Aku kira aku anak kecil lagi dalam politik Malaysia. Lantas kalian jangan mengharapkan sesuatu cerita yang asyik untuk di baca. Kerna aku hanya akan menulis melalaui pengalaman aku yang cetek juga berdasarkan pembacaan aku yang kurang.
Namun aku tetap anak kecil yang pasti akan berada di arus deras politik negara. Jika tidak esok mungkin 10 tahun lagi. Lantas apa pandangan aku sekarang pasti mempengaruhi landasan aku nanti. Mungkin akan berubah, tapi tidak akan tersasar jauh. Itu aku pasti.
Bercakap mengenai politik aku pasti kita tidak akan lari dari menyebut mengenai ekonomi sekarang. Yang aku pasti banyak kebaikan yang boleh kita tulis. Namun jika di tinjau aja di sudut gelapnya, pasti lagi banyak yang boleh di cerita.
Aku suka sudut gelap tersebut. Bukan kerna aku pesimis, tapi aku fikir sudut2 gelap tersebut umpama bom jangka yang akan meledak lantas menghapuskan segala yang baik mengenai kemakmuran negara ini. Mudahnya aku ingin sama memberi kritikan yang membina. Setidak-tidaknya sebagai anak kecil yang merengek memberitahu itu dan ini.
Aku kira jika dari segi keharmonian dan jika terus dilihat dari luar. Kita memang gagah, jauh gagah dari jiran2 kita. Kecuali Singapura barangkali. Namun jika menyelinap sedikit pasti kita menemui retak yang cukup jelas. Retak yang jika tidak di rawat pasti akan pecah dan terus menghilang semua kehermonian negara kita.
Retak yang bagaimana yang aku lihat? Lihat aja dari komposisi kaum kita. Kaum bumiputra terutamanya Melayu adalah satu komposisi kaum yang besar. Secara logiknya, kaum Melayu harus memegang lebih separuh dari kuasa ekonomi, atau setidak-tidaknya memegang 30% jika mengikut ukuran sasaran DEB yang sudah tamat. Namun, kita semua maklum kita hanya mampu mengusasai 18% dan malang lagi kerna angka itu sebenarnya makin susut. Dan yang bertambah kacau, dari 18% itu hampir 90% adalah datang dari GLC. Bukan dari orang persendirian atau bukan langsung dari rakyat. Lantas ini menimbulkan satu retak ekonomi yang cukup luas. Bisa aja menjadi sebab untuk perang kerna wujud ketidak adilan dalam pembahgian kekayaan negara.
Sedangkan dari kuasa politik, kita kaum Melayu sudah mengagihakn samarat dengan kaum-kaum yang lain. Berbeza pula dengan kuasa ekonomi.
Maknanya apa? Kita bangsa Melayu yang ramai tapi tidak punyai kuasa ekonomi. Kita hanya mempunyai kuasa politik yang pasti ia adalah sesuatu yang rapuh. Kerna jika di beri perbandingan antara kuasa ekonomi dan kuasa politik, pasti kuasa ekonomi jauh lebih kuat dari kuasa politik. Mengapa aku bilang begitu?
Untuk memasuki politik, harus punyai dulu kuasa ekonomi dan ini yang diperbuat oleh kebanyakkan ahli politik kita. Dimana meraka biasanya dari golongan yang sedia punya harta. Sebahagian lagi memasuki politik untuk mendapatkan kuasa ekonomi dan ini yang banyak sekali. aku mungkin menuduh tapi itu hak aku sebagai anak kecil.
Aku kira, dengan kuasa politik yang ada tanpa ada sokongan kuasa ekonomi ibarat orang buta yang berjalan tanpa tongkat. kerna politik adalah sesuatu yang buta, tidak ada kepastian. Harus ada tongkat supaya lebih kukuh. Dan tongkat tersebut adalah kuasa ekonomi.
Masalahnya sekarang tongkat di tangan orang lain dan kita sebagai kuasa politik pasti akan menurut apa saja yang di arahkan oleh tuan punya tongkat baiarpun tuan punya tongkat itu lumpuh tidak berkaki. Kita akan menggendungnya di belakang kita dan mereka akan berbisik jalan mana yang harus kita tuju.
Jelas sekarang itu yang berlaku. Lihat aja dengan pengangguran mahasiswa Melayu kita. Terlalu banyak angkanya. Aku tidak terlalu khuatir jika mereka tidak punyai kemahiran komunikasi, atau punyai bahasa English yang lemah. tapi apa yang aku khuatirkan ialah peluang mereka terus di tutup. Bagaimana?
Lihat aja begini. Jika dia tidak punyai segala kemahiran yang di perlukan seperti komunikasi atau bahasa English, pasti ada jalan lain bagi mereka. Mungkin mereka boleh bekerja mengikut apa yang mereka minat atau mahir. Contohnya berniaga. tapi bagaimana jika peluang itu di tutup dengan persaingan yang tidak sepatutnya mereka perolehi sebagai pemian baru dalam dunia perniagaan itu? Pemerintah pasti dengan segala usahanya akan cuba melindungi tapi tanpa kuasa ekonomi, mereka hanya akan terus mengikut kehendak-kehendak pemegang tongkat itu tadi.
Lantas pelbagai isu yang timbul seperti penggunaan bahasa Cina, English dan ia jadi soal yang besar. Itu bukan soal sebenarnya. Soal yang sebenarnya ialah peluang yang sudah tidak ada. Aku tidak menyalahkan mereka yang membuat peraturan2 ini di iklan kerja kerna mereka punyai hak untuk melindungi kepentingan mereka. Tapi apa yang aku cuba jelaskan ialah apa upaya pemerintah untuk mendapatkan kembali tongkat yang hilang?
Mungkin pemerintah (Melayu) perlu lebih agressif dengan dasar ekonomi mikronya. Tidak dapat di nafikan kaum lain berjaya kerna ekonomi mikronya yang kuat. Khususnya dalam bidang peruncitan. Tanya semua peniaga2 yang berjaya mengenai keluarag mereka. Pasti mereka akan memberithau ayah atau datuk mereka adalah peruncit atau mungkin mereka sendiri dulu adalah peruncit. Kedai runcit adalah asas dalam perniagaan. Melalui kedai runcit itu akan bercambah segala macam jenis perniagaan lain. Sebab itu, dimana-mana pun seluruh Malaysia pasti akan ada kedai runcit kaum Cina. Sebagai pemerintah galakkan kaum Melayu membuka lebih banyak kedai runcit. Beri mereka lokasi yang strategik. jangan menghantar mereka ke kawasan hulu yang hanya ada monyet dan ular.
GLC pula boleh membuka lebih banyak pasaraya besar seperti Gaint atau Tesco. Buat jenama sendiri. Memang ada pihak yang sudah melakukannya seperti MARA juga PUNB. tapi persoalannya, apakah impak yang terhasil itu cukup kuat? Ia hanya umpama riak di air dan pasti akan hilang bila sampai ketebing.
Malangnya lagi apa yang ada sekarang hanya dasar yang meramaikan kontraktor, yang berharap dengan projek kerajaan. Aku tidak bilang ia tidak bagus. Tapi itu bukan cara yang betul untuk mendapatkan kuasa ekonomi. Kerna sebagai kontraktor kita hanya akan bermain atas pucuk ekonomi negara. Bukan di akar yang mengcengkam tanah. Pasti ungkapan yang menyatakan kita hanya akan menjadi pemerhati kepada pembangunan ekonomi negara sendiri, itu benar. Kerana berada di atas pucuk akan memberi kita ruang yang secukupnya untuk memerhati dengan jelas.
Jadi unuk melihat negara ini betul-betul kukuh...maka kukuhan dulu bentang ikatan perkauman yang semakin melebar kerna luasnya jurang ekonomi. Yang paling penting. Jalankan dengan betul bukan jalankan dengan rakus.
1 comment:
sesuatu tulisan yg positif dalam mencelikkan mata orang melayu/ tidak kira samada dia adalah politikus, pengusaha IKS atau graduan menganggur.
sebenarnya aku sudah memikirkan tentang hal ini :
sesuatu perlu dilakukan oleh politikus melayu untuk membuka peluang utk graduan menganggur melayu untuk menjadikan mereka sebagai pengusaha IKS yg berjaya. kumpulkan mereka ini dan beri mereka ilmu walau apa juga latarbelakang pendidikan mereka. buatkan satu pasaran bagi mereka ini supaya apa yang telah mereka usahakan akan dibeli terus oleh bangsa melayu yg ada 50% di malaysia ini. adakan sesuatu yg lebih besar dari 'pasar tani' yg sudah wujud itu dan juga lebih canggih dari bangunan IKS yg telah dibina sekarang.
tapi aku khuatir tentang satu. bolehkah politikus melayu yang berbagai parti itu boleh jadi bersatu utk membangunkan bersama bangsa melayu itu sendiri? bolehkah duduk semeja utk menentukan tiada lagi kelemahan melayu dalam ekonomi, tiada lagi graduan menganggur yg membuta di rumah dan tiada lagi pengusaha IKS yg cuma membuat sos cili dan kuih baulu di kampung? dan tiada lagi mahasiswa yg mendapatkan duit upah memasang komputer peribadi sedangkan mereka boleh membuat perkakasan itu sendiri bila keluar dari universiti nanti?
-ris-
Post a Comment