Tidak banyak perkara sebenarnya yang bisa membuat hati aku menjadi rusuh. Walaupun tidak banyak aku kira, tapi bila aku cuba membilang, rasanya ngak terbilang. Maknanya, ayat pertama aku tadi hanya untuk melindungi diri aku. Bukan sesutu yang bersifat jujur. Aku memang jarang untuk jujur 100%. Hanya mereka yang merasakan meraka penggemar muzik punk rock atau penggemar buku-buku politik barat yang merasakn diri mereka jujur. Tapi tidak aku, aku hanya penggemar muzik cinta, juga pembaca komik juga penulis yang gemarkan topik-topik cinta dan air mata.hehehe.
Kembali kepada persoalan pertama aku tadi mengenai hati rusuh. Aku dengan ini memberitahu kalian, hati aku amat rusuh apabila aku bersua dengan anjing. Tidak kira anjing itu hitam atau putih ia tetap membuat aku takut (aku mengambil inspirasi kata-kata Mao Zedong-tidak kira kucing itu hitam atau putih, ia tetap untuk menangkap tikus)
Mengapa aku takut anjing. Pertama kalinya kerna sejak aku mulai faham kata-kata nasihat, aku telah di ajarkan bahawa anjing itu haram. Haram untuk menyentuhnnya. Juga yang paling memberi impak sebenarnya ialah apabila aku berkunjung kerumah kakek aku di kampung.
Cerita mengenai rumah kakek aku di kampung, ia amat jauh. Jauh dari jiran-jiran . Kerna kakek aku membina rumahnya di kebunnya yang luas. Atas sebab untuk melindungi rumah juga kawasan kebun yang luas maka dia membela anjing. Ia perkara yang harus.
Berkenaan anjing pula, aku bisa terangkan ia mempunyai nama yang comel. Boby. Ia sempena nama filem hindustan Boby. Dan apabila ia di panggil Boby ia akan datang kepada kita dengan menunduk. lupa, Kita yang aku maksudkan ialah ahli keluarga kami sahaja. untuk orang luar, mudah bagi Boby memperlihatkan giginya yang aku kira cukup ngeri.
Aku pada waktu itu rasanya berumur 4 tahun. Dan pasti akal aku paling tinggi pun hanya akal kanak-kanak umur 5 tahun. Jadi apa yang boleh di harapkan dengan akal sebegitu mentah. Aku rasa itu agak malang bagi aku. Kerna sekiranya sekarang aku masih berpeluang menemui Boby pasti aku membetulkan silap aku dahulu.hehe.
Silap yang gimana? Aku punya fikiran Boby itu bahaya bagi aku. Aku kira dia mahu mengigit aku. Walaupun ibu aku dengan kakek aku puas menerangkan Boby hanya mau bermain-main dengan aku. Silap aku yang kedua ialah, aku kira memegang anjing adalah haram dan perlu kepada basuhan air suci. Betul, tapi jika tangan kita kering, juga bulu anjing itu kering, maka tidak menjadi sesuatu yang perlu kepada basuhan air suci. Ini dulu adalah sesuatu yang tidak aku faham.
Tapi aku tidak akan cerita dulu kisah ngeri aku dengan Boby. Kerna aku masih punyai cerita yang indah dengan Boby. Boby juga punyai syahwat. Lantas atas itu, maka lahirlah keturunan Boby yang comel. aku kira ada 3 ekor. Aku dan sepupu aku pada waktu itu,cuba membuat rumah untuk anak-anak anjing itu. Kerna ia terlalu comel. namun aku masih tidak mengengdong, aku fikir ia haram. Ia begitu asyik sehinggalah senja dan aku di panggil untuk pulang untuk mandi telangjang.
Setiap sesuatu yang bermula pasti ada akhirnya. Dan kunjungan aku ke rumah kakek juga sama. Esoknya aku dengan ibu aku berjalan mau pulang. Dan seperti biasa Boby kerna nalurinya memberitahu aku ini cucu kesayangan kakek. Lantas dia mahu mengajak aku bermain. Aku seperti yang aku beritahu awalnya, aku kira dia mau mengigit aku, lantas aku berlari terus jauh. Aku kira waktu itu aku cukup laju. Dan Boby mengejar aku dari belakang. Aku bukan aja berlari malah turut menangis. Mujur ada parit di hadapan aku...dan punyai titi kecil. aku bisa menyeberang titi itu, tapi tidak Boby. kerna dia anjing.
Setelah untuk sekian lama, baru aku terfikir, jika betul niat Boby untuk menyerang aku, pasti aku udah mati. Walau pun aku kira waktu itu berlari pantas, tapi Boby sebenarnya mampu lagi pantas dari aku dan terus menerkam aku dan menyiat-nyiat daging aku yang lembut. namun Boby tidak begitu.
Aku rasa agak kesal kerna aku tidak mau percaya cakap ibu aku yang Boby hanya mau main-main dengan aku. lantas kalo sekarang Boby masih hidup pasti aku akan bermian lempar bola atau lempar cakera sama dia. Atau aku akan mengajak Boby mengikuti aku pergi berburu dengan meminjam senapang kakek. Namun Boby udah tiada, anjing yang begitu setia mati kerna mempertahankan apa yang dia percaya, mempertahankan rumah kakek dari pencuri-pencuri.
Apa yang aku bisa simpulkan disini ialah, aku takut anjing kerna pengalaman waktu kecil aku yang menakutkan dengan anjing. Dan walaupun sekarang aku bisa berfikir secara rasional, namun ada perkara yang tidak terus bisa di sambungkan dengan fikiran rasional aku. Ia disambungkan terus dengan pengalamn aku sewaktu kecil. Aku rasa psikiatri tidak akan membantu, itu hanya penipuan. Aku juga salah mengenai soal haram.
Jadi aku fikir aku mau mengajarkan anak aku supaya tidak takut dengan anjing. baik anjing itu anjing yang benar-benar anjing atau, manusia yang mengira dia itu anjing. Sama aja. Cuman anjing yang benar-benar anjing itu lagi bagus kerna ia akan mati untuk sesuatu yang dia percaya, seperti Boby. sampai sini dulu
Aku pening, pening, pening.
3 comments:
aku masih kurang faham.. signifikan anjing dan jalan hidup engkau...
x perlu faham..
pasal aku sendira aku bilang aku pening..
itu point utama
aku pening
hehehe
sesuatu yg tidak pernah aku baca sebelum ini. cerita ttg boby, si anjing yg setia pd keluarga tuannya dan dengan kau, budak kecil yg baru mengenali ttg hidup.
aku rasa aku faham yg kau ceritakan. ttg manusia yg perlu melihat manusia/haiwan dari sudut yg berlainan. kdg-kdg manusia boleh menjadi binatang, dan kdg2 binatang itu lebih bersifat kemanusiaan. yg mana kesetiaan dan keakraban itu sepatutnya sifat2 manusia terpuji.
-ris-
Post a Comment