Sunday, November 26, 2006

lelaki dan meja

Sebagai lelaki aku sering meletak Hp aku, wallet aku dan kunci aku dia atas satu meja. Dan meja itu bukan kepunyaan aku, tapi kepunyaan teman sebilik aku. Namun, dia tidak kisah dan hidup aku berlangsung begitu harmoni. Hingga pada satu hari teman sebilik aku terpaksa berpindah kerna ada tawaran kerja yang lebih elok. Meja itu dibawanya bersama. Di situ, hidup aku bermulanya menjadi kacau.

Aku udah terbiasa meletak segala barang keprluan aku dia atas meja itu, lalu dengan tiadanya meja, aku terpkasa meletak segala keperluan aku itu merata-rata. Aku kira ia proses normal atas nama kesetian terhadpa tempat meletak, sehingga satu hari aku terlupa di aman aku meletakkan kunci motorsikal aku. AKu mencarinya di meja, sayang meja itu udah tiada. Aduh. Lalu aku berada di dalam situasi membingungkan hingga aku terus tidak ke kantor. Makanya report prestasi aku akan menurun. Malah ia berlaku berulang kali untuk semua hal keperluan aku yang biasanya aku letak di atas meja, mujur kali ini aku hanya terlewat.

Untuk hal ini, aku mencari tempat baru untuk meletak segala gadget aku. Dan itu adalah atas katil aku sendiri. Biar kali ini tidak nampak cool tapi setidaknya aku tidak lagi terlupa. Aku akui aku lambat untuk melihat ketiadaan meja itu sebagai satu akibat buruk. Dan aku akui aku lambat untuk mencari penyelesaian.

Hati aku sebagai seorang lelaki juga sebetulnya begitu. Aku udah terlalu biasa meletak sesuatu kepada perkara yang bukan milik aku (semuanya milik Allah). Jika ia pergi aku akan lambat untuk merasakan ia satu hal yang besar kerana aku berkira-kira bisa setia, sehinggalah hidup aku terganggu. Malah aku lambat untuk mencari penyelesaiannya.

Hati aku sering meletak rindu dan harapan pada mereka yang bukan milik aku. Lalu bila ia udah pergi aku masih tidak merasa apa-apa sehingga pada suatu hari aku merasa mahu rindu , baru aku merasakan suatu kehilngan. Di sini, bermula kerusakkan jiwa aku. Lalu untuk kembali sihat, harus cepat2 cari pengganti untuk tidak merusakkan lagi hati yang sering kehilangan. Hehehe.

Atas itu, jangan terlalu cepat menunding jari kepada lelaki yang cepat mendapatkan pengganti untuk cinta nya yang udah pergi. Menuduh dia tidak setia atau apa2 aja. Lelaki bukan begitu, cuma lelaki itu umpamnaya kes meja tadi. Jika tiada pengganti akan merusak jiwanya, khuatir akan diletakkan cintany dan rindunya di mana-mana aja. hehee

13 comments:

puteh seroja said...

lelaki dan kerusi tak ada ke?

nice entry!

khairiena said...

bijak sekali bagi perempuan yg tak memerlukan meja, tapi kekuatan ingatan untuk mengingati kepelbagaian tempat dia meletakkan barang2nya. hehe....

kerna apa?... 9 nafsu 1 akal milik sang perempuan, dan 9 akal 1 nafsu milik sang lelaki. apa kaitannya??
sama2 pikirkan ek...
hehe..

kingbinjai said...

betul betul

ILynn said...

klakarnye....
heheheheh

Pawana Malam.. said...

salam..
memang benar sgt abg dingin..
ct turut pernah hadapi dan realize bahawasanya kita akan selesa dn terus selesa pada sesuatu yg biasanya ada dngn kita..

dan sesekali bila ia hilang..kita juga bagaikan "hilang"..dn akan tercari2..

dn andai letakkan cinta pada si meja..kdg2 lebih elok drpd xdpt nak percayai meja itu..

hehhehe

azim said...

huh! aku seakan terpukul dengan kata-katamu!! dingin..tajam sekali kata-kata kamu!

mungkin ini sama dengan proses perubahan diriku. sebelum ini aku punyai seseorang menyediakan semuanya untukku, tapi sekarang aku harus menyediakan segalanya dengan sendiri.

dan soal cinta, ada yang mengatakan aku tergesa-gesa mencari cinta baru, tetapi keadaannya sudah jadi begitu. teman-teman segera membawa 'calun-calun' untuk aku segera jadikan teman dan ini kuanggap sebagai satu usaha mencari cinta yang baru! walaupun jodoh, pertemuan, hidup dan mati adalah ketentuanNYA, sekurang-kurang aku harus juga berusaha walaupun bukan aku yang beriya-iya mencarinya. hati teman-teman harus dijaga juga, nanti mereka tersinggung. dan aku bersyukur punyai teman-teman yang mahukan aku segera 'bangkit' dari kesedihan.

dingin, tidak kamu ingin membantuku, mencadangkan seorang atau lebih calun untukku? bukankah semua perempuan yang kamu kenali terdiri dari wanita-wanita anggun, yang manis dan cantik?

hi hi hi hi ....

Anonymous said...

cinta itu datangnya dari mata, terus turun di hati, melekat di jiwa dan kekal abadi selamanya.

Walaupun tidak mungkin bersama, apabila cinta itu masih kekal di hati, itu sudah dikira cinta abadi...

Azim, teruskan mencari.. namun apakah sebenarnya yang kau cari? Teman mengisi sunyi? Peneman malam dinginmu? Cinta abadi? Selamat bertemu...

~~Bukan aku~~

azim said...

buat permulaan aku akan mencari teman-teman, mungkin satu, mungkin lebih, untuk mengisi sunyiku...

dan kiranya ada keserasian antara aku dan dia, dia akan kuangkat menjadi peneman malam dinginku...

dan aku harap sungguh-sungguh dia bakal jadi cinta sejati... sampai mati.

Anonymous said...

Menarik! Tak sangka lalaki dan meja bagai elektrik dan komputer. :-)

Tapi memang macam tu lah, kalau dah biasa buat sesuatu, tapi tiba tiba hilang, barulah nak terasa "kehilangan".

You and your desk is like me and my Macintosh.

dingin said...

maaf,

utk et al

kerna aku mash berbulan madu

ehehe

Barambang said...

Memang... jangan salahkan lelaki kerana mencari pengganti untuk cintanya, tapi SALAHKAN MEJA ITU...!!

hehehehe...

Sham said...

Kita tidak merasa akan kemanisan dan kenikmatan selagi kita memilikinya. Hanya selepas ianya tiada baru kita tahu secara hakikatnya bahawa ianya amat bererti untuk kita. Umpama jari jemari untuk menaipkan komen ini. Jika aku tidak ada jari yang sempurna ini, mampukah aku menulis coretan ini. Agihkan masa setiap hari untuk ruangan aku mengenali akan diriku, agar tiada lagi kenikmatan yang terpaksa berlalu sebelum aku mengucapkan akan kesyukuran. Nanti saya sponsor meja satu.

nieys said...

hmm.. menarik juga entri ini.. :)