Aku sudah lupa, bila kali terakhir aku berbisik. Kalau berbisik di telefon mungkin selalu. Kerna ada waktunya kita akan mendapat panggilan HP pada waktu yang salah. Mungkin di dalam lift atau ketika sedang menghadiri satu taklimat.
Namun berbisik yang terus ke telinga teman aku dan aku di bisikin terus dari mulut teman aku...rasanya udah terlalu lama. Mungkin dizaman aku masih sekolah, aku gemar sekali berbisik dengan kawan-kawan. Berbisik mengenai segala. dari beg sekolah hingga kepada cikgu yang garang mengajar. Namun aku sebenarnya ngak berapa ngerti apa pentingnya berbisik sehingga ia dijadikan tajuk filem. Misalnya 'bisikan cinta', bisikan iblis' dan yang paling aku ingin tonton tapi ngak punya peluang ialah 'pasir berbisik' . Lakonan Dian Sastrowidoyo. Bukan aku peminatnya tapi terdorong setelah di beitahu bahawa ada adegan Dian beronani dalam filem itu. Wah, aku rasa itu sesuatu yang jarang. Namun sampai sekarang aku masih ngak pernah membeli VCD nya. Ngak tau kenapa.
Berbalik kepada bicara utama aku tadi (setelah di pesongkan oleh Dian, ehehe), aku merasa berbisik ini punyai hikmahnya yang tersendiri. Allah maha bijakasana. Dia mencipta sesuatu pasti punyai tujuan. Atas itu, malam ini, di kerusi ini aku cuba untuk berkongsi apa yang aku rasa mengenai berbisik.
Jika aku di bilang mengenai berbisik, perkara pertama yang aku fikir ialah rahsia. Rahsia kerna sifat berbisik itu sendiri. Dimana kita akan mengucapkan sesuatu secara pelan-pelan kepada teman kita. Dengan maksud untuk melindungi pengucapan kita dari di dengarin oleh orang lain. Maksudnya pengucapan itu khusus untuk dia sahaja. Mungkin kandungan pengucapan itu adalah sesuatu yang bahaya, memalukan atau penting. Dalam kata lainnya ia rahsia.
Dan berbisik adalah cara yang paling kuno sekali dalam penyampaian rahsia sehingga terciptanya tulisan dan segala macam kod-kod di dunia ini dalam tujuan penyampain rahsia. Dan ini cara yang digunakan oleh tentera Rom sehingga kepada puak red indian untuk menyampaikan arahan ketika bermaksud menyerang hendap musuh mereka. Juga di gunakan oleh Mat Kilau ketika menentang Inggeris. Sehingga sekarang ini juga masih di gunakan oleh para gerakan Al Qaeda di Afghanistan juga para pejuang di Iraq. Para tentera Amerika juga menggunakannya kembali untuk menentang keganasan-kata mereka.
Tidak terhad dalam bidang perang, para perampok juga para pencuri mobil turut menggunakan kaedah berbisik. Ini sesuatu yang universal. Biar kita tidak pernah bersemuka namun kaedahnya tetap sama. Aku kira berbisik itu adalah fitrah, seperti juga tidur atau makan.
Aku juga masih terfikir bahawa berbisik tidak hanya sampai di situ fungsinya. Kerna dalam ketika bercinta, kita para pencinta lebih suka berbisik halus di telinga pasangan kita. Berbisik menyatakan betapa kita mencintai mereka. Betapa kita merindui mereka. Pasangan kita akan tersenyum malu tapi cukup merasa bahgia sekali dengan bisikan itu. Tapi mengapa harus dengan bisikan. aku semakin pusing.
Jika ingin lebih jauh dalam perhubungan, pasti kita akan berbisik kepada ibu kita supaya merestukan hubungan ini dan berharap mereka melanjutkannya dengan pertunangan. Akhirnya perkahwinan. Kita pasti akan bertemu lagi dengan ayat berbisik. Dimana?
Dimalam pertama, kita akan berbisik lagi dan ini adalah perkara yang wajib. wajib kerna ini adalah rahsia utama dalam hidup. Pasti kita ngak mau esok nya ada yang melihat kita beserta dengan senyuman yang nakal. Itu hal kedua . yang pertamanya sekali, dalam hubungan suami isteri, tepatnya ketika mau memulai hubungan kelamin. Harus kita bercumbu rayu dulu. yang pastinya juga, itu dlakukan dalam keadaan berbisik manja ke telinga pasangan kita. Kita berbisik kepadanya untuk dia menerima cinta kita, berbisik bahwa kita ingin dia dengan sesungguhnya. dan seterusnya kita akan tenggelam dalam bisikan yang asyik.
Itu cerita berbisik bagi manusia. Dalam hubungan kita dengan haiwan juga, kita lebih sesuai berbisik. Sebab itu terhasilnya filem 'horse whisper' Pembisik kuda. Dimana berbisik di telinga kuda adalah satu cara untuk menjinakkan kuda. Dan biasanya red indain adalh pembisik kuda yang sejati. Mungkin binatang lain juga kita boleh berbisik. Aku selalu berbisik ketelinga kucing aku, sayangnya dia ngak juga seprti kuda. Maksud aku menurut kata. Masih juga mau mencuri ikan di pinggan aku.
Dalam kontek ketuhanan pula, kita di sarankan berdoa dalam keadaan yang berbisik. Kerna Allah tidak suka jika kita meninggikan suara kita. Dia maha mendengar, cukuplah kita berbisik dengan tujuan untuk pendengaran kita sendiri. Berbisik harus halus, harus dengan penuh keikhlasan.
Atas apa pun alasan kita berbisik, jagan pernah sekali berbisik untuk khianat, berbisik untuk menyatakan sesuatu yang ngak bener. Berbisiklah seadanya, selagi kita masih mampu mendengar secara pelan-pelan.
(sambil berbisik- aku ingin berbisik pada hati aku, biar hati aku jelas dengan apa yang aku mau)
No comments:
Post a Comment