Tadi saya pergi gunting rambut, dan semasa menunggu giliran saya meninjau2 juga apa terjadi di dalam kedai.
Dari pintu kaca kedai kelihatan seorang tukang gunting yang berpenampilan 'rock' dengan rambut diikat di belakang. Dia juga nampak seorang yang pendiam.
Pelanggannya pula berwajah rapi dengan potongan rambut yang skema. Ia memberi kesan yang dia berpelajaran tinggi, ditambah dengan kesan pakaian kemas yang dipakainya.
Pelanggan itu sangat ramah dengan tukang gunting. Tukang gunting hanya tersenyum dan mengiyakan. Tetapi saya tidak dengarlah apa mereka bualkan.
Malah ramah pelanggan itu membuatkan saya kagum, kerana selesai sahaja urusannya terus dia bersalaman erat dan mesra dengan tukang gunting. Tukang gunting itu terlihat gembira kerana berasa sangat dihargai.
Kagum saya sambil mengenangkan diri sendiri yang tidak seramah itu. Jangankan ramah, berbual2 pun sekadar memberi panduan fesyen apa yang dimahu.
Setengah jam kemudian, selesai sahaja gunting rambut, saya tanpa sedar ramah berbual2 dengan tukang gunting itu, ucapkan terima kasih dan malah bersalaman erat.
Setengah jam tadi, saya fikir itu adalah sesuatu yang sukar, tetapi itu terjadi kepada saya.
Fahamlah saya mengapa pelanggan awal tadi sangat ramah, semuanya berpunca daripada tukang gunting itu sendiri.
Cara dia menyentuh kepala, cara dia bertanya semuanya penuh adab dan merendah diri.
Dia melakukan kerjanya sebaik mungkin, dan bayangkan dia memberi khidmat mengurut kepala, hampir sama lama dia menggunting rambut saya.
Malah buat pertama kalinya juga, saya bercukur misai di kedai gunting. Biasanya cuma di rumah.
Semua itu hanya untuk RM8.00.
Apabila saya berkata, sekiranya di kedai lain mungkin upahnya RM20.00.
Dia dengan tersenyum2 menjawab, "Tidak ada apa2."
Itu antara, 'Tidak ada apa2' yang membuatkan hati saya berasa tersanjung.
Mungkin saya nampak terlalu memuji, jadi boleh abaikan bahagian itu.
Apa yang utama, ada banyak perkara kebaikan yang dapat kita tadah daripada kisah ini.
Cuma, saya suka untuk memperingatkan diri saya, tiga hal yang saya sangat kurang.
Pertama, kebaikan itu akan sangat menyentuh sekiranya ia dibuat dengan adab. Sepertinya, sedekah. Ia akan menjadi lebih manis sekiranya adab semasa memberi itu dijaga dengan tersenyum dan berkata baik2. Itulah yang dibuat oleh tukang gunting tadi.
Kedua, kebaikan itu akan memberi inspirasi untuk manusia lain bagi berbuat yang sama.
Ketiga, apapun kerja kita, sekiranya kita lakukan dengan sepenuh hati, bersungguh2 dan penuh amanah, kebaikan akan datang dengan sendiri. Mungkin bukan dari orang lain, tetapi dari dalam diri kita sendiri. Kita mudah senyum dan adab kita terjaga. Ia menjadi common sense. Bukankah itu 'ganjaran' yang lebih besar daripada wang?
Tetapi semuanya atas izin Allah juga.
Sekian.
5 comments:
baiknya tukang gunting tu
mana2 customer pun mmg mengharapkan penjual yg sopan mcm tu..
As Salam,
Saya baru sahaja membaca tulisan saudara yang telah dikongsi di fb DHM... saya sesungguhnya tertarik dengan cara penulisan saudara..sungguh berhati-hati namun mendalam maknanya... teruskan berkarya..izinkan saya kongsi beberapa entry saudara ke blog saya untuk pembacaan rakan-rakan saya..saya akan buat "backlink" itu ke page saudara..jangan risau...moga2 ianya memberi inspirasi baru pada kami semua ... AMIN.....
Boleh. Silakan Princees Violet.
Saya sentiasa terinspirasi menulis cerpen setiap kali membaca nukilan-nukilan tuan di sini.
Jazakallah.
Post a Comment