Friday, May 18, 2007

Selamat hari ayah.

Ayah, yang sedang berdiri. Duduk, pakcik.
di saat aku jatuh
hanya kamu
yang sanggup menyapu lumpur diwajahku...

Ketika aku masih remaja, aku pernah mempunyai rasa untuk menyalahkan ayah aku atas semua hal yang terjadi. Aku kira ayah terlalu keras. Dia terlalu garang dan dia terlalu tradisoanal dan diktator.

Aku tidak suka rasa itu, rasa itu tidak banyak tapi ia tidak sepatutnya ada. Rasa itu belum menjadi benci tetapi hampir. Mujur pada suatu petang rasa ini aku dapat hapuskan perlahan-lahan sebelum ia menjadi barah dosa yang lebih besar.

Petang itu ketika aku dan beberapa sepupu ku bercerita, berkenaan masa kecil kami. Dia memberitahu ketika aku masih bayi aku dhantar ke klinik bagi pemeriksaan biasa. Ketika di klnik itu jururawat yang menyuntik aku terlihat kasar dan ayah aku menjerit pada jururawat itu kerana tidak mahu aku dikasari. Ibu segara memenangkan ayah. Aku diam mendengar cerita itu.

Dia menyambung lagi, ketika aku udah pandai merangkak, ayah aku segera membawa aku merangkak di mana-mana termasuk di dalam semak dan dia turut sama merankak bersama aku. Dia kata, ayah aku terlalu gembira.

Kemudian aku diberitahu lagi akua adalah budak yang paling banyak alat maianannya di kampung. Sepupu aku yang sedikit tua itu bercerita setiap kali ayahku pulang dari pekan dia akan membawakan aku alat maianan. Biar waktu itu aku hanya tahu merusakkan mainan itu. Yang paling gembira tentu sepupu-sepupu aku kerna mereka yang akan mewakili aku untuk bermain.

Sepupu aku berhenti sebentar untuk tersenyum. Dia menyambung lagi bicaranya. Dia mengatakan ayah aku adalah bapa saudara yang paling mereka takuti. Ayah aku punyai suara yang garang dan jika buat silap pasti telinga dipulas. Tetapi sejak lahirnya aku, ayah aku lebih tenang orangnya dan kurang garangnya. Sepupu aku mengatakan aku beruntung kerna tidak menghadapi saat-saat menakutkan seperti mereka. :-)

Apabila sepupu diam, fikiran aku pula melayang. Aku masih ingat ketika ayah memikul sebuah kereta mainan di bahunya. Kereta warana merah yang bisa dikayuh. Aku waktu itu tidak langsung menegrti apa benda itu. Dan ketika pertama kali aku naik kereta maianan itu, ayah yang menolakknya kerna kaki aku masih lemah untuk mengayuh.

Ketika aku darjah 4, aku memberitahu ayah kawan-kawan aku semua sudah punyai basikal BMX. Ayah tersenyum. Dia memberitahu bahawa aku juga akan dibelikan basikal. Aku cukup gembira. Esoknya ayah membawa sebuah basikal merah untuk aku. Tapi ia bukan basikal BMX. Aku jadi marah. Ia basikal yang punyai bakul dihadapannya, ia basikal perempuan. Jenama singer. Tetapi aku tidak berani memberitahu. Aku menerima basikal itu dan esoknya aku membawa ke sekolah.

Sepanjang jalan aku tidak senyum. Aku benci dengan basikal ini. Aku salahkan ayah aku. Ketika aku melalaui sebuah lorong kecil aku terjatuh. Aku dengan marahnya mengeluarkan perkataan menyalahkan basikal itu dan ayah aku. Aku menendang basikal itu. Aku tidak sedar bahawa ayah ada dibelakang. Tersenyum memerhatikan aku. Rupa-rupanya dia mengekori aku, katanya khuatir dengan keselamatan aku.

Ketika aku di asrama pula, minggu pertama di asrama ayah setiap hari datang melawat aku. Aku jadi malu. Iskh. Setiap kali datang dia membawakan aku makanan. Iksh. Aku malu di lihat perempuan-perempuan dan kawan-kawan aku. Aku langsung tidak memikirkan susah payah ayah sanggup hari-hari jauh ke asrama aku hanya untuk melihat aku.

Dalam aku mengelamun, sepupu aku menyambung ceritanya. Dia mengatakan setelah aku melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, dia melihat doa ayah aku selepas solat semakin panjang. Dan kadang kala ayah aku mengalirkan air mata. Arwah ibu pernah bertanya mengapa doanya semakin lama. Ayah dengan mata yang masih merah hanya menjawab, doa itu untuk aku.

Hati aku mengguman. Petang itu aku mengerti wajah yang ayah tidak zahirkan untuk aku. Aku akui ayah mungkin bukan ayah yang sempurna segala. Tapi kasih-sayangnya tetap sama dengan mana-mana ayah di dunia ini. Dia tetap yang terbaik bagi aku.

Dan sekarang ayah masih di kampung . Ototnya sudah kendur. Suara garangnya sudah lembut. Rambutnya sudah putih. Dulu ototnya yang kendur itu yang memeluk dan membawa aku. Suara garangnya itu yang mendisiplinkan aku. Dan rambut putihnya itu yang aku selalu tarik ketika kecil. Ayah sendiri. Aku merasa bersalah tidak menemankan dia pada waktu ini. Maafkan aku. AYAH, aku sayang kamu.

3 comments:

azeel said...

berbaktilah kepadanya, dingin ...

aku sudah tidak punya peluang itu lagi. cuma doaku mengiringi dia di sana

MDM FARAH FAIZURA said...

hurm..terima kasih

Unknown said...

yang aku punya berbelas tahun dulu telah pergi. alfatihah untuk dia dan mereka yang jauh meninggalkan kita. hanya ingatan yang berbalam-balam kadang-kala hadir saat kita sendirian.