Tuesday, June 27, 2006

Aku pengguna barangan wanita...hehehe

Ketika aku duduk di kerusi. Aku merasa kantuk yang amat. Aku lalu menggeliat, mengangkat kedua tangan aku ke atas. Kepala aku arah ke kiri , lantas hidung aku bertemu keti (ketiak). Aku menghidu ada bau yang kurang enak. Aku kira bau itu bau keti aku yang asli. Biar ada penyelidikan yang mengatakan bau keti lelaki adalah ubat stress yang paling ampuh bagi wanita selain dari ciuman. Dan ia adalah sesuatu yang seksi, di kira sebagai tarikan seks.

Tapi aku tetap tidak selesa biar aku percaya dengan fakta itu kerna aku pernah mengujinya. hehhehe. Aku lupa aku udah kehabisan deodorant. Dan aku harus beli yang baru. Jika bercerita mengenai beli deodprant yang baru, perkara pertama yang aku fikir ialah sesuatu yang murah.

Aku akan mencari harga yang paling murah, tapi itu bukan syarat utama. Syarat utama ialah, ia mestilah deodorant wanita. Aku sepatutnya khusus kepada deodorant laki-laki, kerna laki-laki mengikut kajian akan berpeluh 50% lebih dari wanita. Tapi aku kira, aku tidak berpeluh sebanyak itu, juga aku hanya duduk-duduk aja. Sifar peluh.

Aku memilih deodorant wanita kerna aku punyai muslihat. Muslihat aku kembali kepada faktor kos. Umum mengetahui bahawa, deodorant wanita itu harum dan punyai bau yang kuat lagi tajam. Jadi apabila aku mengguna deodorant wanita, aku ngak perlu lagi kepada perfume. Kerna aku udah wangi. Cukup hanya itu, aku juga udah mengrangkan kos aku untuk membeli perfume yang belum tentu bisa memikat wanita. hehhe

Ini cara aku dan aku kira ia muslihat yang bagus. Sekurang-kurangnya untuk orang sederhana seperti aku. Ini aja dulu tips untuk waktu ini. hehehe. Lupa ia hanya berhasil jika kamu tidak punyai bulu keti seperti aku. Jadi jangan lupa cukur bulu keti kalian, atau cabut aja. hehe

5 comments:

Anonymous said...

u r starting to sound 'metrosexual'.. eiii.. tapi kalau utk kebaikkan sejagat, takpe! ;)

Anonymous said...

oooo aku cungkil 1 perkara.. benarkah perfume digunakan untuk memikat para gadis???..

hmmm blom tntu biasa sih...
cuma pokoknya, mana2 keti tidak seharusnya berbau hangit.. itu aja. ;)

Anonymous said...

aduh mas, gue tak suka bau deodoran. aku suka bau keringat laki-laki, dong, baru naik nafsuku

Anonymous said...

aku rasa mulai skg aku tak perlu buang duit beli perfume utk menutup bau hangit ketiakku..

rupanya bau yg menyakitkan hidungku ini, menaikkan nafsu perempuan!

-ris-

Anonymous said...

to ris..

khabarkan pada kami siapa wanita bertuah itu nanti... he he