Wednesday, April 03, 2013

Aku sebatang pensel

Nama aku pensel. Manusia selalu menulis kisah, 'Aku sebatang pensel' dengan menggunakan pen ataupun komputer. Malah, banyak kali manusia bercerita yang bukan-bukan tentang aku.

Misalnya sekarang, budak yang baru membeli aku, yang bernama Abu, sedang menulis kisah, 'Aku sebatang pensel', sambil merenung-renung aku, dan membayangkan aku ini pensel yang takut kepada penajam pensel. Padahal, aku sebenarnya suka dengan penajam pensel. Kalau penajam pensel tidak ada, apa gunanya aku menjadi sebatang pensel? Lebih baik aku mati daripada menjadi pensel tumpul atau pensel patah.

Jadi, aku berharap, aku ada kaki dan tangan sendiri, jadi dengan itu, aku boleh heret kepala aku, dan tulis sendiri kisah aku.

Aku akan padam semua tulisan Abu, dan gantikan dengan kisah aku.

***

Malam itu, berlaku keajaiban, pensel itu tumbuh kaki dan tangan.

***

Pagi itu, Abu mencari-cari pensel yang baru dibelinya. Rasanya, semalam dia letakkan di dalam beg, tetapi entah ke mana perginya. Mungkin tercicir, tetapi Abu bersemangat. Dia sudah menyiapkan karangan yang dipesan oleh gurunya, 'Aku Sebatang Pensel'. Bukan sekadar siap, tetapi juga panjang, hampir dua muka surat. Abu berasa sangat bangga dengan dirinya sendiri, dan dia yakin cikgu akan memuji karangannya, dan bangganya bertambah-tambah.

Harapan Abu bagi dipuji semakin cerah, apabila cikgu memilih karangannya bagi disemak sekali lalu.

Melihat wajah cikgunya yang sekejap berkerut dahi, sekejap kening terangkat, Abu semakin yakin yang dia akan menerima pujian.

Akhirnya, cikgunya mengarahkan matanya kepada Abu.

"Abu, siapa buat karangan ini?"

"Saya cikgu." Abu menjawab dengan begitu yakin.

"Bagus karangan kamu, Cikgu suka."

Abu tersenyum-senyum, dan berasa hidunganya mampu menyedut lebih oksigen daripada sebelumnya.

***

Di suatu sudut, di tepi katil, sebatang pensel sedang berdiri dengan wajah yang tidak tahu jenis perasaannya.

Jahanam, sia-sia aku ada kaki dan tangan, tetapi aku tidak belajar menulis. Apalah gunanya menjadi pensel tajam tetapi tidak dapat menulis.

4 comments:

Anonymous said...

Mendalam maknanya.

Macam orang yang dikurniakan bakat tertentu (menulis misalnya) atau apa-apa kurniaan sekali pun tapi tidak melakukannya/menafaatkannya

:)

Tafsiran ikut pesepsi & pengalaman Kak Lily.

tenku butang said...

done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

ShueQry Abdullah said...

apa boleh buat. Walaupun ada kaki dan tangan, tapi masih tidak tahu menulis.

依之汉 said...

Peliknya pensil boleh baca apa Abu tulis. LoL