Wednesday, October 31, 2007

bumi mana yang tidak ditimpa hujan.

Tajuk di atas langsung tidaka ada kena mengena. Cuma aku mikirin. Sekarang musim hujan. Itu aja. Hihihi

Owh. Aku terima soalan ini melalaui e-mel. Entah siapa menghantarnya. (Ini hanya imaginasi. Ngak ada orang menghantar e-mel bertanyakan soalan kepada aku. Hahaha)

Katanya, dia punyai masalah. Dulu dia punyai peluang dan sekarang kerna silapnya, peluang itu hilang. Masalahnya dia mahu tahu bagaiaman untuk meraih peluang itu kembali.

Aku sedikit pening kerna dia tidak menyatakan peluang apa. Sehingga aku membaca baris akhir e-mel itu, ada tertulis, 'sang pencinta duka'. Hahaha. Ok, makanya hal ini berkenaan cinta. Kiranya, dia mahu merebut kembali peluang bagi bercinta.

Sekarang aku bertambah pening, kerna aku tidak pernah melalui situasi begini. Biasanya aku hanya melalaui situasi, 'tidak pernah punyai peluang' :-P. Owh. jadi bagi menjawab soalan e-mel itu pasti sekali tidak mungkin.

Namun aku tetap menulis jawpaannya. :-P. Lihat kembali masa lalu. Tanya diri. Bagaimana peluang tu hadir? Apa mungkin keadaan itu bisa berulang? Bagaimana pula peluang itu bisa hilang. Apa mungkin keadaan itu bisa kembali. Jika semua jawapannya YA. Lupakan aja pelaung itu. Itu bukan peluang dan ngak usah direbut. Kerna akhirnya kamu tetap begitu, tetap berada pada situsi sekarang. Cari aja pencinta lain yang mahu mengerti dan mahu memberi waktu bagi memahami betapa unik dan indahnya perwatakkan kamu.



Ok. Cukup untuk imaginasi malam ini. :-)

Friday, October 26, 2007

salahkah jika aku mahu bermimpi?

'Tidak perlu mencari cinta, jika anda mempunyai kulit yang putih, kerna cinta akan mencari anda'. Itu antara kata-kata yang aku peroleh dari iklan produk pemutih kulit di siaran televisyen Indonesia. Iklan itu tidak lagi sembunyi-sembunyi dalam mesejnya. Ia begitu berterus terang. Memang perlu diakui manusia di Asia terutamanya wanita, kepingin kulit yang putih hanya kerna sebab itu. Mahu dicintai dan mahu mencintai. Aneh bunyinya. Tapi itu hakikat.

Selain menonton siaran televisiyen Indonesia, aku juga menonton siaran televisyen kerajaan Malaysia (yeah). RTM- TV1. Ada satu cerita yang menarik perhatian aku. Filem orang Inggeris. Cerita seorang ibu yang khuatir melihat anak perempuannya, seorang gadis cantik yang masih belum lagi punyai teman hidup. Lantas atas keprihatianan si ibu, dia memasuki laman web mencari jodoh dan mendaftarkan anaknya itu. Hasilnya, seorang lelaki budiman yang kacak menghantar mesej peribadi dan mereka mula berbalas-balas mesej peribadi. Sehingga pada suatu saat, si lelaki budiman itu mahu berjumpa dengan wanita itu. Masalahnya, yang berbalas-balas mesej dengan lelaki budiman itu bukan sang anak tetapi si ibu.

Sang anak membantah tindakan ibunya. Tetapi lelaki budiman sudah menunggu di depan pintu. Ternyata lelaki budiman itu terlalu kacak untuk di tolak. Lantas sang anak setuju. Malah teruja. Cuma konflik yang mula timbul, si lelaki budiman tadi merasakan dia lebih dekat kepada ibu sang gadis lebih daripada gadis itu sendiri. Terjadi cinta yang entah aku sendiri tidak bisa menafsir. Cinta tiga segi? Si gadis jatuh cinta pada si lelaki budiman, tetapi si lelaki budiman jatuh cinta pada ibu si gadis dan ibu si gadis hanya mahu melihat anaknya bahagia. Untuk pengetahuan semua, ibu si gadis itu adalah seorang janda yang cantik. :-p

Dalam hidup pula, aku mempunyai seorang teman yang cantik yang bertanya “Salahkah aku jika aku mahu bermimpi?”

Soalannya terlalu abstrak, rumit untuk otak tidak genius aku ini bagi mentafsirnya. Lantas aku bertanya lagi, “Mahu bermimpi yang bagaimana?”

“Bermimpi memiliki lelaki yang aku suka?” katanya lembut Dalam hati aku berkira-kira, semoga lelaki itu aku. Dalam pada masa yang sama muncul bayangan isteri aku di sebelah aku menyingsing lengan baju. Terus aku berishtifar dan menyebut nama isteriku tiga kali :-P

“Mengapa perlu bermimpi?” tanyaku lagi sambil tunduk. Kerna adalah elok tidak memandang sesuatu yang cantik buat masa itu. :-P

“Kerana aku sudah berbuat silap sehingga dia yang sudah di tangan, kembali menjauh. Lantas aku hanya bisa bermimpi,” jawabnya lagi. Seolah putus harapan. Seolah mengubat lukanya sendiri.

“Silap yang bagaimana?” tanyaku lagi. Aku hanya mampu bertanya kerna aku sudah bilang, otak aku ini tidak genius.

“Aku terlalu mendesak dia menerima dan memilih aku dalam hidupnya. Terlalu mendesak dia mengucapkan kata-kata itu. Sehingga dia merasa aku ini tidak memberi pilihan kepada dia untuk berfikir. Tidak memberi ruang untuk dia bernafas, aku terlalu mendesak,” jawabnya lagi. Tetapi aneh, wajahnya tetap ceria. Ternyata dia bisa menyembunyi luka.

Aku mahu bertanya lagi, tiba-tiba aku teringat iklan petronas, “burung apa bah?...burung murai nak,” Aku ini seperti budak kecil itu. Ekeke. Asyik bertanya. Lantas aku malu mahu bertanya.

Melihat aku diam dia kembali menyambung, “Berapa harga yang aku perlu bayar bagi mendapatkan cinta dia?”

Wah. Aku jadi takut. Kerna apabila wanita mula bertanya berkenaan harga cinta, sang lelaki bisa meletak berapa sahaja yang mereka mahu dan biasanya mereka akan meminta yang priceless. Kemudian aku bertanya hatiku, mengapa aku perlu takut dan kemudian menjadi seolah lelaki yang baik. Hatiku menjawab, kerna blog aku ini dibaca oleh isteriku, jadi jika mahu menulis cerita pastikan aku ini watak yang baik :-p (Lupa memberitahu, ini hanya cerita rekaan. Semua kisah teman-teman cantik yang aku tuliskan di blog ini hanya ada dalam imaginasi aku. Cuma cerita berkenaan isteri aku sahaja yang benar. Ampun semua :-P)

Ok kembali bercerita. Dalam keadaan yang sebegitu aku pun menceritakan berkenaan iklan Indonesia dan filem Inggeris yang aku tonton itu. Teman cantik aku ini, khusyuk mendengar. Kemudian dia bertanya pula,

“Apa kaitan dua kisah itu dengan kisah aku?”

Aku buat pertama kali berani mengangkat muka dan melihat wajahnya yang cantik. Kemudian berkata, “Kisah kamu semua sama. Kisah berkenaan manusia yang mahu bermimpi berkenaan cinta. Cuma cara ia dipersembahkan berbeda. Aku tidak dapat bayangkan jika kamu terpaksa membeli produk pemutih itu hanya untuk cinta dan sudahnya si pembeli hanya mampu bermimpi. Ini kerna kamu udah sedia cantik. Aku juga tidak dapat membayangkan kamu dalam situasi si anak gadis yang mencintai lelaki yang mencintai ibunya. Yang akhirnya si gadis hanya mampu bermimpi. Kamu tidak perlu melalui situasi begitu untuk bermimpi. Kamu hanya diabaikan buat sementara ini kerana kamu tidak memberi ruang kepada dia. Itu sahaja. Lelaki terutamanya yang suka memakai jeans, t shirt dan kasut kain adalah jenis lelaki yang bebas Jadi bagaimana jika kamu berkata 'Maaf' sahaja kepada dia. Dan kemudian kamu terus sahaja jalani hidup kamu ini. Jangan tanyakan harga cinta kamu kepada dia. Kerna cinta kamu itu tidak ternilai. Jangan berterusan menyalahkan diri kamu kerna kamu tetap perlu hidup. Biar hidup ini tidak indah di hati kamu, tetapi kehadiran kamu itu tetap indah di hati para keluarga dan teman-teman kamu termasuk aku. Jika pun mimpi kamu itu tidak menjadi nyata, percayalah tuhan itu maha adil. Percayalah. Percaya pada keadilanNya pasti membuat kamu mampu tersenyum, kerna dahulu pun aku seperti kamu, aku hanya mahu bermimpi...”

Friday, October 05, 2007

buat dia tersenyum

Aku sering menemukan teman aku ini tersenyum sendiri dalam dua situasi. Ketika membaca sms dan ketika membaca blog. Senyumannya luar biasa. Seolah-olah senyuman seorang bayi yang di acah-acah oleh ibunya. Melihat senyuman dia itu aku jadi tersentuh, biar pun dia tidak tersenyum untuk aku tetapi ikhlasnya tetap terasa.

Pada suatu hari, ketika matahari sudah mahu berselimut, aku datang kepadanya dan bertanya.

"Aku mahu tahu rahsia kamu, boleh?"

Dia yang ketika itu sedang santai bersama segelas nescafe segera mengerut dahi. Dia menyeluruhi wajahku. Mungkn mencari tanda2, aku ini demam ataupun tidak.

"Aku mahu tahu mengapa kamu sentiasa sahaja tersenyum pada dua perkara ini, ketika membaca sms dan ketika membaca blog."

"Aku fikirkan kamu tadi sakit. Tiba-tiba bertanya rahsia. Senyum pada perkara yang kita suka bukan rahsia."

Aku menggaru kepala, dalam hatiku mengiyakan kata-kata dia. Kemudian aku bertanya lagi.

"Maksud kamu, kamu suka membaca sms dan blog daripada orang yang sama, orang yang kamu suka?"

Dia tidak menjawab. Dia kembali mengerut dahi.

"Kamu suka baca sms dia dan kamu baca baca blog dia, apa kamu suka dia ataupun kamu hanya suka tulisan dia?" tanyaku semakin mendalam.

"Hurm... Sulit untuk aku memberitahu bagaimana, tetapi aku cuba. Sebenarnya aku suka membaca blog dan sms dia kerana... dia yang menulis. Aku jadi seperti ternanti-nanti pula sms dia , tertunggu-tunggu pula blog dia. Aku mahu tahu, apa yang dia fikir, apa yang dia buat dan apa yang dia mahu katakan kepada aku. Untuk memenuhi rasa tadi, maka aku jadi sangat suka menerima smsnya dan sangat suka membaca blognya."

Aku mengusap daguku sambil terenyum. "Maksud kamu, kamu suka dia ya?...ehehe"

"Aku suka dia? Itu bukan persoalannya, persoalannya adalah mengapa aku suka dia?"

"Jadi mengapa?" Pantas aku bertanya.

"Kerana dia seperti kepingan puzzle yang sudah lama hilang daripada hati aku. Aku rasa dia ikhlas dalam bertanya khabar, dia ikhlas mahu menghiburkan hati aku. Rasa itu yang aku hilang selama ini. Rasa itu yang menyebabkan aku sentiasa menanti smsnya, menunggu update blognya. Tetapi aku mahu tegaskan, ia tidak di sengajakan. Ia tetiba sahaja rasa begitu dan aku fikir itu takdir."

"Takdir?"

"Takdir itu adalah sesuatu yang berlaku bukan hasil daripada keputusan yang kita buat. Ia berlaku di luar keputusan kita. Tetapi jika aku memutuskan awal-awal mahu menyukai dia kerana fizikalnya, itu bukan takdir, itu akibat."

Aku terdiam. Sejak bila dia bisa berfilisofi sebegini. Ekeke. Dia kemudian ikut diam sambil menghirup nescafenya. Dia juga terlihat lega, lega kerana dapat membasahkan tekaknya ataupun lega kerana sudah mengakui sesuatu. Sesuatu yang baru ujud dalam hatinya.

Wednesday, October 03, 2007

Ini cerita kita

Ini bukan cerita kecil. Ini cerita agung. Ini cerita tentang pertemuan kita, tentang perjalanan hidup kita. Biar ceritanya tidak berombak gelora yang bisa menggoncang kapal dunia, tetapi perciknya tetap membasahi layar kehidupan.

Aku ingat lagi pertama kali kita bertemu. Di satu penjuru alam yang indah. Kamu bersama teman-temanmu, berjalan seiring , bergembira. Sedang aku duduk sendiri memerhati langit, merenung hari esokku. Saat kamu lintas di depanku, kamu malu-malu sambil tertunduk. Cuba menghindar daripada pandangan aku. Kamu tahu, waktu itu aku juga begitu. Tunduk malu dan cuba menghindar dari jelingan kamu.

Kamu tahu lagi, aku merasa aneh kerana buat pertama kalinya aku merasa malu berhadapan dengan lawan jantinaku. Jargon aku hilang. Ada rasa yang terbit dihati. Umpama terbitnya fajar pagi di ufuk sana. Perlahan, tapi pasti. Aneh, tapi itu yang berlaku.

Ini bukan cerita main-main. Kamu tahu, selepas itu, aku sentiasa duduk di situ, saban hari menanti kamu. Bukan sekadar menanti kosong, aku menanti dengan penuh harapan. Aku kirimkan warkah hatiku lewat teman-temanmu. Aku titipkan salamku pada warkah itu, berdakwat rindu, bermadah syahdu. Jika waktu itu, kamu bisa mengerti betapa tingginya bintang dilangit hitam, pasti kamu mengerti betapa tingginya harapan aku kepada kamu.

Ini cerita yang penuh warna. Aku kira kamu mengerti harapan aku. Di saat bintang dilangit itu semakin kelam dilindung awan penolakkan, kamu segera muncul menyapu awan itu. Bintangku kembali bersinar.

Kamu tahu? Betapa gembiranya aku apabila melihat kamu lintas di hadapanku seorang diri dan berhenti di situ sendiri. Sambil tunduk kamu tersenyum. Kamu hulurkan warkahku bersama sekuntum mawar putih tanda setuju, setuju jadi jejak-jejakku di pasir cinta. Setuju jadi bayangku dibawah lembayung setia.

Ini cerita rindu. Kamu tahu? Saat yang aku sungguh merasa bahagia, bukan saat ketika terlukisnya pelangi, bukan juga ketika berkembangnya kelopak mawar tetapi adalah ketika kamu di sisiku dan berbisik rindu. Hari-hari kita adalah hari-hari cinta. Aku berdoa agar kita terus begini, berjalan di tengah terik hari cinta, tidur pada dingin malam cinta dan bangun untuk sekali lagi menemui hari cinta.

Kamu tahu... apa yang aku fikir ketika ayahmu menjemput aku ke istana indahmu. Aku hanya fikir, hari penyatuan kita. Hari dimana langit dengan bumi tersenyum dan berpelukan melihat kita duduk dipelamin.

Ini cerita hitam kita. Cerita tentang sukarnya cinta kita. Kamu tahu, betapa gelapnya duniaku, di saat ayahmu memberitahu, kamu tidak akan mungkin bersama aku. Sekiranya kamu mengerti, betapa gelapnya dunia di saat mata terpejam, pasti kamu bisa mengerti itu. Aku kira, tidak cukup dengan gelapnya dunia aku, ayahmu terus meruntuhkannya dengan memberitahu, kamu sudah dicarikannya pasangan yang sekufu. Umpama keris yang bersarung perak dan emas hulunya.

Ini cerita duka. Aku bisa mengerti hasrat ayahmu. Siapalah aku untuk membahagiakan kamu yang umpama mawar di pasu emas. Aku ini ibarat ibarat tanah hitam yang terbuang, yang tidak mungkin menjadi tanah baja di pasu emas. Aku tidak bisa menumbuhkanmu dengan subur, malah mungkin menghilangkan seri kelopakmu, mungkin memudarkan warna indahmu. Aku mengerti itu.

Ini cerita pengorbanan. Cerita akhir cinta kita. Kamu tahu? Aku tidak bisa mengerti di saat air matamu jatuh membasahi dadaku. Kamu rela pergi bersamaku. Menjadi tanah hitam yang terbuang. Kamu beritahu, tuhan tidak pernah membeda-bedakan hambanya. Semuanya sama di sisi Dia. Hanya amalan sahaja jadi pengukur.

Kamu lupa, Itu Tuhan. Dia maha penyayang, Dia maha pengampun. Namun kamu lupa, keluargamu bukan tuhan, mereka sudah habiskan kasih sayang mereka kepada kamu. Sudah habiskan segalanya hanya untuk kamu. Tidak ada lagi kasih sayang yang tersisa untuk aku. Umpama pelita yang sudah kering minyaknya dan aku tidak mungkin dapat terang cahayanya.

Maaf, aku bukan pengecut untuk lari dari cabaran ini. Langit mana yang terus hitam bila ribut berlalu. Pasti ia biru kembali. Begitu juga aku. Aku tidak akan hitam hanya kerna arahan ayahmu, tetapi aku sedar, berlalunya aku, awan yang hitam ini, pasti menerbitkan pelangi di hari kamu. Kebahagian kamu itu lebih utama dari kebahgian aku. Aku tidak mahu kamu hilang saudara, hilang segala dan terbuang. Tidak mahu kamu hilang pelita. Tetap kamu di situ, di langit itu. Biarkan aku jatuh terhempas ke bumi sendiri, usah khuatir, luka ku akan sembuh kerna waktu akan merawatnya, atau aku biar malaikat maut yang mencabutnya . Selamat tinggal. Ini cerita agung. Ini cerita kita


Cerita monyet dengan kucing yang jiwang . :-P

Saturday, September 29, 2007

Bagaimana Bugis Menjadi Lanun




Ketika saya disekolah rendah, saya sering diberitahu oleh cikgu, Bugis itu Lanun. Kawan2 juga memberitahu begitu. Cuma cikgu mengalas kritikan itu dengan mengatakan Bugis bangsa pelyaran yang bijak.

Tiba di sekolah menengah itu juga yang saya dengar. Saya waktu itu sebetulnya cukup hairan, bagaimana label 'lanun' itu melekat pada bangsa Bugis. Saya cuba mencari faktanya dan terjumpa hanya satu ayat di dalam buku teks sejarah, satu ayat yang mengatakan lanun Bugis aktif di sekitar Johor. Lanun2 daripada bangsa lain juga aktif, tetapi mengapa Bugis juga yang terus di label lanun.

Keadaan keliru itu terus aja berlangsung lama. Saya keliru kerna saya ini Bugis. :-p. Pasti sesuatu yang berkaitan bangsa kita itu akan sedikit mencubit rasa ingin tahu, mengapa? Mujur saya menjumpai salasilah keturunan saya yang panjangnya satu setengah meter. Selepas mengkaji sehingga kelapisan 13, datuk saya. Tidak ada tanda-tanda yang mengarah kepada aktiviti perlanunan. Semuanya terlihat berkecuali. :-p. Saya merasa sedikit lega. hehehe

Namun persoalan tu tetap berlegar sehinga saya membaca novel 'Si Bongkok Tanjung Puteri'. Novel ini dilabel sebagai novel sejarah. Biarpun ada pertikaian berkenaan kewujudan si Bongkok. Saya difahmakan kubur si Bongkok ini benar2 wujud. Malah penulis buku ini sudah pergi menziarahinya.

Pada mula cerita, penulis bagi saya berjaya membawa saya kembali ke zaman si bongkok. Secara peribadi, saya cukup gemar dengan ayat 'pohon-pohon kelapa yang mencuar tinggi...." Mengapa? Saya sendiri tidak pasti. Tetapi ia memberi saya rasa mudah untuk menghayati dan menghidupkan suasana itu di minda saya. Mungkin sebab saya suka minum air kelapa :-P.

Selepas itu cerita mula bergerak dalam kadar yang saya selesa. Tidak terlalu laju dan tidak pula perlahan. Sederhana. Ayat-ayatnya mudah biarpun pada mulanya saya menjangkakan ia sebuah novel yang sarat dengan bahasa berbunga sastera. bunga sasteranya tetap ada, cuma tdak merimbun. Ini mungkin kerna, saya difahamkan penulis pernah diminta menulis skrip drama bagi kisah 'si bongkok tanjung Puteri' jadi saya fikir novel ini olahan terus daripada skrip itu. Dialog dalam novel ini merangkumi 70% keseluruhan novel. Namun itu yang membuat novel ini lebih hidup, bagi saya sekurang-kurangnya. :)

Kisahnya, kisah klasik, berkenaan seorang anak bangsa yang yang tidak mahu tanah airnya di jajah. Biarpun dia tidak sempurna kerana dia bongkok dan terus digelar Si Bongkok, tetapi Si Bongkok mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Si Bongkok bersama adiknya Puteh berusaha membantu Sultan Ali dalam menuntut tahktanya daripada Temenggung (Pemerintah yang di sokong Inggeris). Dalam usahanya itu, beliau perlu menghadapi dua rintangan utama iaitu penjajah Inggeris dan Temenggung sendiri. Temenggung membariskan pendekar-pendekar yang handal bagi membantunya mengekalkan kuasa di samping mendapat bantuan penjajah. Dalam pada masa yang sama dia bersama rakan-rakannya juga cuba menjejaki lawannya yang ketiga, iaitu lanun yang membunuh tok guru dan ibubapanya.

Bagi seorang pahlawan seperti si Bongkok, itu perkara enteng, sehingga pada satu hari, dia menghadapi lawannya yang keempat, lawan yang paling cuba dielakkan. Dan inilah sebenarnya lawan yang sulit untuk ditentang. Siapa lawan keempat Si Bongkok ini? Baca sendiri. :-p Bagaimana kesudahannya? Lagi sekali, Baca sendiri :-P. Baru enak. Hehehhe.

Apa yang saya tuliskan di atas hanya intipati utama yang ringkas, dalam novel ini juga ada di selitkan unsur-unsur telenovela seperti cinta yang tidak kalah romantikya, kekeluargaan yang menyentuh jiwa dan saspen yang timbul daripada kelicikan pihak musuh dalam merancana jerat.

Usai membaca buku ini, saya mengerti satu perkara berkenaan label lanun pada bangsa Bugis. Buku ini memberi saya satu pengalaman linguistik. Kerana, nama-nama seprti daeng Alik dan daeng patani terus berlegar-legar di otak. Ia terlalu 'menegas' dalam novel ini. Kontras kerana ia nama yang berbeza sekali daripada nama-nama yang pernah kita dengar. Sehingga personaliti mereka juga ujud dalam otak saya.

Jadi itu saya membuat kesimpulan, kerana nama itu kontras, maka ia mudah diingati. Bukan sahaja nama itu mudah diingati malah, peranan wataknya juga mudah dikenang2. Watak lanun, dan seterusnya bangsa Bugis itu terus dilabel lanun. Saya difahamkan, drama 'si bongkok tanjung Puteri' sudah di tayangkan di televsyen lama dahulu (Saya belum menonton dramanya dan ini agak malang) . Malah lagu 'Si Bongkok tanjung Puteri' juga amat terkenal. Melaluai hal itu, saya fikir imej lanun Bugis kemudian tertanam di minda kebnyakkan mereka yang menonton ataupun melalui cerita lisan. Kerana hanya sebab kecil tadi. Nama-nama itu memberi pengalaman linguistik yang sukar dilupakan. Ia menjawab persoalan saya bagaimana Bugis menjadi bangsa lanun. Tidak setuju dengan saya? Baca sendiri bagi merasainya . :-)

Ini blog penulisnya, beliau merupakan penulis yang tersohor. Siapa? Klik sendiri. Hehehe
BLOG

termenung pada pagi hari

Ketika aku duduk termenung, cuba melihat masa depan aku, aku terfikir suatu perkara.

Manusia seperti aku ini biasanya hanya menafsir nikmat itu adalah sesuatu yang bisa disentuh, dirasa, dilihat dan didengar. Aku lupa bahawa sejarah itu juga nikmat. Aku diberi sejarah. Itu nikmat. Nikmat yang perlu digunakan dengan cara melihat dan ambil teladan daripadanya.

Tidak mengambil teladan daripada sejarah adalah mpama tidak mensyukuri nikmat. Aku sering begitu. Tidak mahu ambil telada ataupun sering leka dan lupa.

Memikir hal itu aku mahu sambung termenung lagi.

Wednesday, September 26, 2007

kita tidak akan mampu

"Saya tahu perkara ini akan terjadi juga." Mendengarkan itu aku diam. Perlahan hati aku cuba mendekati isi bicaranya.

"Mengapa kamu bilang begitu?" tanyaku.

"Kerna dia punyai ciri2 wanita pilihan aku."

Aku akui sahabat aku ini kacak. Kemudian bersekolah di sekolah agama yang semuanya lelaki. Kerna semuanya lelaki, dia tidak pernah menerima surat cinta daripada wanita. Lagi pula perwatakkan yang warak itu pasti menimbul gerun di hati para wanita.

Sehingga ke universiti, dia masih begitu. Namun di sana, dia sudah jadi idola para wanita, namun tidak seorang pun yang berani cuba mendekati dia. Mungkin kerna kekacakan dia itu menimbulkan sangsi pada wanita. Apa dia masih belum berpunya.

Ataupun juga kerna kewarakkan dia menimbulkan rasa 'gerun' tadi. 'gerun' takut di tolak. Namun di sudut hatinya, melalui perbualannya, dia masih lagi manusia biasa. Juga mahukan cinta daripada wanita. Cuma kerna anggapan yang diberikan kepada dia, dia jadi serba salah. Takut nanti disorakan orang kerna bercinta. Takut juga di lekehkan segala perbuatannya. Pastinya juga takut kepada tuhan. Hingga dia langsung tiada keyakinan diri berkenaan hal itu.

Sehingga pada suatu hari, pada tahun akhir pengajian dia, seorang wanita berani meluahkan rasa hati dia kepada sahabat aku ini tadi. Sebagai lelaki yang tidak pernah menerima cinta dan sedang mencari, tanpa berfikir lagi, terus dia menerima cinta itu.

Seperti biasa hubungan masih dalam batas2nya, cuma kali ini dia lebih maklum perihal dirinya. Kekasihnya tadi memberitau segala kelebihan yang dia ada. Hingga wujud keyakianan pada dirinya.

Sehingga pada suatu hari dia memberitahu aku,

"Dia sering sms aku, bertanyakan khabarku. Aku rasa aku jatuh hati sama dia."

"Siapa?" tanyaku.

Dia tidak menjawab. Hanya tersenyum. Mungkin senyumna dia itu jawapan dia. Aku mudah untuk mengandai bahawa da sudah jatuh cinta pada wanita lain yang bukan kekasihnya.

Sehingga tadi, baru dia berani berkata bahawa hal itu akan terjadi juga. lambat ataupun cepat.

"Jadi apa pandapat kamu?" tanya kepadaku.

"Sudah solat isktiharah?"

"Sudah dan aku sudah terima petunjuknnya." Mendengarkan itu, aku tidak pula bertanya siapa yang akan dia pilih. Jelas dia bingung. Bingung kerna hatinya bingung ...eheh :-p. Di satu pihak, dia merasa cinta. Di satu pihak pula dia merasa terhutang budi. Malah penuh kenangan manis.

Perlahan aku ke arah dia, duduk di sebelah, kemudian berkata,

"Kamu tahu, ini semua pilihan kamu. Pasti ada sebab kamu memilih begitu. Aku tidak akan bertanyakan siapa yang kamu pilih, kerna aku yakin, kamu punyai citarasa kamu sendiri. Pilih sahaja siapa yang kamu rasa bisa kamu bahagiakan. Bukan pilih siapa yan bisa membahagiakan kamu. Kerna sekiranya dia tidak bisa membahagiakan kamu setidak-tidaknya kamu berusaha membahagiakan dia. Usaha itu yang utama." AKu sebenarnya lebih kepada cuba menenangkan. Kerna aku sendiri tidak pasti apa yang terbaik dan apa aku akan perbuat bila mana aku sendiri berada di tempat dia. Ahh.

Dia senyum. Senyum mungkin untuk menghilang gundah. Kerna bukan mudah berada dalam keadaan itu. Keadaan yang memakasa untuk memilih. Benar, ia bukan hal negara, hanya hal berkenaan hati tetapi dalam hati itu yang bisa mencorak segala.

"Aneh, biasanya aku mendengar, yang sebaliknya. Betul kamu tidka mahu tahu aku pilih siapa?"

Aku hanya tersenyum. Tersenyum kerna apa pun jawapan dia pasti akhrnya ada hati yang terluka dan ada hati yang berbunga suka. Ini dunia. Sulit untuk membahagiakan hati semua orang. Dan pasti kita tidak akan mampu untuk itu.

Monday, September 24, 2007

Ia hanya cerita

"Berapa kali mahu ibu bilang sama kamu, ibu udah ngak punyai uang," kata ibu yati sambil mengesat peluhnya. Tempurung2 ini harus dikumpulkan sebelum petang. Takut nanti hujan. Pagi2 esok bisa terus dibakar dibuat arang. Tauke Lim pasti datang lusa mau mengambil arangnya.

"Tapi cikgu mahu saya gunakan seluar trek bagi bersukan ketika PJK. Cikgu bilang, jika saya gunakan seluar sekolah lagi bagi bersukan, dia akan merotan saya." Perlahan saja Hadi berkata. takut menyingung ibunya, ataupun barangkali takut ibu terus tidak mengendahkannya. Dalam pada itu, dia sudah terbayang rotan Cikgu talib yang panjang, singgah ke punggungnya. Mungkin lebih dari 3 kali singgahan. Cukup buat matanya berair, cukup buat telinga pedih mendengar ejekan kawan-kawan.

Ibu Yati, berhenti sebentar. Dia bertinggung, tanganya di letak di lutut. Dia memandang Hadi. Hadi tunduk.

"Begini sahaja, Lusa Tauke Lim datang ambil arang ini. Lepas itu, boleh beli seluar trek."

"Tetapi Hadi ada kelas PJK esok. Perlu bersukan."

Ibu Yati bangun. Dia merapati anak tunggalnya, satu-satunya buah hatinya selepas kehilangan suami dalam kemalangan. Esok ibu pergi jumpa cikgu kamu dan terangkan hal ini, boleh?"

Hadi mengangguk.

.......

Ok, cukup disitu aja ceritanya kerna aku hanya mahu bercerita berkenaan betapa hairannya aku melihat kisah2 yang menjadikan anak2 sekolah sebagai mangsa keadaan.

Di sekolah cikgu mahukan itu, sedangkan di rumah keluarga ngak mampu.

Bagaimana?

Mengapa si murid tadi yang perlu menerima akibat. Seharusnya setiap cerita perlu keluarga sendiri yang hadir sama ke sekolah, terus terang sama cikgu, bahawa...anak dia tidak salah...tapi dia yang tidak mampu.

Namun, hakikatnya...dalam semua drama, filem ataupun novel...hal ini tidak terjadi. Elemen salah faham suka betul di jadikan isu, hingga aku sakit jiwa menanggung sedih melihat watak budak2 itu menderita. (aku ini mudah menghayati :-p)

Ahhh. Mujur ia hanya cerita.
Mujur.

owh...aku lapar...baru 6.42. perlu tunggu berbelas2 menet lagi utk berbuka puasa.

aarghh.

Sunday, September 23, 2007

rindu sang ayah

Semalam. Mungkin juga hari sebelum semalam.
Ayahku menelefon aku. Dia berpesan benda yang sudah dia pesan pada hari semalam, sebelum semalam. :-P

Aku iyakan aja.
Tetapi bukan pesanan itu yang sedang berlegar di fikir aku waktu ini.

Aku memikirkan sang ayah itu masih punyai rasa percaya kepada sang anak. Iaitu aku.
Mungkin lebih daripada rasa percaya. Aku kira sang ayah sebenrnya rindu pada sang anak. Iaitu aku.

Menulis perkataan 'rindu ayah pada sang anak' terus aku terbayang tangan kerasnya, mendukung tubuh halus aku ketika kecil. Terus terbayang kegelian misainya ketika dia mencium ubun2 lembutku.

Aku kira dia rindu pada waktu2 yang berlalu itu. Ketika ini, aku udah dewasa. Meninggalkan dia sendiri, biarpun bukan sengaja atas nama mencari rezeki, tetapi jauh di sudut hatinya, aku bisa meneka, dia rindukan aku.

ya, aku juga rindukan dia.

Saturday, September 15, 2007

ringan dan ringkas :-)

Lama aku tidak ke sini, ehehe

Sempena Ramadhan ini, apa lagi yang aku bisa katakan, selain daripada

ucapan selamat berpuasa

sebagai tambahan aku juga mengharapakan suapaya puasa kita semua ini bertambaha berkatnya

bisa meluntur dosa yang hitam
bisa melembut hati yang keras
bisa memberi manis

aku juga sgt sgt suka mengharapkan supaya kita ini semua bisa ketemu
malam yang menyamai seribu bulan...

mudah-mudahan...amin.

Wednesday, September 05, 2007

Aku mau merasa cukup

Hidup ini terlalu indah.

Itu yang sering diberitahu. namun indah hidup itu dimana aku sendiri kurang mengerti.
Aku kira indahnya bila kita udah merasa cukup.

Biar tidak kaya, tapi merasa cukup.
Biar tidak bercinta, tapi merasa cukup.

Masalah aku, aku ini idak pernah merasa cukup. Bukan kerna aku ini tamaka tetapi memangnya usaha aku itu kurang. lalu harus gimana aku mau merasa cukup bla usaha itu sendiri kurang.

Jadi aku berteori lagi, kita hanya akan merasa cukup pabila usaha kita itu udah banyak.
Dan paling utama, syukur.

Ia syukur itu kalimata yang terlalau biasa sehingga, menyebutnya aj udah ngak rasa apa2.
Seharusnya bila menyebut syukur timbul tanda soal di hati.
Apa aku ini pernah bersyukur?
Apa syukur aku ini udah cukup?

Hmmm..

Aku berteori lagi, apabila kita merasakan syukur kita itu sudah cukup maka hidup kita tidaka akan merasa cukup...lalalu keindahan dunia itu tidak mungkin bisa disentuh.

Tetapi
Apabila kita merasakan syukur kita tidak pernah sesekali cukup, malah masih berkuran, maka hidup kita lebih mudah bagi merasa cukup, lebih mudah menyentuh indahnya dunia.

Ia, moga2 aku bisa merasa cukup.

Doakan. :-)

Sunday, September 02, 2007

bendera

"Dengan membawa bendara Malaysia yang terpanjang ke gunung Kinabalu ini, adalah cara bagi kami menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan...bla..bla.."

Itu yang aku dengar tadi di TV. Dan sebelum ini aku mendengar banyak lagi perkara seumpama itu. menghasilkan pelbagai saiz bendera yang panjang dan besar...dengan maksud menghargai perjuang kemerdekaan. Ataupun bagi menghormati Malaysia ataupun bagi menunjukkan tanda kasih dan setia pada negara.

Aku kira aku ini kurang peka ataupun bijak kerna aku tidak dapat mengaitkan saiz bendera, bentuk bendera dan pelabagi lagi (termasuk bendera yang dibuat daripada tin, kulit siput etc) dengan menghargai perjuangan pejuang kemerdekaan, dengan menunjukan penghargaan pada negara etc.

Aku langsung tidak mampu mencari titik temu bagi perkara-perkara itu. Aneh bagi aku. bagaimana perkara-perkara itu bisa dijadikan simbol pada penghargaan. aku lebih mudah mengerti jika bunga mawar merah yang diberi kepada sang kekasih, itu tanda cinta. Tetapi sang kekasih tidak pula membeli bungan mawar untuk dirinya sendiri.

Hurm, mungkin ada fakta yang aku tertinggal. Tetapi apa? Aku hanya di ajar bagi menghormati bendera negara. Itu aja. Tidak pula aku di ajar bagi menunjukkan tanda kasih pada negara dengan membuat bendera terpanjang ataupun terbesar. Atas kerna itu aku cukup merasa benci dengan bendera terpanjang ataupun bendera terbesar yang ada. Benci kerna aku tidak mampu faham maksud kewujudannya. arhhh

Tuesday, August 28, 2007

akan hadir rasa itu

Saya akui satu perkara,

hidup dengan sepi itu umpama hidup tanpa rasa peduli.

Dan di situ sebenarnya titik indahnya hidup yang sepi ini.

Hidp tanpa peduli apa2 yang terjadi, hanya memkir tentang diri sendiri.

Sehingga suatu saat, kita bisa merasakan dunia ini, kita yang punya. Kita tidak punyai lagi rasa peduli.

Namun, akan datang harinya, kita tidak lagi hidup dengan sepi itu. Sepi akan pergi meninggalkan kita. Akan datang cinta, akan datang rindu, kasih, teman-teman dan kekasih.

Hadir dalam hidup kita, menolak sepi ketepi.

Di saat itu, kita akan terperangkapa dalam diri sendiri. Kerana kita sudah biasa hidup dengan sepi, hidup dengan rasa tidak peduli, maka kita akan bersikap tidak peduli dengan cinta, rindu, kasih, teman-teman dan kekasih.

Sehingga, cinta itu layu, kasih itu jauh, rindu itu hilang dan teman-teman membuang kita. Hanya kerana kita masih terus dengan rasa tidak peduli.

Rasa tidak peduli itu perlu hilang bersama hilannya sepi. Perlu. Kerana apa yang hadir dalam hidup kita adalah kerana pedulinya tuhan kepada kita. Dia memberikan kita cinta, rindu, kasih, dan segalanya. Hanya kerna rasa peduli.

Mungkin perkara pertama bagi menzahirkan rasa syukur kita atas rasa peduli atas diri kita adalah dengan tersenyum. Tersenyum pada cinta yang hadir, pada teman-teman ataupun pada hari esok yang tiba.

Semoga kita akan bahagia dengan seala perkara baru yang hadir dalam hidup kita. Semoga kita sudah siap bagi memberi kembali rasa peduli itu dengan rasa peduli kita. Ya. Semoga semuanya baik2 aja.

Monday, August 06, 2007

Pika, terima kasih.




Aku tidak mengenalinya. Tidak juga pernah berjumpa dengan dia. Aku hanya 'menemui' dia di blog saudara Kassim Selamat yang merupakan bapa saudara Pika.

"Pika nak jadi polis bila besar nanti, nak tolong mama."

Aku berhenti sejenak di situ. Ucapannya cukup ikhlas. Aku melihat diri aku ketika sebaya dia. Aku juga punyai keikhlasa sebegitu, namun ketika aku sudah dewasa sebegini, keikhlasan itu aku kira sudah terjemahkannya dengan sikap yang ala kadar. Besarnya salah aku.

Aku juga diberitahu, menjadi kebiasaan Pika, setiap kali pulang dari sekolah,Pika akan memberi salam dengan suara yang nyaring. Dia ceria. Sentiasa menghiburkan.

"Pika nak air zam-zam."




Itu perkara pertama yang dipesannya kepada ibu saudaranya ketika ibu saudara dan bapa saudaranya (Kassim Selamat) berangkat mengerjakan umrah. Aku senyum. Aku kembali melihat diri aku, aku kira air zam-zam adalah perkara terakhir yang akan aku pesan. Aku akan lebihkan dahulu perkara-perkara dunia. Hurm.

Pika sempat menunggu air zam-zamnya tiba. Bonus, ibu saduaranya membelikan Pika jubah Arab dan gelang Mekah.




Tetapi Pika tidak menyambut ibu dan bapa saudarana di lapangan terbang kerana dia berada di wad prediatrik. Rupanya disebalik keceriannya, dia sebenarnya menghidap penyakit leukimia. Doktor memberitahu otaknya sudah dijangkiti kuman. Hasilnya Pika terpaksa menanggung sakit kepala yang amat. Pika yang dulu ceria, kini terbaring di katil. Pucat. Segala macam wayar disambung ke tubuhnya yang kecil. Dia terpaksa menanggung kesakitan apabila air tulang sum-sumnya diambil. Aku memejam mata, cuba membayangkan apa yang aku perbuat apabila aku begitu.

"Bila Pika mati kebumikan Pika di sebelah kubur abah."

Aku baca berkali-kali ayat itu. Di saat memanggung kesakitan yang amat, Pika masih mampu mengingatinya ayahnya yang meninggal dunia ketika umurnya setahun. Aku yang masih punyai ayah langsung tidak terfikir untuk berkata begitu. Mungkin selepas ini aku akan lebih kerap memeluk tubuh tua ayahku.

"Hari selasa nanti, Pika hendak pakai jubah Arab ini."




Itu pesan Pika yang tidak sempat ditunaikan.Pika sempat meminum air zam-zam, sempat memakai gelang Mekah tetapi pada subuh 26 Jun 2007, Pika pergi untuk selamanya dalam pelukan ibunya. Meninggalkan derita dunia. Meninggalkan kita yang masih tenggelam dalam nikmat dunia. Mungkin 'disana' dia sedang bergembira, memakai jubah Arab yang cantik. Mungkin juga bertemu ayahnya yang lama dirindu.

Walaupun tidak sempat berjumpa dan hanya mengenal lewat internet, aku ingin sekali memberitahu dia bahawa, dia memberi aku isnpirasi. Inpirasi untuk kembali menguatkan syukur aku pada-Nya. Terima kasih pika.

Al fatihah untuk Yussyafiqah.

*Terima kasih juga kepada saudara Kassim Selamat kerana mengizinkan saya menuliskan sesuatu tentang Pika.

Wednesday, August 01, 2007

cinta di bilik gelap

Barangkali atas kapasiti aku sebagai seorang suami ataupun

atas kapasiti aku sebagai suami yang kelihatan seperti lelaki bujang (hey, itu bukan pilihan, itu memang aku :-p)

maka aku ditanyakan soalan ini oleh seorang perempuan cantik,

"Bagaimana pandangan kamu berkenaan bercinta dengan suami orang?"

Buat pertama kali aku mendengar soalan itu, aku diam. Aku mahu bilang apa? Kerna aku tidak pernah bercinta dengan suami orang. :-p

Kemudian fikiran aku bertambah waras, aku mula memikir mahu jawab soalan ini daripada aspek yang bagaimana?

Agama? Aku tidak punya kapasiti itu. Ilmu agama aku kurang.
Cinta? Aku juga tidak punya kapasiti itu kerna apa, aku sendiri belum tahu sehingga entri ini ditulis mengapa aku tidak punya upaya.

Jadi, setelah beberapa kali aku senyum dan mengangkat kening, aku senyum kembali.

Aku kira mahu beri jawapan 'main-main' tapi terlihat perempuan cantik itu, serius menanti. Bagaimana neh.

"Udah nonton cerita filem 'cinta pertama' lakoanan Bunga Lestari?" tanyaku.

"Belum, Menagapa? Apa yang menarik?"

"Aku sendiri belum nonton," jawabku perlahan.

"Jadi mengapa bertanya? Saya ingatkan kamu mahu mengambil sesuatu daripada situ." Perempuan cantik itu kelihatan kecewa. Hihihi.

"Sebetulnya, bercinta dengan suami orang adalah umpama menonton wayang." Aku cuba serius. Tapi aku masih lagi senyum tidak serius. iskh

"Maksud kamu?"

"Ketika kita membeli tiket, kita sudah tahu kita akan menuju ke satu bilik gelap yang selesa. Berhawa dingin (eh nama aku). Duduk di situ tanpa berbuat apa-apa selain menonton dan menikmati perasaan yang terbit dan kita dalam dunia kita sendiri. Selepas selesai, kita keluar senyum dan kemudian bercerita tentang filem itu dengan kawan-kawan ataupun menyimpannya sendiri dihati." Aku berhenti sebentar menarik nafas.

"Jadi?" tanyanya lagi.

"Filem yang ditayangkan itu adalah suami orang. Dia menghiburkan kita dan membawa kita ke dunia kita. Dunia yang gelap tapi selesa kerana meraka tahu bagaimana untuk menghiburkan kita. Terkadang kita sedih, ketawa dan gembira. tetapi yang pasti akhirnya filem itu menggembirakan kita dan memberikan kita semnagat. Terkadang memberikan kita keinsafan.Namun itu hanya sebentar. Kita akan keluar dari bilik gelap itu, kerana filem it bukan milik ita. Tetapi kita tidak juga bisa menyalahkan filem itu kerana kita yang membeli tiket. Mungkin boleh disalahkan promosinya yang cukup menarik dan membuat kiat mahu menonton." Aku udah termengah.

"Jadi maksud kamu, bercinta dengan suami orang hanyalah bagi memnuhi impian yang kita tidak bisa gapai di dunia realiti. Kia menonton filem yang mahu kita tonton biarpun kita tahu, filem itu tidak akan bisa kita bawa ke luar panggung, namun setidak-tidaknya ia masih milik kita di bilik gelap itu." Dia menyimpulkan penerangan aku denga baik sekali.

"Betul." Aku hanya perlu berkata itu.

"Jadi bagaimana jika cinta itu bukan sekadar di panggung. Malah cinta yang mahu dibawa ke perkahwinan."

"Itu poligami dan poligami adalah valid," kataku senyum.

"Sebenarnya kamu tidak menjawab soalan aku, aku bertanyakan soal cinta suami orang ini dari sudut pandangan lelaki tetapi kamu bercerita daripada sudut pandangan umum," tegurnya.

Aku hanya tersenyum malu. Arh, tadi dengan penuh keyakinan dan emosi aku berkata, rupanya, aku salah jawab. ehehe

Monday, July 30, 2007

cinta pareto.

"Ingat lagi Pareto?" tanya temanku. Dia berpakaian berbeza dengan aku. Dia kemas dan cukup profesional. Aku? Kasut sneakers dan jeans lusuh.

"Mengapa? Kamu sedang mengajar hukum Pareto?" balasku.

Dia senyum kemudian berkata, "Kamu lupa barangkali waktu kuliah dulu, kamu cukup gemar dengan hukum Pareto."

Aku mengetuk jariku dimeja.

"Dalam banyak ilmu ekonomi, hanya hukum Pareto yang masih aku ingat sampai sekarang. Itu pun terhad pada hukum 80/20." Aku mengerut dahi, cuba mengingat.

"Jadi apa yang kamu boleh terangkan?" tanya temanku lagi.

"Sepatutnya aku yang bertanya, bukankah kamu yang menjadi pensyarah ekonomi. Bukan aku. Sejak habis kuliah, jalan hidup kita berbeda. Umpama langit dan bumi," balasku sambil ketawa.

"Tetapi kamu tetap ingat bukan? Jadi terangkan kepada aku hukum 80/20 yang kamu faham. Setidak-tidaknya, aku masih boleh menangaggap kamu sebagai bekas pelajar ekonomi."

"Hukum 80/20, hukum Pareto. Hurm, hukum yang menyatakan 80 hasil adalah daripada 20 usaha. Misalnya, 80% jualan, adalah hasil daripada 20% pelanggan dan ia adalah asas bisnes," jawabku spontan, tapi masih ragu-ragu.

"Betul. Ternyata kamu masih boleh dianggap bekas pelajar ekonomi. Jadi ada kamu praktikan hukum itu?" tanya lagi. Untuk waktu ini aku betul-betul merasa seperti pelajar dia pula. Ah, dasar pensyarah.

"Aku praktikannya dalam cinta, " kataku.

Temanku tadi mengerut dahi. Aneh barangkali. hahaha.

"Maksud kamu?"

"Cinta yang indah adalah 20% usaha dan 80% hasil." Aku berkata yakin kali ini. Tidak lagi ragu-ragu.

"Bagaiamana?" tanyanya lagi dan pada waktu ini, aku pula yang merasa seperti pensyarah. :-p

"20% usaha maksud aku, cinta hanya perlu sedikit sahaja surat-surat cinta. Hanya perlu sedikit sahaja sms dan dating. 80% hasinya pula, adalah saling percaya, setia dan utama sekali, bernikah dan bahagia. Berbeza dengan kebanyakkan cinta sekarang 80% sms cinta, dating tetapi hanya 20% rasa percaya, setia dan rasa mahu bernikah." Aku berkata sambil tanganku ikut bergerak, ke kanan dan ke kiri.

"Owh, menarik. Jadi bagaimana pula jika aku katakan hanya 20% yang berjaya dalam cinta dan 80% gagal," kata temanku pula mengemukan pendapat.

"Itu aku tidak pasti, kerna berjaya atau tidak cinta itu hanya bisa diketahui di ahirat. Cuma aku percaya, dalam hidup ini hanya 20% manusia yang bisa membahgiakan kita kerana mereka hadir dalam 8o% dalam seluruh hidup kita. Ini termasuk ibu bapa, isteri, anak-anak dan teman-teman. " Wah, aku seronok pula bermain-main dengan teori ini.

"Aku kira aku akan lebih mengerti jika ada pengiraan," pinta temanku pula. Huh, pengiraan?

"Maaf, aku hanya menghafal teori, pengiraan aku udah lama lupa. hahaha," balasku.

"Jadi, sekarang kamu ini hanya 80% teori dan 20% pengamalan," usik temanku lagi.

Aku menggaru kepala. Aku merasa pening pula apabila berbicara dengan dia, teman yang pintar. Adeh.

Saturday, July 28, 2007

ketika dosa rasa berkurang.

"Ustaz pernah dating?" tanya lelaki itu. Sebuah surau yang berbumbung hijau. Mereka sedang duduk bicara bersama, di kaki lima. Lelaki yang bertanya itu aku :-p

Ustaz itu tunduk dan kemudian mengangkat kepala bersedia bicara.

"Maksud saya selain dating dengan tuhan. Dating dengan perempuan," katku cepat mencelah sebelum. Ustaz itu tunduk kembali.

Sektika dia mengangkat kembali kepalanya dan berkata, "Mengapa bertanya begitu?"

Aku terdiam dan mengulang kembali pertanyaan ustaz aku dalam hatiu. Ah, mengapa aku bertanya soalan itu. Soalan yang seolahnya tidak hormat. Akhirnya aku senyum sahaja, menutup malu.

"Istilah dating yang saya faham pada masa ini alah, berjumpa lelaki perempuan yang bukan muhrim. Berjalan-jalan di taman kemudia menonton wayang." Ustaz itu mula berbicara serius.

Aku mengerut dahi. Masih lagi bisu.

"Jika itu maksud kamu, maka saya tidak pernah berbuat begitu," tegasnya.

"Mengapa ustaz?" soalan itu meluncur dari mulutku hanya kerana mahu bersifat adil dengan ustaz. Sama-sama berbicara. Namun, sekali lagi aku malu sendri, mudah betul bertanya yang sebegitu. Kurang pintar.

"Boleh kamu beri jaminan pada saya, jika kamu berjalan-jalan dengan perempuan kamu tidak bersentuh ataupun bergesel? Boleh kamu beri jaminan pada saya tidak timbul sekelumit pun perasaan berahi ketika kamu berdua-duan degan kekasih?"

Aku mengeleng kepala.

"Saya akui, mereka yang berdating itu masih mengerjakan solat fardhu. Masih menjaga batas pergaulan dengan cepat-cepat menarik tangan bila bersentuh, menjauh diri bila tergesel. Kemudian memohon maaf pada pasangan. Dengan maksud untuk menjaga nilai-nilai islam. Namun mereka lupa, mereka sudah ditipu iblis." Ustaz itu bernada tegas dan bersemnagat.

"Bagaimana?"

"Dengan iblis meyakinkan manusia bagi membuat sedikit kebaikan dan kebaikkan itu akan mengurangkan rasa berdosa yang sedang diperbuat. Misalnya, memberi nasihat pada kekasihnya supaya tidak meninggalkan solat. Itu memang dituntut tetapi nasihat diberi ketika mereka masih berbimbing tangan dan tubuh bersentuh. Ataupun menulis blog mengajak manusia kearah kebaikan padahal pada masa yang sama masih juga melawati situs porno. Sebenarnya dosa tidak berkurang, malah bertambah, cuma kita yang rasa dosa itu berkurang. Kita ditpu sebenarnya."

Aku mengangguk-anguk dan bila terdengar perkataan 'porno' aku tunduk.

"Mengapa tunduk pula nih, ada apa-apa ke?" usik ustaz itu, senyum. Aduh, harap dia belum sampai tahap yang bisa membaca apa fikiran dan hati aku. Aku malu sendiri. HiHihi.

"Hal ini ditegaskan oleh Imam ghazali dalam pengajarannya. Dia menegaskan, mereka yang membuat sesuatu dengan tujuan mengurangkan rasa berdosa sedangkan mereka masih lagi bergelumang dengan dosa itu, adalah dosa yang paling berdosa," sambung ustaz itu lagi.

Aku terus merenung jauh ke luar.

"Jadi masih mahu dating lagi?" tanya ustaz itu.

"Terpaksa ustaz. Sebab isteri saya suka sangat dating jiak hari minggu."

Ustaz itu tersenyum.

Monday, July 23, 2007

Mengerti sendiri

Dia ketawa.

Aku diam.

Dia diam.

Aku bertanya, "Mengapa ketawa?"

"Aku mengatawakan diri aku sendiri." Dia menjawab lesu.

"Mengapa? Apa yang lucu berkenaan diri kamu?" Tanyaku sambil memrhati dan mencari dimana kelucuan itu.

"Bukan fizikal, tapi di sini," katanya sambil meletakan tangan kanan kearah jantungnya.

"Kamu sakit jantung?" tanya ku serius.

Dia bungkam sebentar sambil memandang tepat ke arahku. Dia berkata, "Susahnya punya kawan yang lurus seperti kamu. Aku bukan maksudkan jantung aku. Tetapi hati aku."

"Mengapa dengan hatimu pula?" tanyaku sambil menggaru kepala.

"Remuk," ringkas ayatnya. Dia menundukkan kepala. memandang lantai restoran mamak yang kusam.

"Kau putus cinta?" dugaku. Lengan ku kemas di letak diatas meja.

"Iya. Aku menjadi mangsa." Dia berkata sambil mata liar memerhati wanita di meja hujung.

"Sebenarnya kamu sudah jadi mangsa sebelum kamu putus cinta lagi dan aku tidak fikir kamu akan berjaya dengan cintamu itu," kataku cuba mengisi petang itu dengan borak-borak kosong. Berbasa-basi berkenaan cinta.

"Maksud kamu?" tanya pelan. Mungkin dia sedikit terkejut kerana aku bersangka begitu berkenaan cinta dia.

"Ketika kamu bercinta, kamu sudah menjadi mangsa keadaan..."

"Bagaimana?" sampuk dia.

"Ketika kamu bercinta kamu berubah. Berubah menjadi lelaki yang kemas, yang rajin bekerja kerana perempuan yang kamu cintai itu mahu kamu begitu. Kamu berubah kerana keadaan memaksa kamu berubah. Mereka yang berubah kerana keadaan memaksa adalah mangsa keadaan dan mereka yang berubah kerana ingin berubah adalah mereka yang berjaya," kataku agak yakin.

Dia masih diam. Mungkin berfikir. Lalu aku bertanya lagi.

"Cuba kamu tanya diri kamu , apa benar kamu berubah kerana keadaan memaksa. Bukan kerana kamu yang mahu berubah? Memang kita sering menyangka perubahan kerana cinta itu bagus. Memang ia bagus, tapi harus di ingat ia hanya external. Bukan internel. Kita mudah terkeliru diantara perasaan cinta kita sikap kita sehingga menyangka perubahan sikap kita semasa bercinta adalah dari dalam diri, kerana cinta itu ada dihati tetapi kita lupa cinta dalam diri kita itu kecil, dan tidak semarak . Cinta yang besar dan semarak itu datang daripada luar dan masuk ke hati lantas cinta kita ikut semarak."

"Maksud kamu?"

"Fikir sendiri dan menegrti sendiri," kataku cuba lari daripada persoaan kerna aku sendiri sudah merasa pusing. Hihihi.

"Ok, aku cuba mengerti," katanya dan matanya semakin galak memandang perempuan di meja hujung.

Friday, July 20, 2007

Bahgia di hati kita.

"Aku mahukan seseorang yang lebih tua dari aku," kata temanku seorang wanita yang cantik.

Kata-kata itu aku tidak tahu dimana asasnya. Mahukan seorang lelaki yang tua sebagai suami. Aku bertanya mengapa dan dia menjawab.

"Lelaki yang lebih tua lebih matang dan memahami," katanya lagi.

Jika lelaki tua lebih matang itu benar dan memahami juga, aku masih boleh terima. Tetapi berapa sebenarnya umur yang dianggap matang dan bisa memahami.

MIsalnya,
Jika wanita itu umurnya 27 tahun dan mahu lelaki yang lebih tua daripada dia atas alasan mahu yang matang dan memahami, jadi jia umur lelaki itu 26 ataupun 25, adakah lelaki itu belum cukup matang dan memahami kehendak wanita yang umurnya baru 27 tahun.

Tetapi aku kira dalam beralasan itu wanita sebenarnya menyembunyikan satu alasan yang lebih kukuh. Lelaki yang lebih berusia itu lebih kukuh ekonominya. Cuma alasan itu jarang mahu diterangkan secara jujurnya.

Tetapi alasan yang cukup benar adalah berapa ramai lelaki yang mahukan wanita lebih tua daripada dia. Majoriti lelaki mahukan wanita muda seboleh-bolehnya. Alasannya lebih kepada cerita diranjang. Jadi kaum wanita tidak punyai pilihan lain terpaksa mencari yang lebih berusia daripada mereka.

"Tetapi lelaki yang menyukai aku lebih muda daripada aku," sambung teman ku tadi sambil tersenyum.

Aku juga tersenyum. Aku katakan pada dia, terima sahaja ajakan cintanya dan segera bernikah.

Kemudian dia mencebik, "Huh budak itu muda lagi. Masih berhingus."

Jelas, ketidak pastian sedang terjadi, sama ada mahu memenuhi tuntutan ego, mahukan lelaki berusia ataupun mahu menuruti naluri untuk disayangi dan menyayangi dengan bercinta.

"Tapi aku malu hendak sms dia, dia muda lagi." Temanku tadi kembali rungsing. Aku ikut pusing.

Aku berkata pada dia, dia mahukan apa sebenarnya.

"Entah la, sekejap rasa seronok, sekejap rasa tidak suka," katanya lagi sambil merenung jauh.

Dalam keadaan aku sebagai lelaki, pasti aku kurang mengerti hati temanku tadi. Cuma aku cba juga bersuara dengan mengatakan, bercinta dengan lelaki berusia tidak hadir bersama surat jaminan bahagi. Sama juga jika bercinta dengan lelaki muda.

Cuma, biar apapun kita perbuat, ingat, kebahagian itu tidak terletak pada lidah yang merasa makanan lazat.

Kebahgian tidak terletak pada tubuh yang menggunakan pakaian mahal.

Kebahgian tidak terletak pada punggung yang duduk di kereta mewah.

Kebahgian iu terletak dihati. Kita melakukan segala perkara itu hanya untuk mendapat kebahgian dihati. Jangan lupa siapa yang memberi kebahgian itu. Hanya Dia yang bisa memberi maka pinta daripada Dia melalui doa, dan seelbihnya terserah kita untuk berusaha.

"Bagiamana aku hendak sms dia , aku ini pemalu," tanya temanku bagi yang kedua kali. Mungkin dia tidak sedar. Aku hanya mampu tersenyum sambil terfikir-fikir ayat-ayat smsnya. AKu bilang, nanti aku beritahu.

"Ah, kamu hendak aku bercinta dengan budak muda itu. Tidak perlu." Aku lagi sekali, bingung. Ah, perempuan. Kali ini aku terus tertawa.

Sunday, July 15, 2007

bukan sekadar senyuman

"Aku rasa dia tidak mencintai aku." Dia sugul.

"Jadi kamu sugul kerana itu?" tanyaku sambil buat-buat sugul.

"Bukan," jawab perlahan. Wajahnya kelihatan berubah, mungkin hairan melihat wajah sugul aku yang dibuat-buat tetapi tidak menjadi.

"Jadi?" tanyaku lagi. Aku rasa dia tahu aku sengaja buat-buat sugul. Jadi aku alihkan pandanganku daripada dia.

Dia diam. Aku kira dia akan diam 5 minit seperti drama korea. Tapi hanya untuk 30 saat.

"Aku sugul kerana dia melayan aku dengan baik." Temanku kembali sugul.

"Jadi?" tanyaku lagi buat kali ke-3.

"Mengapa dia perlu melayan aku dengan baik, hingga membuat aku merasakan hidup aku punyai warna-warna lain selain hitam dan putih jika dia tidak mencintai aku," katanya tanpa malu-malu lagi meluahkan rasa jiwangnya.

"Jadi kamu sugul kerna dia melayan kamu dengan baik, tetapi layanan dia itu tidak bermaksud dia cinta dan kerana itu kamu sugul." Aku kira semakin memburukan keadaan dengan persoalan yang berbelit-belit.

Dia mengerutkan dahi. Mungkin berfikir aku bilang apa tadi. hahaha.

"Hurm..ya, aku sugul kerana dia seperti cuba mempermain-mainkan aku. Mengapa perlu melayan aku seperti kekasih. Tidak bolehkah dia melayan aku seperti orang lain sahaja." Dia merenung aku, seolah meminta aku mengiyakan sahaja pendapat dia. Tetapi hari ini mood aku kurang elok. Hehehe.

"Dia tidak salah. Kamu yang salah. Kerna kamu berburuk sangka dengan dia. Aku tanya kamu, kamu pernah luahkan rasa hatimu pada dia?" tanyaku.

"Tidak." Dia menjawab perlahan.

"Jadi bagaimana dia tahu kamu mencintai dia. Kamu kata dia melayan kamu seperti kekasih. Layanan yang bagaimana?" Aku semakin menembak banyak persoalan.

"Dia menghantar sms, dia bertanya khabar. Dia meminta maaf sekiranya lambat balas sms. Dia beri emel. Dia YM. Dia berikan saya hadiah hari lahir. Dia buat saya tersenyum," katanya lagi sambil tersenyum menyebut perkataan tersenyum. Aneh.

"Aku rasa, bagi semua yang diperbuat itu perkara biasa. Cuma yang luar biasanya adalah perkara yang dia buat itu membuat kamu tersenyum dan kamu merasakan orang yang membuat kamu tersenyum itu adalah orang yang mencintai kamu." Aku berhenti sebentar. Menarik nafas sambil terignat akademi al -Quran. Berkenaan cikgu taranum yang mementingkan tempat berhenti bagi mengambil nafas. heh.

"Jangan menganggap seorang yang membuat kamu tersenyum itu seorang yang mencintai kamu. Tetapi yakinlah, dia menyayangi kamu. Dan paling utama, dia selesa dengan kamu. tetapi cinta itu berbeza," kataku menyudahi ayatku tepat pada nafas yang terakhir.

"Jika orang itu menyayangi aku, selesa dengan aku, bagaimana pula cinta boleh berbeza, sehingga dia tidak mencintai aku." Giliran dia pula yang bertanya.

"Dia adalah sahabat. Sahabat yang kamu perlu jaga kerana dengan dia kamu boleh berharap jika kamu tempuhi saat sukar nanti. Berkenaan cinta pula, cinta bukannya bermakna senyum sepanjang masa. Cinta adalah berkenaan cemburu, rajuk dan air mata. Tetapi kamu tadi tidak pernah sekali menyatakan dia membuat kamu rungsing dengan rajuknya, dengan cemburunya, dengan air matanya. Dia hanya membuat kamu tersenyum sepanjang waktu. Hanya diri kamu sendiri yang membuat kamu sugul. Jadi kamu jangan sia-siakan dia hanya kerana kamu ingin dia menicntai kamu. kamu perlu bersyukur, kamu masih punyai seorang sahabat yang masih mampu membuat kamu tersenyum."

AKu cuba tersenyum pada lafaz akhirku. Nyata aku gagal. Aku keputusan nafas.

Dia pula tersenyum apabila membaca meseg daripada hp nya.