Monday, June 26, 2006

lelaki yang aku ingin jadi

Aku membaca satu artikel di koran yang menyatakan bahawa, orang yang sering membaca novel cinta akan berisiko rendah untuk beroleh penyakit Parkinson. Aku kira aku tidak punya kelebiham disini kerna aku ngak membaca novel cinta. Aku fikir sabab utama aku berhenti dari terus membaca novel cinta ialah aku ngak sesuai dengan jalan ceritanya.

Kebanyakkan jalan cerita (aku kira punyai nasib malang kerna aku hanya terbaca novel yang punyai jalan cerita yang serupa ini) hanya berkisar kepada seorang gadis cantik dari desa. Yang ingin punyai kehidupan seadanya untuk membantu keluarga. Namun apabila ia sampai ke kota, dia bercinta dengans seorang jejaka tampan yang akhirnya ia hilang kehormatan dengan jejaka itu, langsung di tinggalkan. Terus dia punyai dendam terhadap semua jejaka. Bagi dia ,jejaka-jejaka itu semua sama. Hanya tahu berkata-kata cinta.

Dia dengan kecantikan dia ada, menggoda semua para jejaka. Kemudian ketika jejaka udah sampai kemuncak cinta, dia si gadis tadi pula dengan penuh sengaja, membilang, dia udah punyai calon lain. Dia ngak perlukan jejaka itu lagih. Dia puas dengan hanya melihat jejaka itu tunduk rintih lalu kecewa dan punyai luka hati yang parah. Dan bila di tanya kenapa dia tega begitu. Dia menjawab kerna, diri dia yang dulu udah mati. Sekarang dia adalah sesuatu yang baru. Baru dari neraka.

Aku sebetulnya, terlalu memuja watak gadis yang cantik dari desa ini. Punyai semangat untuk membantu keluarga. Atas kerna itu, aku tidak suka dengan jalan cerita yang harus dia tempuh. Ia terlalu menyakitkan bagi aku. Mudahnya, itu adalah sebab aku ngak lagi menyentuh novel cinta.

Sambil itu aku fikir, jika aku punyai peluang mendekati gadis sebegitu, aku mau coba untuk jadi salah satu dari mangsa dia, mau jadi watak dalam novel cinta tapi bukan sebagai hero kerna aku ini biasa-biasa aja. Aku mau jadi seorang jejaka yang pendiam. Punyai kerja yang bagus. Cita-cita yang relevan, serta kacak. Bila ketemu gadis itu, aku akan jatuh hati pandang pertama kerna kelakuan dia, wajah dia. Aku akan curahkan segala kasih sayang aku pada si gadis.

Kemudian lagi, si gadis akan bercerita pada aku tentang masa silamnya yang kelam. Aku dengan mudah lagi ikhlas akan tersenyum dan berkata yang aku menerima dia seadanya. Aku beritahu lagi, aku akan membahgiakan dia, membuat dia melupai masa silamnya. Aku mau dia kerna mau hidup untuk masa depan. Kerna kita hidup untuk masa depan, bukan untuk waktu yang udah terlepas.

Gadis itu akan senyum kepada aku. Kemudian memeluk aku. Dan berbisik halus di telinga. Dia terharu dan sekarang dia menyerahkan tubuhnya kepada aku. Aku dengan pantas akan menolak bisikan itu dengan suara yang lembut. Aku berkata kepada gadis itu. Aku ikhlas mencintai dia, aku hanya akan menyentuh dia apabila aku dengan dia udah nikah. Sebelum waktu itu, aku akan hanya akan berada terus di sisi dia untuk menemani dia dan menjadi pendengar yang setia.

Setelah itu, aku mencukupi segala kebutuhan gadis itu. Segala maunya aku kasi. Aku tidak fikir uang satu soal jika udah terlalu cinta. Untuk hari-hari yang berlalu, aku merasa cukup puas kerna bisa membuat gadis itu tersenyum. Senyuman dia udah cukup bagi aku. Tapi tidak bagi gadis itu. Kerna dia akan terus membuat si jejaka termasuk aku ini jatuh cinta yang dalam, sebelum dengan teganya dia akan melukakan hati para jejeka termasuk aku ini. Tapi sebelum saat itu muncul, dia si gadis tetap melayan aku dan membalas cinta aku dengan hangat.

Aku kira, hari itu sudah tiba. Sigadis secara tiba-tiba udah berubah. Dia ngak lagi mau jawab segala sms aku. Juga percuma aja aku kalo menelepon dia. Dia sepertinya kaku aja bila bicara. Bila aku tanya apa masalahnya. Dia hanya diam. Sehingga satu saat aku terima sms ajak ketemu. Aku seperti biasa pasti gembira.

Aku dengan dia akan ketemu di taman. Sambil duduk di kerusi melihat anak-anak berlari di depan orang tua mereka. Jatuh kemudian menangis, kemudian pula di pujuk oleh si ibu yang pengasih. Dengan wajah yang beku, sigadis turut melihat peristiwa itu dan seraya berkata kepada aku. Bahwa aku ini terlalu baik bagi dia. Dia rasa bersalah. Sekarang dia mau mutusin aja perhubungan ini. Dia bilang, dia rasa ngak tercipta untuk aku. Aku bungkam. Dengan cepat aku berkata, bahwa aku terima dia seadanya, aku tidak mau lebih dari itu. Si gadis tetap dengan keputusan dia. Tapi di dalam hati, dia cukup merasa puas melihat kekecewaan aku.

Aku terus memjuk dan terus memberi janji. Sehingga gadis itu berkira udah samapi masanya ntuk memberi pukulan yang terakhir kepada jiwa aku. Dia berkata bahawa dia udah punyai cinta lain dan tidak lagi mencintai aku dan terus angkat dari situ, dan rupanya di hujung sana sudah ada jejaka lain (mangsa baru) yang sedia menunggu. Semuanya berlalu dengan teratur dan si gadis pergi tanpa berpaling kepada aku. Aku terdiam dan aku tidak mampu berkata-kata. Aku dah di kecewakan si gadis. Si gadis pula merasa puas dan berkira dendamnya udah terbalas biar ngak sepenuhnya. Bagi dia laki-laki harus di ajar untuk segala kesilapan mereka. Biar yang menjadi mangsa ialah aku, si jejaka yang ikhlas dengan cinta.

Aku kira aku cukup terluka. Namun dalam hati aku redha bahwa ini cubaan tuhan. Aku ishtifar kerna tersadar aku udah melebihi cinta aku pada manusia jauh dari cinta aku kepada Dia. Esoknya aku pergi kehadapn rumah si gadis. Ketika dia keluar aku terus berdiri di hadapannya. Dengan senyum aku berkata bahwa aku memaafkan segala kesalahan dia dan aku meminta maaf jika aku udah buat silap sama dia. Aku juga berharap dia bahagia sama pacar barunya (padahal itu juga mangsa). Dengan tanpa merasa bingung atau marah, aku berkata, jika cinta aku ini perlu pengorbanan aku rela. Dan jika pengorbanan itu harus hadir dalam bentuk tidak memiliki cinta si gadis. Aku juga rela. Kerna bagi aku, aku mencintai dia kerna mahu dia bahgia, tapi jika aku tidak mampu buat dia bahgia, apa erti cinta aku. Aku akan puas jika mampu terus melihat dia tersenyum biarpun bukan dengan cinta aku. Aku akui aku sedih tapi aku ikhlas dengan cinta aku. Aku beritahu juga, cinta tidak semestinya memilki, terkadang ia juga harus dilepaskan.

Gadis itu bungkam seketika. Kerna dia sebetulnya berharap aku merayu dengan penuh emosi. Berharap aku seperti mangsa lainnya akan merasai kecewa yang terlalu dalam sehingga tidak mampu angkat lagi dari katil. Dia tersentuh namun hanya untuk sesaat, saat-saat seterusnya dia kembali kepada prinsip. Lelaki harus di ajar. Dia hanya senyum melihat aku berlalu di situ dan berkata di dalam hati. aku ini adalah lelaki yang hanya pandai berkata-kata. Dia tidak berubah mungkin sabab aku tidak memilih untuk menjadi hero dalam novel ini. Silap aku juga. hehehe.

Untuk cerita selanjutnya tentang gadis itu, aku tidak tahu. Kerna babak aku udah tamat. Dan seprti aku bilang, aku ini bukan watak utama dalam novel. Aku lebih kepada watak pembantu. Tapi aku suka berfikir untuk menajdi watak itu kerna keiklasan hatinya. Aku berharap mampu seperti jejaka yang aku bayangkan tadi.

Namun jika di lihat pada realitis, aku tidak sebegitu kerna aku kira aku ini tidak semulia jejaka itu. Mungkin dari segi cinta aku ikhlas dan setanding cinta si jejaka . Tapi hal lain aku kotor dan aku kira, jika si gadis udah menyerah diri dia pada aku, aku terima aja dengan celana terbuka.hehehe. Lantas, para gadis harus waspada dengan cerita ini. Kerna ini hanyalah impian aku dan bukan realitasnya aku. hehehe.

Yang lagi tepat ini adalah, 90% realitasnya laki-laki adalah begitu. Kecuali lelaki yang punyai iman yang kukuh ngak goyang. Cari lelaki yang beriman tapi jangan sekali-kali punyai hati untuk menguji mereka. Mereka juga manusia dan kita juga manusia. Hanya Allah yang berhak untuk menguji hambaNya.

Sekian untuk pagi ini. Tiada pengajaran di sini jadi ngak usah terlalu serius.hehehe

4 comments:

Anonymous said...

ok... aku janji aku tidak serius pagi ini. apa yg kau tulis, aku anggap ini adalah cerita dari mimpi kau malam kelmarin. full stop!

-ris-

MDM FARAH FAIZURA said...

ini bukan mimpi aku

ini impian aku

...

kiranya aku harap..

kamu dapat membezakan yang mana mimpi yang mana impian

Anonymous said...

berusaha untuk impianmu jadi kenyataaan dong....

Fara said...

best giler! sy suka baca novel cinta, tapi never come across ngan plot yg mcm awak impi kan tu ... cayalah babe sebab mcm real jek awk memperkatakan kejujuran awk tu.

:-)