Aku bukan ahli politik yang bisa membicarakan topik2 sebegini. Cuma aku salah seorang yang punyai pandangan sendiri mengenai perkara ini. Aku sebenarnya sudah agak bosan untuk membicarakan bagaimana emosi aku mempengaruhi aku. Lantas sekali-sekala aku juga perlukan angin segar.
Pagi semalam, cerah. Aku duduk2 dihadpan komputer sambil melihat beberpa peranggan dalam akhbar online. Ada satu perenggan disitu menceritakan tentang agenda Melayu. Mengenai betapa pelajar melayu ini adalah orang yang amat pemalu. Hingga tidak maha mengangkat tangan memberikan pandangan.
Juga aku membaca satu perenggan tenatang kegagalan syarikat2 perniagaan melayu. Hanya kerna kontrak yang di berikan oleh kerajaan , di beri kepada orang Melayu yang malas.
Ahh...terlalu banyak soalan sebenarnya hingga aku hanya mampu menjurus kepada satu persoalan. Apa bangsa Melayu ini terlalu negatif, hingga semua perkara yang diperbuat hanya untuk dilekeh atau dikritik. Hanya akan mengundang sengsara kepada bangsa lain.
Aku suka berfikir secara mudah. Segala pokok permasalah pasti datangnya dari akar yang sama.
Jadi cari saja akarnya.
Pasti aku dan kalain tidak akan menemuainya. Kerna kita semua hanya melihat kepada kegagalan melayu sahaja.
Membandingkan kejayaan anak melayu dengan kejayaan anak bangsa lain.
pasti itu perbandingan yang tidak adil.
mudahnya, begini.
Kita membandingkan bagaimana sikap seorang anak tauke kedai yang kaya..(bangsa lain)
dengan anak nelayan yang miskin.(melayu)
pasti berbeza. Anak tauke yang kaya pasti sibuk membantu ayahnya di kedai, sentiasa bergaul dengan masyarakat serta menguatkan lagi keyakinan anak tersebut.
Manakala anak nelayan tadi pula,
pasti hanya akan turun kelaut juga untuk membantu ayahnya. Tapi dilaut yang ada hanya mentari, air masin laut serta keringat. Segalanya sepi. Mendorong anak tadi menjadi pendiam serta berasa ngak yakin dengan kehidupan.
Pasti di kelas, juga di dunia yang lebih komplek sikap ini akan terbawa2.
Harus bagaimana untuk menyelesaikannya.
Perlu masa, setidak2nya 100 tahun.
bila masa, generasi yang ada sekarang sudah tidak ada lagi digantikan dengan anak2nya serta cucu2nya yang pasti sudah jemu dengan segala tanggapan negatif tersebut. Lantas membentuk generasi mereka menjadi lebih baik dari yang ada sekarang.
kelihatannya terlalu mudah bagi aku. Ya, itu aku terpaksa buat kerna aku sudah terlalu sakit untuk melihat bangsa aku sendiri tersungkur di depan aku.
Biar kelihatannya aku menyerahkan segalanya pada takdir dan waktu tapi dise balak itu wujud satu pengisian. Pengisian kepada minda dan jiwa melayu itu. yang perlukan 100 tahun lagi.
Jadi untuk waktu ini, biar apa yang mereka bilang tentang negatifnya bangsa melayu. Biarkan, kerna itu sebahagian dari satu proses yang panjang. Hanya dari situ wujudnya tekanan, tekanan yang mewujudkan perubahan.
umpamanya tsunami, yang di akibatkan oleh gempa di dasar laut.
Pasti gempa itu terhasil kerna 2 plat bumi bertembung dan mengakibatkan tekanan. Yang menyebabkan berlaku pergerakkan di permukaan. Lantas pergerakkan itu akan menggerakkan pula air laut untuk membentuk tsunami yang maha besar.
Itu secara perbandingan sahaja. dan begitulah aku melihat perubahan yang akan berlaku dalam masa 100 tahun lagi. Jadi bila kita sampai ke wawasan 2020. Ngak usah terlalu teruja dengan pembangunan bangsa Mleyau , kerna ia belum sampai waktunya, waktu 100 tahun.
(Sekadar pandangan di masa lapang aku)
No comments:
Post a Comment