, semakin lama dia bertugas sebagai ketua pegawai pelaburan di HA Invest Berhad iaitu sebuah firma pembrokeran saham, semakin banyak dia terdedah kepada tipu helah syarikatnya. Perlukah dia sembunyikan perkara ini ataupun wajarkah dia laporkan sahaja kepada pihak berkuasa? Ketahui kisah selanjutnya dalam... Pelaburan Hitam.
ULASAN SAYA (NOTA: ULASAN YANG DINGIN :-p)
Cuba kita ingat kembali filem-ilem yang membuatkan otak dan jiwa kita sentiasa bergerak. Bergerak kerana cuba mengejar dan merungkai plot-plot yang penuh muslihat. Bagi saya, saya mudah untuk mengingati kembali filem Shawshank Redemption dan juga filem-filem arahan M. Night Shyamalan. Plot-plotnya cukup bijak menipu emosi saya.
Perasaan itu jugalah yang timbul apabila saya membaca novel 'Pelaburan Hitam' ini. Jiwa dan otak saya sentiasa 'mengejar' plot-plotnya yang bijak menipu emosi saya.
Namun biar pun emosi saya 'ditipu' dengan plot yang penuh muslihat tetapi otak saya dihidangkan dengan fakta-fakta benar yang terjadi dalam dunia kewangan.
Bagi saya novel ini novel yang bijak dari segi pengisian fakta-faktanya. Tetapi kita perlu bersabar bagi mendapatkan fakta-fakta tersebut kerana novel ini bergerak agak perlahan.
Mungkin ulasan pendak saya ini terlalu teknikal dan kurang sasteranya. Maaf, kerana saya agak terikut-ikut dengan cara novel ini dipersembahkan.
Bagi mengalami dan memahami perasan saya. Saya syorkan novel ini sebagai hadiah untuk otak anda. Pasti berbaloi. (nota: dapatkan di kedai buku terpilih atau di sini PTS)
2 comments:
benar ... ulasan kau dingin sahaja. kau tidak tulis hingga aku berlari-larian pergi ke kedai buku.
kau tulis aje seperti biasa .. kerana apa yg kau tulis itu sudah indah. ulasan buku biar saja aku yg buat.
betul,
aku setuju.
wakaka.
walaubagaimanapun
buku ini memang berbaloi jadi koleksi.
kerna sifatnya, ia perlu di baca pelan-pelan dan berulang-ulang.
hehehe
Post a Comment