Saturday, June 24, 2006

satu catatan ringkas berkenaan konfusius..

Aku baru sadar bahawa konfusius (kong qi) sebenarnya tidak mencipta ajaran dia sendiri. Sebenarnya dia hanya mau mengembalikan pengamalan adat-adat semasa pemerintahan raja Zhou. Dimana di percayai Raja Zhou udah memerintah kira-kira 600 tahun lalu sebelum kelahiran konfusius. Dan Raja Zhou udah menyiapkan satu adat-adat peraturan untuk di ikuti oleh masyarakat China pada waktu itu. Malangnya pada zaman konfusius amalan itu udah makin di lupakan dan konfusius berasa bertanggungjawab untuk memulihkannya.

Sebelumnya, aku kira Konfusius itu mencipta sendiri ajaran yang di panggil dalam buku sejarah 'ajaran konfusius'. Tapi dia hanya menyunting (mengedit) kembali catatan-catatan bagi enam ilmu. Pada waktu itu, untuk menjadi sarjana hanya perlu mengusai enam ilmu. Dan catatan dia di panggil 'musim luruh dan bmusim bunga' (aku panggil catatan tidak buku kerna pada masa itu kertas ngak ujud lagi, hanya menggunakan kepingan-kepingan buluh yang di cantum)

Konfusius juga aku fikir adalah athies. Kerna dia tidak percaya kepada keujudan tuhan. Bagi beliau tuhan hanyalah simbol untuk manusia berharap, kerna manusia perlukan sesuatu untuk di harap apabila segalanya udah menemuai jalan buntu.

Dia sentiasa mengembara ke satu negara-ke negara yang lain dengan harapan dia bisa mempengaruhi para raja untuk mengembalikan kembali adat-adat raja Zhou. Namun hingga ke akhir usia, tidak satu pun dari kerajaan - kerajaan yang ujud pada waktu itu menerima pakai cadangan Kunfusius. Dengan alasan ajaran itu udah ketinggalan zaman. namun, dia aku kira terkenal kerna usahnaya yang nagka pernah kenala putus asa. Tiada kejayaan. hingga kini ajaran dia pun tidak di amalkan. Yang ada ialah, pengkajian terhadap sumbangan dia dan pengkajian terhadap karya dia. Itu aja.

Namun, dia berjaya meninggalkan sesuatu ntuk keturunan dia. Sehingga generasi dia yang ke 77, pemerintah akan sentiasa menganugerahi dengan gelaran-gelaran yang tinggi. Sehingga semua itu di tarik balik pada 1935 ketika republik pada waktu itu udah mula menjadi komunis.

Hari ini, tidak ada apa-apa lagi yang boleh di perhati kecuali hutan Konfusius yang asalnya adalah pokok-pokok yang di tanam oleh pengikutnya di tepi kubur dia. Juga tokong dia yang diubahsuai dari rumah dia.

Aku kira aku kesian melihat dia. Dia menghabiskan usianya untuk sesuatu yang aku kira tidak mendapat sambutan pada masa itu. Namun impak dari kesungguhan dia, juga karya dia udah menjadi kajian dan sebahagian dari tamadun dunia.

Tapi terus terang, aku tidak mahu jadi sperti dia.hehehe

1 comment:

Anonymous said...

aku tidak tahu tentang hal ini. sesuatu yg aku belum berminat utk buat kajian.

kesian dia, ajarannya tidak seiringan dengan pemikiran bangsanya sendiri di tanah besar. kerana pada bangsa itu sendiri, pengalaman pahit kekuasaan dan kedaulatan maharaja2 mereka zaman berzaman, sudah tidak relevan lagi. anutan komunis yg meletakkan manusia itu semuanya sama rata lebih menguntungkan mereka.

aku juga macam kau, tidak mahu jadi sepertinya.. :-)

-ris-