Thursday, June 22, 2006

cinta tidak diciptakan untuk bulan juga bintang

Tadi, ketika senja udah hilang. Kemudin hujan pula mulai rintik. Aku duduk dengan seorang teman, seorang perempuan. Duduk minum sambil dialog di satu anjung. Aku suka mendengarkan segala sesuatu yang lepas dari mulut dia. Disamping itu aku curi-curi menikmati keindahan wajah yang di punya. Putih,halus juga punyai bibir mungil yang mendebarkan.

Dia bicara mengenai diri dia, seorang perempuan yang punyai segala. Rupa , intelek juga miteri, dia bukan reka-reka kerna aku akui dia cantik, kaya juga pinter. Namun juga punyai kisah yang aku kira bernada pilu. Segalanya berkisar mengenai lelaki yang dia kasih . Tapi dia mengira kasih dia dibalas dengan cara yang ngak sewajarnya.

Aku akui itu. Lelaki itu tidak selingkuh (curang), malah tidak juga pernah ada ura-ura untuk itu. Tapi, hanya setakat itu aku bisa bicara. Untuk menghormati dia, cerita selanjutnya biar rahsia aku dengan dia, kerna dia udah pun dengan tega meninggalkan lelaki itu. Jadi akan timbul persoalan, apa sih yang aku mau khabar kan.

Aku mau khabarkan rasa aku dan juga pengertian aku. Rasa aku sebagai lelaki bila mendengar kisah dia. Aku merasa simpati yang jauh. Aku juga malu, malu pada dia kerna dia udah mempunyai fikiran bahwa majoritas lelaki akan seperti itu. Bukan semua, tapi majoritas. Apa pun, aku tetap aja malu.

Tidak cukup itu, aku tadi mulai mengerti sesuatu tentang perempuan. Mungkin tidak seluruhnya, tapi setidak-tidaknya untuk dia, teman aku tadi.

Aku mulai sadar yang perempuan bila memberi cinta, dia tidak perlukan balasan yang banyak. Cukup sekadar jika lelaki itu menghargai dan juga menjaga dirinya dengan selayaknya. Mungkin bagi perempuan lain ini tidak cukup. Tapi aku peduli apa, kerna aku mau cerita tentang teman aku tadi. Malah aku fikir, diri dia sebetulnya menggambarkan jiwa sebahagian besar perempuan lain di mana pun di dunia.

Namun itu aja tidak cukup. Aku bertanya lagi di dalam hati aku. Menghargai yang bagaimana? Aku kira mungkin menghargai di sini bermaksud, jangan menyakiti hati dia, jangan menyinggung jiwa dia.

Terlalu umum barangkali. Kerna lelaki juga manusia pasti ada juga berbuat silap. Lantas, aku menggunakan perkataan 'munasabah'. Maksud aku, perempuan sebagai manusia yang berjiwa lembut, perlu kepada penghargaan untuk jiwanya itu tadi. Juga perlu pengertian, tapi itu bukan bermaksud perempuan mahukan sesuatu yang sempurna.

Perempuan juga masih bisa menerima juga bersabar dengan kelalaian lelaki. Tapi biar ia bernada munasabah. Tidak keterlaluan maksud aku. Tidak selalu. Kalo boleh jangan sekali. Namun seperti yang kita semua persetujui, kesempurnaan itu hanya milik tuhan. Kita manusia pasti ngak lari dari berbuat silap, tapi biar munasabah.

Aku kira ayat aku terlalu berputar-putar. Biarkan, kerna aku mahu kalian tahu yang aku terlalu menyangjung sesuatu yang bersikap munasabah. Baik perbuatan juga pengucapan. Tapi menyangjung aja tidak akan cukup. Lantas aku kembali melihat diri aku. Apakah aku ini bersikap munasabah?

Aku malu lagi. Kerna aku sendiri punyai sejarah yang kelam. Biar bukan mahu aku, tapi segalanya itu pasti akan di salahkan kepada aku. Kerna aku tidak pernah coba untuk memberi penjelasan untuk apa yang aku perbuat. Hurm..biar kisah aku itu titik aja di sini.

Aku bingung lagi. Jika aku sendiri ngak terlalu munasabah atas sikap aku. Buat apa aku teriak-teriak mengenai ini, aku harus punyai sesuatu yang aku perbuat untuk membenarkan teriak-teriak aku ini.

Aku kaku, kemudian dengan wajah tanpa senyum, aku memberitahu hati aku. Benar, aku sendiri tidak munasabah, tapi aku mencuba untuk itu. Biar aku gagal, tapi perempuan juga tahu malah lagi mudah terharu jika lelaki itu sekurang-kurangnya mencuba. Aku kira aku menang kembali.

Fikir aku mulai terlerai. Mujur untuk waktu ini. Aku perkirakan ayat aku seharusnya begini:

'lelaki harus mencuba untuk berlaku munasabah atas segala perbuatan mereka sebagai balasan terhadap kasih yang di beri oleh perempuan'

Lelaki itu mungkin tidak kaya, tapi dia harus mencuba untuk mampu untuk menyara hidup perempuan. Dia mungkin pendiam, tapi dia harus mencuba untuk bersuara dalam hati perempuan. Dia juga mungkin tidak romantis, tapi dia harus mencuba untuk memberi manis kepada jiwa perempuan.


Ini sekadar pendapat aku. Aku kira ini bukan sesuatu yang boleh terlau diambil serius, tapi bukan juga sesuatu yang boleh di ambil mudah. Letak aja pendapat aku ini di tengah-tengah.

Untuk teman aku tadi. Aku kira kamu perempuan yang jujur dengan diri kamu. Kamu udah melakukan yang terbaik dan aku kira kamu berhak mendapat yang terbaik. Aku tidak fikir terbaik itu mungkin dari aku, kerna aku seperti biasanya, hanya suka bersenang-senang dengan jiwa aku. Aku sentiasa doakan kamu. Lupa, terima kasih atas hadiah kamu, atas layanan kamu, atas belanja kamu juga pujian kamu yang lucu. Kamu bilang aku punyai alis mata yang lentik kata kamu, cantik.hahaha.

Untuk manusia lainya, perempuan mahu pun lelaki. Cinta diciptakan hanya untuk kita. Harusnya kita bersyukur dan sentiasa aja saling menghargai cinta itu. Jangan lelaki melihat wanita sebagai satu yang bisa di permudah, wanita juga begitu. Puja cinta itu, jangan biar ia hilang dan diciptakan kemabali untuk yang lain. Kerna jika cinta juga di ciptakan untuk bulan dan bintang, pasti kita tidak akan lagi mampu menikmati indahnya malam. Kita hanya akan tahu cemburu dan menyesal kerna membiar cinta itu terlepas kelangit.

ketemu lagi dari aku masih masih belum mandi.hehehe

4 comments:

1 said...

ngak cupup indo sih. aku nungguan juga kalau ada catatan yang bergegar seperti di yogja.

MDM FARAH FAIZURA said...

tunngu aja hati aku ingin bicara mengenai yogja

sehingga itu

terima apa aja apa yang kamu

dapat

kerna seperti yang aku bilang

kamu dan aku tidak akan pernah rugi apap pun



eheheh

Anonymous said...

at last! someone who got it! ;)

Anonymous said...

'Lelaki itu mungkin tidak kaya, tapi dia harus mencuba untuk mampu untuk menyara hidup perempuan. Dia mungkin pendiam, tapi dia harus mencuba untuk bersuara dalam hati perempuan. Dia juga mungkin tidak romantis, tapi dia harus mencuba untuk memberi manis kepada jiwa perempuan."

adakah ini datang dari kau atau dari pembacaan kau? tapi yg menariknya, aku rasa kata-kata ini akan aku buatkan sebagai pedoman utk masa akan datang.

ehmm.. majoritasnya memang begitu, lelaki tidak semuanya boleh membaca keinginan wanita, cuma wanita yang selalunya terpaksa untuk mengenepikan keinginan mereka untuk mendekati seorang lelaki.

itu sebabnya majoritas (aku ulangi.. majoritas) lelaki itu EGOIS.

-ris-