Saturday, September 29, 2007
Bagaimana Bugis Menjadi Lanun
Ketika saya disekolah rendah, saya sering diberitahu oleh cikgu, Bugis itu Lanun. Kawan2 juga memberitahu begitu. Cuma cikgu mengalas kritikan itu dengan mengatakan Bugis bangsa pelyaran yang bijak.
Tiba di sekolah menengah itu juga yang saya dengar. Saya waktu itu sebetulnya cukup hairan, bagaimana label 'lanun' itu melekat pada bangsa Bugis. Saya cuba mencari faktanya dan terjumpa hanya satu ayat di dalam buku teks sejarah, satu ayat yang mengatakan lanun Bugis aktif di sekitar Johor. Lanun2 daripada bangsa lain juga aktif, tetapi mengapa Bugis juga yang terus di label lanun.
Keadaan keliru itu terus aja berlangsung lama. Saya keliru kerna saya ini Bugis. :-p. Pasti sesuatu yang berkaitan bangsa kita itu akan sedikit mencubit rasa ingin tahu, mengapa? Mujur saya menjumpai salasilah keturunan saya yang panjangnya satu setengah meter. Selepas mengkaji sehingga kelapisan 13, datuk saya. Tidak ada tanda-tanda yang mengarah kepada aktiviti perlanunan. Semuanya terlihat berkecuali. :-p. Saya merasa sedikit lega. hehehe
Namun persoalan tu tetap berlegar sehinga saya membaca novel 'Si Bongkok Tanjung Puteri'. Novel ini dilabel sebagai novel sejarah. Biarpun ada pertikaian berkenaan kewujudan si Bongkok. Saya difahmakan kubur si Bongkok ini benar2 wujud. Malah penulis buku ini sudah pergi menziarahinya.
Pada mula cerita, penulis bagi saya berjaya membawa saya kembali ke zaman si bongkok. Secara peribadi, saya cukup gemar dengan ayat 'pohon-pohon kelapa yang mencuar tinggi...." Mengapa? Saya sendiri tidak pasti. Tetapi ia memberi saya rasa mudah untuk menghayati dan menghidupkan suasana itu di minda saya. Mungkin sebab saya suka minum air kelapa :-P.
Selepas itu cerita mula bergerak dalam kadar yang saya selesa. Tidak terlalu laju dan tidak pula perlahan. Sederhana. Ayat-ayatnya mudah biarpun pada mulanya saya menjangkakan ia sebuah novel yang sarat dengan bahasa berbunga sastera. bunga sasteranya tetap ada, cuma tdak merimbun. Ini mungkin kerna, saya difahamkan penulis pernah diminta menulis skrip drama bagi kisah 'si bongkok tanjung Puteri' jadi saya fikir novel ini olahan terus daripada skrip itu. Dialog dalam novel ini merangkumi 70% keseluruhan novel. Namun itu yang membuat novel ini lebih hidup, bagi saya sekurang-kurangnya. :)
Kisahnya, kisah klasik, berkenaan seorang anak bangsa yang yang tidak mahu tanah airnya di jajah. Biarpun dia tidak sempurna kerana dia bongkok dan terus digelar Si Bongkok, tetapi Si Bongkok mempunyai ilmu persilatan yang tinggi. Si Bongkok bersama adiknya Puteh berusaha membantu Sultan Ali dalam menuntut tahktanya daripada Temenggung (Pemerintah yang di sokong Inggeris). Dalam usahanya itu, beliau perlu menghadapi dua rintangan utama iaitu penjajah Inggeris dan Temenggung sendiri. Temenggung membariskan pendekar-pendekar yang handal bagi membantunya mengekalkan kuasa di samping mendapat bantuan penjajah. Dalam pada masa yang sama dia bersama rakan-rakannya juga cuba menjejaki lawannya yang ketiga, iaitu lanun yang membunuh tok guru dan ibubapanya.
Bagi seorang pahlawan seperti si Bongkok, itu perkara enteng, sehingga pada satu hari, dia menghadapi lawannya yang keempat, lawan yang paling cuba dielakkan. Dan inilah sebenarnya lawan yang sulit untuk ditentang. Siapa lawan keempat Si Bongkok ini? Baca sendiri. :-p Bagaimana kesudahannya? Lagi sekali, Baca sendiri :-P. Baru enak. Hehehhe.
Apa yang saya tuliskan di atas hanya intipati utama yang ringkas, dalam novel ini juga ada di selitkan unsur-unsur telenovela seperti cinta yang tidak kalah romantikya, kekeluargaan yang menyentuh jiwa dan saspen yang timbul daripada kelicikan pihak musuh dalam merancana jerat.
Usai membaca buku ini, saya mengerti satu perkara berkenaan label lanun pada bangsa Bugis. Buku ini memberi saya satu pengalaman linguistik. Kerana, nama-nama seprti daeng Alik dan daeng patani terus berlegar-legar di otak. Ia terlalu 'menegas' dalam novel ini. Kontras kerana ia nama yang berbeza sekali daripada nama-nama yang pernah kita dengar. Sehingga personaliti mereka juga ujud dalam otak saya.
Jadi itu saya membuat kesimpulan, kerana nama itu kontras, maka ia mudah diingati. Bukan sahaja nama itu mudah diingati malah, peranan wataknya juga mudah dikenang2. Watak lanun, dan seterusnya bangsa Bugis itu terus dilabel lanun. Saya difahamkan, drama 'si bongkok tanjung Puteri' sudah di tayangkan di televsyen lama dahulu (Saya belum menonton dramanya dan ini agak malang) . Malah lagu 'Si Bongkok tanjung Puteri' juga amat terkenal. Melaluai hal itu, saya fikir imej lanun Bugis kemudian tertanam di minda kebnyakkan mereka yang menonton ataupun melalui cerita lisan. Kerana hanya sebab kecil tadi. Nama-nama itu memberi pengalaman linguistik yang sukar dilupakan. Ia menjawab persoalan saya bagaimana Bugis menjadi bangsa lanun. Tidak setuju dengan saya? Baca sendiri bagi merasainya . :-)
Ini blog penulisnya, beliau merupakan penulis yang tersohor. Siapa? Klik sendiri. Hehehe
BLOG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Saudara Dingin,
Saudara pengulas pertama novel Si Bongkok Tanjung Puteri. Saya teruja bila membaca ulasan saudara kerana yakin saudara membuat ulasan setelah membaca novel tersebut. Ulasan saudara juga nampak keikhlasannya.
Alangkah eloknya kalau ulasan ini dikirim ke surat khabar..hehehe.
Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih dari saya, izinkan saya menyalin entri ini untuk saya siarkan sekali lagi dalam blog saya. Itupun kalau mendapat izin dari saudara.
Terima kasih.
Terima Pak Latip.
:-)
biarlah nama dan siapa saya menjadi rahsia.. tapi saya juga merupakan salah seorng cicit kepada Raja Ali..susur galur datuk saya Ghani Bin Ahamad bin Ali.. memang benar ape yang di suratkan disini.. mengikut kata emak saya dan cerita dari allahyarham datuk saya.. tapi bagi kami tahta itu sudah tidak penting dan rahsia ini akan terus menjadi rahsia..tiada daya kami untuk menuntut hak yang di ambil secara paksa memandangkan kebanyakan dokumen asal perjanjian telah di musnahkan.. dahulu saya balik ke kampung kesang org2 disitu memanggil Allahyarham sebagai daeng.. dan aruah nenek sebagai wan.. setelah sekian lama baru saya tahu bahawa cerita datuk saya adalah benar..bahawa dia waris raja Ali..
Post a Comment