Cinta itu sebetulnya udah abstrak, tapi ia bisa lebih abstrak lagi, apa bila kita mencintai sesuatu yang juga abstrak. Misalnya mencintai bahasa. Kita selalu dilaungkan dengan ucapan, 'cintai bahasa kita', dan apa yang kita bisa peroleh dari ucapan itu. Rasa rindu pada bahasa? rasa ingin bermanja-manja dengan bahasa atau kita langsung tidak punyai rasa.
Jika kita tidak punyai rasa cinta pada bahasa (baca : bahasa Melayu), itu bisa dimaafkan kerna bahasa itu terlalu abstrak untuk dicintai, untuk dicumbu rayu. Walaubagaimana pun, kita harus berterima kasih kepada bahasa itu, kerna dengan bahasa Melayulah kita ( baca :orang Melayu) mengatakan sayang dan kasih kepada orang tua kita, dengan bhasa itulah kita bermian-main dengan rakan-rakan kita, dengan bahasa itu yang membuatkan kita faham maksud doa kita kepadaNya.
Lalu untuk berterima kasih, (biar tidak cinta) apa yang perlu kita perbuat? Tidak perlu berbuat apa-apa sebetulnya. Kerna bahasa Melayu itu udah terbukti mahsyurnya. Udah terbukti ampuhnya dalam memberi lmu dan dalam membuat kerja. Tapi, itu dulu. Dalam keadaan sekarang, bahasa Melayu udah hilang taringnya. Ia tidak lagi di anggap romantis, kerna 'i love u' itu lebih 'sweet'. Bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu kerna matematik dan sains udah di ajar dalam bahasa English. Malah dalam kerja, jika tidak tahu berbahasa Melayu itu tidak apa, asal fasih berbahasa English.
Begitu rupanya kita mengucapkan terima kasih pada bahasa Melayu. Terlihat aku ini terlalu sentimental, itu perlu. Kerna jika kita cinta , emosi akan turut bicara. Wah, jadi apakah aku ini mencintai bahasa Melayu. Hurmm, hehehe.
6 comments:
ehhehehhe....ada org kata, bila bercinta, kite perlu jd sgt kebudak2an..setuju x?kerna katanya bdk2 penuh dgn emosi..apepun, rasanya x salah jika beremosi pd tempatnya,kan??
as usual..kalu nk reply,kt blog sy ek..
aku gak punya cinta lg utk di berikan kpd bahasa ini...
kerna cinta aku pada bahasa udah terbelah 3,maksud aku ketiga2 sudah diberikan kpd bahasa lain.
amat malang aku ini....
kerna sifat keselanjaran aku ini mengikut totok arus permodenan bangsa ini.
dan amat malang aku trperangkap dibawa arus itu....
terusnya aku melontar lg,siapa harus dipersalahkan???
dan semoga ada sinar pencerahan di sana.....
ahhahahhaha
bukankah bahasa melayu dan bahasa indonesia (baca: bahasamu) lebih kurang sama?
aku sangat mencintai bahasa Melayu!
tapi, aku suka mengajar sains dan maths dalam bahasa inggeris!
ahahhahhahaha
p(^_^)q
hmmm... tidak perlu menyintai bahasa. cuma selesa sahaja menggunakannya.
seperti "kereta" aku rasa. jadikan ia contoh.
....iaitu tidak perlu menyintai kereta.
cuma selesa sahaja menggunakannya daripada kita berjalan kaki, membonceng motor atau berbas untuk ke tempat jauh.
Namun begitu, kita bebas memilih sesuatu yang terbaik dan selesa untuk diri kita.
Maksudku.. tidak pantas pula kita berkereta jika hanya untuk ke tandas yang jauhnya hanya 6 langkah dari katil kita.
Bahasa juga begitu. kita bebas memilih flavor yang kita suka.
wasalam.
bhasa Indonesia ialah
bahasa Melayu,
atas sebab itu maka kita faham bahasa Indon
cuma,
bedanya pada lenggok barang kali
hihihi
pada sayalah, its ok utk campur-campur bahasa. cuma agama jer yg tableh campur-campur.
-Mr. Macho guy
Post a Comment