Thursday, November 09, 2006

Alatantuya, membawa cinta dari Mongolia

Altantuya,
cinta tidak membawamu ke awan putih,
duduk di pelangi bergoyang kaki,
melihat anakmu berlari,
di dataran rumput moyangmu.

Altantuya,
cinta tidak melamarmu ke pelamin,
duduk malu-malu dikerusi pengantin,
melihat tetamu terpegun menatap,
indahnya wajahmu di tabir bahagiamu,

Altantuya,
cinta membenam kamu,
di tanah hitam,
lebur bersama kenangan,
berkecai bersama harapan,

Altantuya,
cinta hanya memberimu peluang,
untuk mengerti sengsara dunia,
namun cinta itu adil,
cinta memberi mu peluang,
untuk mati bersama cinta,
mati meninggalkan sengsara dunia,
untuk Baginda.

28 comments:

karl Firdaus said...

kata kata puitis tersusun indah...

cinta tidak melamarmu ke pelamin,
duduk malu-malu dikerusi pengantin,
melihat tetamu terpegun menatap,
indahnya wajahmu di tabir bahagiamu

sesungguhnya DINGIN.... kau telah dikurniakan Tuhan keistemwaan untuk mewarnai dunia puisi dan penulisan.

Terima kasih kerna sudi berkongsi ..

Karl Firdaus Steward

Elhakim said...

saya baru jer buat cerita mengenai ketidakpuasanhati saya ttg kematian gadis mongolian ini dalam blog saya.

wow dingin...bagusnyer sajak awak.
sukanya saya.
awak pun sedih yer?? atau sebagai lelaki awak pun terpikat dengan kecantikan Alatunya tu kan???

cool...ho! ho! ho! (suara saya keras)

- A Macho Guy.

Elhakim said...

dear dingin,
izinkan saya mencuri hasil karya awak ke dalam blog saya...K???

awak tak kisahkan. lagipun saya memang ditakuti. bayangkan saya lelaki jahat. berjambang dan bermisai yang suka mencuri. ho ho ho..!!!

-saya seorang Lelaki jahat.

NUR said...

Indah benar puisi kamu...
Tapi Malang nasib Alatantuya...
Cinta juga bisa bawa bencana..

Cikgu Siti Homestay Taman Indah said...

ahhahahhah....

sedih bangat...
puisimu sangat sedih...

ahahhahhaha

semoga altantuya termasuk dalam dalam ahli syurga... jika dia benar2 seorang muslim!

p(~_~)q

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

owh...percayakah bahawa nasib kita sudah tersurat??oh..kini aku tertanya2...

Elhakim said...

Ya. memang telah tersurat. Nasib tidak boleh diubah-ubah.

peratusan utk diubah amat-amat-amat terlalu sedikit. Itupun di atas permintaanmu yang amat bersungguh-sungguh-sungguh.

Secara logikal, Kemungkinan besar nasib kamu tidakpun diubah.

walaubagaimanapun tolak campur tolak-campur darab-bahagi, nasib kamu masih lagi sama. Di dalam jangkauan gitu-gitu. Tidak ketara bezanya.

Bagaimana nasib kamu boleh berubah sedangkan hati dan perasaan kamu terhadap sesuatu itu masih lagi sama???

aku harus makan malam
he..he..he..

Anonymous said...

elhakim -- aku masih tak setuju dgn kamu... nasib boleh diubah daa...kita yang menentukannya...

P//s : maapkan aku... teng teng teng teng..maapkan aku..( music mcm dlm cerita p ramle..)..maap kan aku.......hehehehehe ini utk elhakim juga

Elhakim said...

he..he..he..

kamu menentukan atau tuhan yang menentukan nasib kamu?

kamu cuba berusaha. tuhan menentukan.

gerak hati kamu untuk berusaha adalah ditentukan oleh tuhan.

Berminat untuk jadi kaya seperti Bill Gates?
---Dengan gerak hati yang ada pada kamu sekarang ini?

Dengan keintelektualan yang ada pada kamu pada masa ini?

Dengan persepsi orang disekeliling kamu pada masa ini?

Elhakim said...

aku harus makan untuk kali yang kedua.

he..he...he...

sorry dingin. Kau kan mahu jadi penganalisis peperangan.

Anonymous said...

dalam sajak ada cerita.
dalam cerita ada dunia.
dunia hari ini...

Elhakim said...

apsal budak2 ni tak nak berdebat dengan aku ker??? takut ker...
bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan..bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan bosan...


korang ni sengal la...

heh..heh heh...

me,myself n all around da world said...

best gak pertanyaan itu...siapakah yg menentukan nasib kita,tuhan atau kita???

percaya gak ama qada' dan qadar??

iyah,kalo begitu emangnya org yg membunuh dirinya gak boleh dipersalahkan...kerna udah tertulis begitu...

siapa2 yg mahu jawap,hehe...=P

p/s:elhakim,ianya agak kompleksiti utk didebatkan...walaupon perkara gini ya udah didebatkan beratus tahun dahulu.

Elhakim said...

he..he..he. soalan lagi senang...
pucuk dicita ulam mendatang..

dalam loh mahfuz telah tersurat bahawa orang itu akan membunuh diri.
dan sesungguhnya orang itu sendiri akan mengakui kesilapannya di hadapan Allah Ta'ala.

kamu yang mencuri duit BAPAK kamu.
Apabila dapat ditangkap terus saja kamu akan berkata..

ampun pak! ampun pak! saya besalah.. hukum lah.. saya..huhuhuhu..uhuk..uhuk...

bunuh diri itu memang kecenderungan kamu..kerana jati diri kamu memang begitu, tiada....sifat kamu memang begitu..ditakdirkan tidak kuat.

Tiba-tiba telah ada dalam hukum Al-Quran yang mengatakan bahawa bunuh diri adalah haram. Ini bermakna...dalam perencanaan tuhan sememangnya ada makhluknya nanti yang akan bunuh diri... juga sama dengan konsep syurga dan neraka..
memang ada antara mahkluknya yang akan memasuki neraka.. dalam jumlah yang banyak.. mungkin melebihi yang bakal memasuki syurga...

lihat maksud hadith. aku bukannya pakar hadith...aku masih jahil dalam igama ini juga.. cuma aku menggunakan konsep logika aku saja..
he..he..he.

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

owh...elhakimm..sy amat bersetuju dgn seratus dua puluh peratus dgn komen yani...
tp.memetik kata2 kamu..."peratusan utk diubah amat-amat-amat terlalu sedikit. Itupun di atas permintaanmu yang amat bersungguh-sungguh-sungguh.."
owh..that phrase membuatku terdetik..
moral of the story, andai mahukan sesuatu..mahukanlah dgn bersungguh2..usahakan bersunguuh2..then hadapi bersungguh2..dn kmdn berdoalah brsunggguh2..
mgkin allah akan bersungguh2 dlm meng'consider'kannya...(aku cipta perkataan sndiri....waduh..rosak bahasa..)

Elhakim said...

wooii..
tolong! tolong! ada singa putih wanita mengamuk diblognya tolong tolong!
heh..heh....eeeee takuttnyerrr..

maksudku yg spt (huruf jawi di bawah)
(min ta). (sot lam ha) celup.

mengikut pengamatan kamu pasti tahu dingin. he..he...he...

aku tidak dapat menulis komenku terbaru diblognya terus didelete.
he..he.he.

me,myself n all around da world said...

maknanya di sini mmg dlm perancangn tuhanlah ada makhluk yg akan bunuh diri??

utk makhluk pula ia harus merancang sama ada ingin bunuh diri atau tidak..

jadi,tuhan telah merancang apa yg makhluk itu rancangkan...

jadi mengapa salahkan makhluk krn makhluk itu merancang(bunuh diri)apa yg direncanakan tuhan utk dirinya....

dipetik dr Al-Quran

"kamu merancang tetapi allah adalah sebaik2 perancang"

"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kamu mengubahnya sendiri"

p/s: jika telah trtulis di luh mahfuz kita akan mati membunuh diri,ttp kita berjaya mengelaknya. adakah ini bermakna kita berjaya mengelak perancangan Tuhan ke atas kita??hehe...

me,myself n all around da world said...

tutup,gak mahu debat lg..elhakim, aku udah paham pendirian kamu setelah membaca profile kamu.

udah aku katakan perkara begini ya udah didebatkan beratus thn dahulu,dan mungkin aja sejak tamadun yunani lg, jadinya kita seperti mengulangi perkara yg sama...

hihi...(tiru ketawa dingin)

Elhakim said...

myself (panjangnya nama kau. pendekkanlah sikit. nama tak perlu panjang2)

memang semua sekali adalah perencanaan tuhan. Apabila kau buat salah bunuh diri contohnya, Kau akan akur dgn perintah tuhan untuk menerima hukumnya tanpa banyak soal. Dan pada masa itu, kau tidak diberi peluang untuk bersoal atau berfikir tentang perencanaan tuhan sebegitu.

TIADA LAWAK SENARIO SETELAH KAMU MATI NANTI. DAN KAMU TIDAK AKAN TERFIKIR UNTUK MEMBUAT LAWAK PADA MASA ITU.

Sudah tertutup sekali semua pertikaian. Dan itu memang kehendak Allah yang maha esa.

Seperti halnya kamu di dalam kubur kelak. Malaikat akan bertanya kamu di dalam Bahasa Arab Marabbuka?(Siapa tuhan Kamu)???? Kamu tidak akan buat lawak bodoh-senario dengan mengatakan bahawa kamu tidak fasih dan tidak pernah belajar bahasa Arab.

Pada masa itu semuanya berjalan dengan lancar. Seperti yang telah terhukum dengan Kudrat dan IradatNya

Apa yang kau tahu pada masa akhirat nanti adalah pembalasan dan penyiksaan kamu di Nuraka.
Dan kau memang terima seadanya hukuman itu. Dan segera mahu ia selesei.

Setelah hukumanmu selesai, Insya Allah kamu akan dimasuki ke dalam Syurga di atas Rahmat dan IhsanNya bukan di atas amal kebajikan kamu.

Wallahualam Bissawab.

Elhakim said...

satu lagi myself(serba salah aku nak tulis nama kau. takut ko tak tau)...

kalau sudah dalam loh mahfuz bahawa kau akan mati bunuh diri, memang kau tetap mati juga dalam keadaan bunuh diri. Tiada kebolehan utk kau lepas dari keadaaan itu. Memang itu telah tersurat.

Sebab itu kita manusia, telah ditutup oleh Allah untuk mengetahui segala rahsia langit. Begitu juga tempoh hidupmu, jodoh, rezeki dan ajal-maut.

Telah tutup sama sekali. Semuanya adalah rahsia Allah. Hukum Alam.

Dengan penutupan Rahsia Allah inilah maka kita tidak akan terlepas dari segala perencanaanNya yang maha Bijaksana ini.

ha..ha..ha..
ha..ha..ha..(sebenarnya aku tidak gelak)

me,myself n all around da world said...

jadi telah trtulis la di luh mahfuz,begitu???

"kita merancang apa yg tuhan telah rancangkan kpd kita..."

jadi org yg bunuh diri itu telah dirancang oleh tuhan dr mulanya lah??jadi org yg bunuh diri itu walaupon berusaha sebaik mungkin maka pada akhirnya akur dgn kehendak tuhan utk bunuh diri??

di dlm Al-Quran
Allah menjelaskan bhw rahsia yg tidak diketahui/diramal oleh manusia antaranya cuaca, jodoh,maut,kandungan dlm rahim...

cuba lihat ayat:
thairukum maa'kum..kemalangan/kecelakaan kamu adalah kerana kamu sendiri.

dan juga ayat al-quran di posting yg lepas.

ayat ini sesuai dgn newton law(sbb dan akibat):
"For every action, there is an equal and opposite reaction."

but when we refer back to ayah means:
"Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kamu mengubahnya sendiri"

it will suit to
"the planning assumption suggests that if we didnt plan it, someone or something else must have planned it"

so,adakah kita merancang apa yg tuhan telah rencanakan kpd kita??

hint..hint...refer to surah Al-ansr. and teori ttg masa(reletive of time) oleh albert eistain.

wakhulikal insanu dhaiifan(manusia di jadikan bersifat lemah)

innamal ilmu indaallah
(sesungguhnya pengetahuan di sisi Allah)

WA

me,myself n all around da world said...

and pls also refer to:

Al Iqtiqad fi al I’tiqad by imam ghazali ttg qudrat Allah

Lamaat by Fakhruddin Iraqi

prinsip kalam oleh Imam Abul Hasan Assyaari.

dn buku fizik yg lain2.

dan juga berhati2 dgn ilmu kalam kerna tlh terpecah 2,Muktazilah dan Mutakallimun.

WA.

p/s:aku gak suka brbicara begini...=(

Elhakim said...

myself..

Allah tahu bahawa kamu yang bakal merancang kemalangan ke atas kamu sendiri.

"Sesungguhnya Segala Sesuatu itu Allah Maha Mengetahui"

Walaupun kesilapan manusia.

Segala sebab dan musababnya Tuhan telahpun mengetahui.

Dia cuma membiarkan sahaja kamu yang membuat kesilapan. Pada masa itu tidak sedikitpun dia beri kamu gerak hati atau sebarang kekuatan untuk kamu atasinya.

Maknanya di sini dia tidak memberi sebarang kekuatan untuk kamu bagi mengubah nasib kamu. Dan ini memang dalam perencanaaNya.

Kerana manusia ini mempunyai sifat Lalai yang dianugerahkannya sejak dari mula lagi.

wallahualam.

MDM FARAH FAIZURA said...

karl,

kurniaan itu lebih bermkana jika aku bisa peroleh uang yang banyak

hahaha

....

laugh,

kamu sentiasa aku benarkan,

untuk apa2 pun

hehehe

...

kak warna,

sy kagumi warnasari,

sesungguhnya

..

puteh,

kamu sedih, tapi ketawa


...

pawana

jaga diri


...

elhakim dan yani dan me,

aku merasa perdebatan kalian itu cantik


dan aku taku2 untuk campur,

aku kurang ilmu

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

entah kenapa aku keliru pula dgn aoa yg didebatkan oleh abg debater(elhakim) dn juga incik myself(mmg agak pnjg namamu)..heheh

1 question goes to mr debater..
"are u vry sure with all things that u brought up?....tiada ragu2kh dgn apa yg kamu tuliskan itu?..."

one qs goes to incik myself..
"adakah sunggguh bagai dikata bahawa.."the planning assumption suggests that if we didnt plan it, someone or something else must have planned it"

if u have the answer please put it into a very simple words bcoz my frens pun ade yg trtnye2 ttg tu...

and yes..to elhakim..abg ni mmg suke pukul anak ek..ish2...insan skrg perlu dididik dgn lebih brhemah la bang...

perikata.."syg isteri tinggal2kan dn syg anak tangan2kan.." dh x bleh pakai sgt la skrg ni cik abg oi..hehhe...kalu x caye..try tnye isteri abg...(if u have one )..ahahhaha

karl Firdaus said...

DINGIN

cara kamu menulis masih bisa bikin uang ...coba...

Anonymous said...

apasal korang suka memening kepala... meyukarkan keaadan.. islam bukanya susah...ambil konsep sederhana... bukan semua perkara boleh dijangkau oleh akal...nanti boleh gila... dan takut takut lari akidah....telah aku katakan elhakimm... takdir dan ketentuan itu terletak dihujung usaha anda...Allah tidak kejam...

Allah telah merancang semuanya untuk umat manusia...akal diberi untuk menentukan kita berada dimana.. syurga atau neraka..

P/s aku bukan ahli falsafah mahupun ahli agama... ada benda yang tidak layak aku debatkan disini....
P/s : aku punya pendapat sendiri mengenai ketentuan Allah..begitu juga kamu... seharusnya kamu menghormati pendapat yg lain.. seperti aku mengormati pendapat kamu.. silahkan kamu berpegang dgn pegangan itu... biar aku berpegang dgn aku.. kerna kukira.. ilmu aku belum cukup dan akal aku belum lagi dpt menjangkau perkara perkara yg lebih tinggi seperti kamu.... aku hanya berpegang kepada rukun islam dan rukun iman....

Elhakim said...

pssssttt... yani yg dihormati...
wanna know something??

even Allah kurniakan aku nasib sejuta kali malang pun aku kan tetap bersyukur padaNYa. Kita hendaklah mempercayai bahawa itu adalah ketentuan takdir. Dia adalah tuhan. berhak segala2nya ke atas makhlukNya.

Allah tidak dzalim. Aku tidak sekali-sekali menyebutNya zalim.

Aku hanya menyebut itu adalah kudrat IradatNya. Itu saja...

he...he...he...
jangan silap faham ya....
bahaya...
he..he..he..

JIka kita menghadapi nasib malang kita, hendaklah kita menarik nafas lega.

Dan berkata...

"Arghh... Sesungguhnya Lezatnya nasib malangku ini....cayalah!!"

seraya berkata kepada Allah dalam hati: Tidakkah tuhanku mahu berbuat sesuatu pada KudratMu supaya membahagiakan antara kita berdua.
(lagak seperti sepasang kekasih sahaja)

he..he..he...

Kita hendaklah mengecapi nikmat nasib malang kita sungguh sungguh. Kita hendaklah percaya bahawa malang kita di dunia beerti kebahagian kita diakhirat.

Jangan marah ya?

he..he..he..