Tuesday, November 07, 2006

Cerita petang

Tadi petang, ketika aku masih termenung melihat langit dari jendela kantor. Tiba-tiba seorang teman aku berkata,

"aku, jika hati aku disakiti, aku akan lari, kerna aku tidak mahu bermusuh sesama Islam"

Aku jadi pusing dan dalam hati bertanya, "kamu ni kenapa, tiba-tiba aja emosi." Namun aku hanya bersuara di hati kerna aku terlalu malas untuk bicara sama dia. Namun, aku tetap bertanya juga akhirnya,

"siapa yang menyakiti hati kamu," sambil aku membetulkan duduk ku di kerusi. Dia hanya diam dan terus diam. Ini yang membuat aku malas untuk bertanya berkenaan masalah hati. Kerna kebiasaannya, manusia hanya akan bicara berkenaan hasil dari pergolakkan hati dan berkata-kata falsafah. Jarang untuk memberitahu asas persoalan dan juga proses terjadinya konflik hati tadi.

Yang membuatkan aku lebih malas, kerna aku sendiri begitu, hehehe. Hanya suka bercerita tentang hasil dari konflik hati aku. Tidak pula aku mahu bercerita bagaimana ia terjadi. Sedangkan bercerita tentang hasil baik kecewa atau gembia tidak akan mampu mengubajh keadaan. Kita tidak bisa mengesan kesilapan kita melalui hasil yang diperoleh.

Mungkin kerna aku ini bukan teman akrab, lalu dia mengira bercerita sama aku hanya akan membuat dia terlihat lemah dan malu. Masih punyai ego disitu dan aku pun begitu. hehhe. Proses bercerita berkenaan urutan cerita dalam hati adalah proses yang perlu di lakukan pada seorang teman yang mengetahui diri kita, mengetahui kelemahan kita dan kekuatan kita. Dan itu hanya bisa diperolehi dari teman akrab. Kerna dengan teman akrab tadi, kita akan terus kehilangan ego dan mudah meluah rasa hati.

Apabila kita udah setuju berkenaan hal itu, tapi kenapa perbuatan kita menunjuk sebaliknya? Maksud aku Allah lebih tahu diri kita 100%, lebih mengenali diri kita dan tahu apa masalah kita lebih dari seorang teman akrab. Allah sebetulnya terlalu cukup akrab dengan kita. Tapi kenapa kita dan aku terutamanya tidak meluah dan bercerita tentang masalah hati tadi kepada Allah. Apa kita dan aku terutamanya masih punyai ego dengan Allah? (ya Allah ampunkan aku)

Mungkin selepas ini aku harus lama dalam sujudku untuk bercerita kepada Allah berkenaan masalahku dan memohon penyelesaian melaluai kesabaran. Aku juga harus lebih panjang dalam doaku, lebih khusyuk seolah berbicara dengan teman yang ada di hadapan aku.

Teman aku tadi, masih bisu dan bila aku melihat dia berdiri aku bertanya mau kemana. Ringkas di menjawab , "aku mahu ke surau." Aku berkira dia mahu bicara dengan Allah. Bicara berkenaan masalhanya dan memohon pertolongan. Kerna Allah adalah sebaik-baik pendengar kerana Dia Maha Mendengar dan Maha mengetahuai.

2 comments:

NUR said...

Bila berbicara sama DIA...
Dada jadi lapang...
Dan jiwa lebih tenang...

kingbinjai said...

ya, yang maha pemurah juga.