Monday, July 30, 2007

cinta pareto.

"Ingat lagi Pareto?" tanya temanku. Dia berpakaian berbeza dengan aku. Dia kemas dan cukup profesional. Aku? Kasut sneakers dan jeans lusuh.

"Mengapa? Kamu sedang mengajar hukum Pareto?" balasku.

Dia senyum kemudian berkata, "Kamu lupa barangkali waktu kuliah dulu, kamu cukup gemar dengan hukum Pareto."

Aku mengetuk jariku dimeja.

"Dalam banyak ilmu ekonomi, hanya hukum Pareto yang masih aku ingat sampai sekarang. Itu pun terhad pada hukum 80/20." Aku mengerut dahi, cuba mengingat.

"Jadi apa yang kamu boleh terangkan?" tanya temanku lagi.

"Sepatutnya aku yang bertanya, bukankah kamu yang menjadi pensyarah ekonomi. Bukan aku. Sejak habis kuliah, jalan hidup kita berbeda. Umpama langit dan bumi," balasku sambil ketawa.

"Tetapi kamu tetap ingat bukan? Jadi terangkan kepada aku hukum 80/20 yang kamu faham. Setidak-tidaknya, aku masih boleh menangaggap kamu sebagai bekas pelajar ekonomi."

"Hukum 80/20, hukum Pareto. Hurm, hukum yang menyatakan 80 hasil adalah daripada 20 usaha. Misalnya, 80% jualan, adalah hasil daripada 20% pelanggan dan ia adalah asas bisnes," jawabku spontan, tapi masih ragu-ragu.

"Betul. Ternyata kamu masih boleh dianggap bekas pelajar ekonomi. Jadi ada kamu praktikan hukum itu?" tanya lagi. Untuk waktu ini aku betul-betul merasa seperti pelajar dia pula. Ah, dasar pensyarah.

"Aku praktikannya dalam cinta, " kataku.

Temanku tadi mengerut dahi. Aneh barangkali. hahaha.

"Maksud kamu?"

"Cinta yang indah adalah 20% usaha dan 80% hasil." Aku berkata yakin kali ini. Tidak lagi ragu-ragu.

"Bagaiamana?" tanyanya lagi dan pada waktu ini, aku pula yang merasa seperti pensyarah. :-p

"20% usaha maksud aku, cinta hanya perlu sedikit sahaja surat-surat cinta. Hanya perlu sedikit sahaja sms dan dating. 80% hasinya pula, adalah saling percaya, setia dan utama sekali, bernikah dan bahagia. Berbeza dengan kebanyakkan cinta sekarang 80% sms cinta, dating tetapi hanya 20% rasa percaya, setia dan rasa mahu bernikah." Aku berkata sambil tanganku ikut bergerak, ke kanan dan ke kiri.

"Owh, menarik. Jadi bagaimana pula jika aku katakan hanya 20% yang berjaya dalam cinta dan 80% gagal," kata temanku pula mengemukan pendapat.

"Itu aku tidak pasti, kerna berjaya atau tidak cinta itu hanya bisa diketahui di ahirat. Cuma aku percaya, dalam hidup ini hanya 20% manusia yang bisa membahgiakan kita kerana mereka hadir dalam 8o% dalam seluruh hidup kita. Ini termasuk ibu bapa, isteri, anak-anak dan teman-teman. " Wah, aku seronok pula bermain-main dengan teori ini.

"Aku kira aku akan lebih mengerti jika ada pengiraan," pinta temanku pula. Huh, pengiraan?

"Maaf, aku hanya menghafal teori, pengiraan aku udah lama lupa. hahaha," balasku.

"Jadi, sekarang kamu ini hanya 80% teori dan 20% pengamalan," usik temanku lagi.

Aku menggaru kepala. Aku merasa pening pula apabila berbicara dengan dia, teman yang pintar. Adeh.

3 comments:

Anak Bumi said...

pareto? bunyi yang agak asing bagi diriku...

hmmm..mungkin aku perlu dating dgn awek graduan ekonomi?

hehe..

dingin said...

komen ini tidak berkaitan dengan apa yang kamu komen (aku memang begitu..lelaki yg off topic)

tetapi ia berkaitan dengan gambarmu

wah...rugged sekali

Anonymous said...

telah belajari ilmu ' pareto' selama setahun. konsep ini diasaskan oleh Alfred Pareto yang menekankan tentang kabajikan ekonomi dan keadaan ekonomi ytang telah mencapai pareto optimum adalah tidak perlu diubahsuai lagi kerana langkah perubahan yang seterusnya akan menjejaskan unit ekonomi yang berada di sebelah pihak.
kosep ini semakin dijadikan bahan rujukan memandangkan ekonomi yang pesat perlu diikuti dengan kebajikan yang sentiasa terjamin.