Monday, April 22, 2013

dia minat kita

Banyak waktu, tanpa sedar kita menyangka 'bertanya' itu menunjukan minat dan tertarik, tetapi hakikatnya, 'bertanya', kerana berasa ada yang 'tidak kena'.

Misalnya pagi tadi, seorang perempuan menelefon saya. Suaranya lembut. Katanya dari bank, dan memberitahu sekiranya saya membayar 160 sebulan selama 10 tahu, lima tahu berikutnya saya akan dapat rm700 setiap bulan, dan pada tahun ke-15 saya boleh keluarkan RM18k.

Jadi, banyaklah yang saya tanya sebab pada waktu sama, saya juga melakukan kira-kira, dan lebih untung sekiranya saya konsisten menyimpan terus di bank.

Katanya, mereka berikan perlindungan sekali. Bertambah hairan saya, sebab adakah sudah berubah taktik penjual insurans dengan tidak langsung menyebut perkataan 'insurans'?

Oleh kerana saya sudah ada insurans, saya pun berkata, "Tidak apa Puan. Saya kurang berminat."

Terus nada suaranya berubah keras, "Encik Mohamad, mengapa you tidak berminat? Program ini bagus."

Fahamlah saya dia marah dan kecewa. Yalah, sudahlah dia terangkan panjang2, banyak kali pula kena ulang penerangan. Alih2 saya kata, saya tidak berminat. Hancur hati.

Jadi itulah, membina harapan daripada 'pertanyaan' yang kita terima adalah besar risikonya. Seperti yang saya tulis awal-awal tanya, 'bertanya' bukan bermaksud berminat.

Ini juga terpakai dalam 'hubungan lain', ya adik2. Jangan fikir orang tanya fasal kita terus anggap dia minat kita. Nanti malu sendiri.

9 comments:

eira farid said...

'bertanya bukan maksud berminat.'
ya, saya setuju.
saya pernah kena juga haha

a i m z said...

make sense...

eima.manan said...

err..er..Tuan Bahruddin sudah makan? hehe :D

依之汉 said...

Kerana itu kalau syarikat insurans call, saya terus kata saya tak berminat. Tak mahu troll bagai. Kasihan dia.

erm mee. said...

yup! dan kita pula selalu sahaja tersilap.

azhar said...

saya pun pernah menempuh situasi ini..

lelaki muka berminyak said...

Jika yang ditanya itu pada seorang lelaki dan pertanyaan itu pula dari seorang wanita, pasti sifat lelaki yang sememangnya kuat perasan akan membuat lelaki yang ditanyakan soalan itu sangat perasan. Lelaki memang kuat perasan. ^_^