Friday, November 17, 2006

Dunia aneh yang penuh ironi I

Separa sedar itu bagaimana? Aku tidak pasti, kerna ia bisa hanya wujud di dalam tidur atau dalam keadaan sedar, tapi emsoi yang mengawal tubuh. Bukan lagi otak. Yang pasti, kita manusia ini tidak bisa hidup dalam keadaan seperti itu. Apatah lagi hidup dalam keadaan tidak sedar. Emosi dan fikir tidak berfungsi, hanya oragn-oragn yang terus berdenyut.

Manusia seperti aku, hanya bisa hidup dalam satu situasi. Iaitu sedar. Sedar pula boleh di bahagi 2. Realti dan ilusi. Maknanya, dalam realti, kita sedar, dalam ilusi juga kita sebetulnya sedar. Biar keduanya adalah ironi sesama sendiri.

Mudahnya, aku membuat kesimpulan aku sedar bahawa, aku dalam keadaan sedar ketika aku hidup dalam realti dan sedar ketika aku memilih untuk hidup di alam ilusi. Secara tidak langsung, segala keputusan di dalam sedar aku ini adalah nilai yang udah di set kedalam otak dan jiwa aku. Nilai yang dibenuk dari persekitaran, pembacaan , pendidikan. (nota : ini adalah sesuatu yang klise, maaf..ehehe)

Kita prcaya ada nilai yang hanya bisa kita perbuat dalam alam realiti dan atas garis nilai itulah kita akan bersikap. Maka aku bersikap yang normal dan dengan sikap 'normal' itu aku berkenal-kenalan dengan Kawan seprti Amin dan Naimisa. NAmun, secara sedar aku juga punyai nilai lain yang di set oleh otak aku dan ia hanya bisa ujud dalam keadaan aku berilusi. Misalnya, set nilai untuk terlihat kejam. Kerna mungkin aku dibentuk dengan persekitaran yang banyak nonton filem 18SG. Maka otak aku ada mereka set nilai itu. namun aku hanya bisa tunjukkan ia dalam keadaan ilusi.

Apa pun, kita harus sedar, bahawa, segala apa yang kita perbuat di alam realti dan dialam ilusi ini adalah tindakan dalam sedar. Tindakan yang berasakan set nilai dalam fikiran dan jiwa kita. Malah, kerna ia tindakan sedar, sesuatu set nilai di alam ilusi itu bisa kita pindah ke alam realiti, dari alam realiti akn bisa pindah ke alam ilusi.

Maka kesimpulannya, baik realiti atau ilusi, sebetulnya itulah diri kita. Tidak dapat aku berkata, kerna aku tidak mampu berbuat begini di alam realiti maka aku perbuat begitu di alam ilusi. Padahal, apa yang kita bisa perbuat di alam ilusi ini adalah pelengkap diri kita di alam realiti. Maka ddari sini, bisa di tentukan kita ini sebtulnya bagaimana. hehehe

7 comments:

Anonymous said...

:)
refer komen aku lepas, bagi aku... ia pemikiran yg lurus...
bukan bersifat ke kanan or ke kiri.
kerna bagi kedua2 keadaan kite lah yg bertindak,
pemikiran kite, otak kite yg membuatkan tindakan macam tu..
cume medannya saja yg membezakan,
dan audiennye juga berbeza.

persoalannya bagaimana?
jawapan bagi aku...Allah telah menciptakan manusia ini sebagai sebaik2 ciptaan berbanding ciptaannya yg lain. think bout it sama2....
:)

Elhakim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Elhakim said...

dingin,
me tipu U? What's up Bro?
what's the point?
:D

azeel said...

padaku..bergantung pd individu itu sendiri. kadang-kadang dia mencipta dunia khayalannya di dunia ilusinya..tapi akhirnya dia akan sedar, dunia ciptaan itu adalah cermin bagi dunia realitinya. dia tidak dapat lari dari sikap, perangai dan kelakuannya yang tersedia ada. lambat laun 'dia' akan jelas kelihatan di dunia ilusi itu.

leeds said...

setelah aku baca sekali, dua kali dan tiga kali, aku tetap tak paham.

aku tak paham mende yg cuba disampaikan.

mungkin sbb aku br baca satu entry yg ini.

mungkin aku akan lebih paham jika aku baca semua entry di sini.

mungkin lain kali bila aku tak berape busy.

wpun aku tak paham, hati aku tetap tak kusut.

tetap tenang setenangnya.

jika aku sebut-----> hatiku kusut..

maka minda sedar aku (akal) akan menghantar isyarat ke minda bawah sedar (roh) bahawa aku kusut.

roh ku akan menggerakkan segala degup jantung alir darah refleks saraf dan setiap nafasku dgn penuh rasa kusut.

maka akan kusutlah aku.

tapi aku tetap tenang.kerna akalku sentiasa memikirkan yg tenang tenang aja...

eheheh

Elhakim said...

dingin,
psssstt... ehem..ehem..!!!
dingin apa lagi...
boleh terangkannya secara bersemuka...

semoga duka dibalut SUKA

hi..hi.hi..

Anonymous said...

dingin,

Setuju. Memang aneh. Dalam mimpi itulah sebenarnya "alam sedar kita". Tak percaya? Andaikata kita bermimpi seekor ular datang menyerang, kenapa cemas jika ia hanya mimpi? Kita mimpi seekor cicak didinding hampiri kita, kenapa ditampar dinding? Kita mimpikan dewi menjelma (untuk lelaki)kenapa asyik? Bila terjaga, kenapa dikatakan hanya mimpi sedangkan terasa benar benar BENAR.

Alam sedar ini, yang sekarang INIlah sebenar benarnya mimnpi..alam maya..terasa benar tetapi tidak.