Wednesday, September 24, 2008

Waktu itu - Eidulfitri

Untuk waktu yang berlalu itu, andai ada hati yang tersadung dengan kata yang tertulis, terguris dengan maksud yang berbahasa, terhenyak dengan olah yang terzahir... saya memohon maaf untuk semua hal itu.

Untuk waktu esok juga waktu yang mendatang itu, saya mula bercuti panjang. Pulang bertemu keluarga di kampung yang jauh dari bandar, hanya ada hijau pokok yang sepi. Lalu blog akan terbiar tanpa apa-apa.

Untuk waktu yang masih tersisa itu, apa lagi yang lebih perlu daripada keluarga. Lalu hargai mereka selagi masih ada waktu. Waktu itu walau mungkin tertahan dengan doa, namun akhirnya ia tetap akan berlalu.

Untuk waktu yang tertinggal itu tiada jaminan untuk saya berumur panjang. Lalu sekali lagi, maafkan atas semua kesilapan saya. Saya merayu, maafkan. Jangan ada apa-apa lagi yang tersisa di hati.

Selamat hari raya Eidulfitri.

Ikhlas
Bahruddin Bekri a.k.a dingin

:-)

10 comments:

Anonymous said...

salam,
aduhhh. en dingin suke yer menyentuh hati sayer.

syahdunyer..

huhuhu

maaf zahir dan batin, selamat menyambut syawal di kampung yang jauh dari bandar, hanya ada hijau pokok yang sepi bersama keluarga tersayang dan elisya yang sangat chomel itu.

wassalam.

Lily Abdullah said...

Salam Lebaran Dingin.

Maaf zahir Batin.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

salam dingin,

saya juga mahu minta ampun jika salah kata dan tulis,


selamat hari raya.

bumi.

Laily Abdullah said...

Selamat hari raya.

Maaf zahir & batin.

Zamri Mohamad said...

Selamat Hari Raya!

Maaf fizikal (zahir) dan emosi (batin)

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Anonymous said...

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN

addyaholix said...

salam idulfitri maaf zahir batin.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

aii, lama beraya.

Anonymous said...

Salam 12 Syawal untuk sdr sekeluarga.

salinaibrahim.blogdrive.com

Anonymous said...

redha, terima kasih
lily, terima kasih
anak bumi, terima kasih
laily, terima kasih
zamri, terima kasih
kamal, terima kasih
addy, terima kasih
Kak Salina (penulis hebat), terima kasih

:-)

alhamdulillah umur masih panjang

-dingin-