kaki kiri aku cemburu
kepada kaki kanan
kerna dia bilang
untuk setiap waktu
aku
mendahulukan kaki kanan
juga sama
kaki kanan cemburu
cemburu pada kaki kiri aku
kerna dia bilang
aku memanjakan kaki kiri aku
untuk apa-apa
perkara aku sentiasa aja
menyuruh di dahulu
hingga untuk merasa tanah itu
keras atau lembut
aku akan menurunkan dia dahulu
aku lalu senyum
kerna biar sahaja
kaki aku sentiasa aja bersilang
namun mereka ngak pernah
komunikasi
Lantas..
aku kira mereka betul
kerna perkara itu tidak pernah
aku jelaskan..
tapi hidup tetap jalan terus,
aku sekarang menyilangkan mereka,
memberitahu kenapa itu dan kenapa ini.
aku kira manusia juga begitu
biar sentiasa aja berpimpin tangan,
bersilang malah berpeluk
mereka ngak pernah punyai hati
yang tulus
sentiasa aja seperti kaki
cemburu
tanpa tahu
sebab atas perkara itu
aku fikir aku juga begitu
sentiasa cemburu
cemburu dengan kalian
aku kira biar aku titk dulu disini
hurmm.
aku pening untuk petang ini
2 comments:
kau ini terlalu acapkali pening kepala. otak kau aku cadangkan utk satu sessi brain scanning...
dalam hidup, ada malaikat dan syaitannya, ada hitam dan putihnya, begitu juga dengan kaki kiri dan kaki kanan kita.
cuma pada aku, antara kedua-duanya, kita masih ada otak. otaklah yg menentukan apa langkah seterusnya.
itu sebabnya, otak kau perlu buat scanning tu... aku tak boleh bayangkan kalau kaki kanan kau ingin ke kiri sementara kaki kiri pula berminat melangkah ke kanan!
-ris-
iye2..
lagi sekali aku setuju
hehehe
Post a Comment