Tuesday, May 22, 2007

ruang dan peluang.

Apabila membicarakan ruang dan peluang aku sering gagal kerna biasanya aku punyai ruang tetapi tidak peluang. Ataupun sebaliknya. Tidak pernah kedua-duanya hadir sama. Sedangkan untuk berjaya dalam apa pun kita perlu keduanya. Ruang dan peluang.

Lihat aja contoh mudah. Dalam cinta perlukan kedua-dua perkara ini. Perlukan ruang dan peluang. Ruang untuk kita bergerak dan peluang bagi kita mula bergerak. Jika hanya ada ruang kita akan sekadar menjadi perindu yang agung.

Jika kita punyai peluang untuk bergerak ke arah cinta tapi tidak punyai ruang untuk bergerak. Kita hanya akan kecewa sendiri. Ruang dan peluang perlu seiring dan perlu diusahakan. Usahkan dengan mencari ruang yang luas dan peluang yang tepat.

Itu pandangan aku berkenaan ruang dan peluang. Perkara yang aku sering tiada.

4 comments:

zalisa maz said...

Ruang dan peluang. Hmmm... macam mana nak cakap ya (garu2 kepala)

Tetamu Senja said...

saya juga seperti kehilangan kedua2nya.

Bila masanya ia datang serentak ya?

k o r o m y s t said...

Perlu lebih usaha untuk memperolehi kedua-duanya...

dingin said...

eh semuanya perempuan

segan sy

ehehe