Monday, May 18, 2009

I Think I Love My Wife

Hujung minggu tadi, saya berkesempatan menonton sebuah filem yang membuat hati saya bocor. Filem I Think I Love My Wife. Saya tidak akan menceritakan apa sinopsisnya filem ini kerana jelas ia bercitra dewasa, khas untuk golongan suami dan isteri.

Falsafah dalam filem ini terurai-urai dalam jiwa, umpama pualam yang menebar pesona keindahan. Lantas hati saya yang sedia bocor, terus lungsur ke sungai-sungai jiwa yang penuh pengertian.

Kata pemeran utama filem ini, “Kita tidak punyai pilihan untuk lahir dalam keluarga yang bagaimana dan tidak punya pilihan untuk mendapat otak yang bagaimana. Mudahnya, kita tidak punyai pilihan untuk banyak perkara dalam hidup kita. Tetapi kita punya pilihan tentang bagaimana cara kita menyayangi pasangan kita.”

Itulah rangkaian kalimat yang membuat hati saya bocor. Namun yang membuatkan hati saya seterusnya lungsur adalah cara yang dipilih lelaki itu bagi menyayangi isterinya. Tidak dengan jambak bunga merah, tidak dengan rumah bermozek eksotik, tidak juga dengan untaian kata yang menatang, memikul, merengkuh dan seterusnya menjunjung. Tetapi cukup dengan kelakuannya. Dia memilih untuk menyayangi isterinya dengan menjadi suami yang setia.

Cara yang cukup sederhana. Insya-Allah.

3 comments:

Lily Abdullah said...

Benar, cara yang cukup sederhana. Memilih untuk setia.

Memilih untuk setia,saya kira sangat satu cara yang amat payah dalam dunia yang banyak pilihan ini :)

anyss said...

Salam. Movie yang touching rasanya...(sori belum ada peluang untuk tengok)

kalaulah ada lelaki yang masih solo dan gunakan cara yang sama...wow! rasa nak ngurat la!

Anonymous said...

mmmm..masih wujud ke lelaki yg sedemikian....?