Monday, September 15, 2008

doa untuk aku



Pernah menonton filem SEVEN? Berkenaan pembunuhan yang diungkap daripada tujuh dosa daripada bible?

Pernah membaca novel Rahsia Medee? Yang menyinggung berkenaan pembunuhan tujuh pelaku dosa sosial yang diungkapkan oleh Mahatma Gandhi.

Itu antara daripada puluhan lagi karya, baik filem, drama mahupun novel yang mengangkat golongan-golongan manusia daripada Bible dan seumpamanya.

Versi Islam?

Lalu dengan hati yang menunduk ke bumi, saya persembahkan 'Doa Untuk Aku'. Ia bukan berkisah berkenaan entri saya pada bulan Februari, 'Doa Untuk Aku. Entri ini sudah dikomikkan oleh Wanzu di dalam buku kompilasi Remaja@PTSOne.

Tetapi ia berkisah berkenaan seorang lelaki yang membesar sebagai Islam tetapi tidak pernah tahu apa itu 'Islam'. Namun dia lelaki yang percaya berkenaan sesuatu, iaitu doa. Lalu dengan kekaburannya berkenaan Islam, dia mencari doa, doa lapan golongan yang makbul.

Ini bukan thriller kerana novel ini mengambil semangat filem 'Kiamat Sudah Dekat' yang santai dan humor. Di samping plot utamanya berkenaan doa, terselit juga misteri berkenaan kehilangan ayahnya yang tidak pasti hidup ataupun mati. Juga berkenaan Chempaka, gadis misteri yang tahu satu lagi rahsia berkenaan lelaki ini, rahsia yang cukup besar.

Saya akui, gaya penulisannya berbeza daripada gaya penulisan di blog ini. Di mana gaya novel ini lebih terus dan ringkas. Tanpa bunga-bunga bahasa yang meliuk. Kata editor saya, genre begini seharusnya begitu dan untuk saya, ia adalah cabaran bagi mempelbagaikan gaya penulisan.

Novel ini sudah saya uliti kulitnya sudah saya cium segar baunya, dan insya-Allah ia akan berada di kedai-kedai dalam masa satu ataupun dua minggu lagi.

Saya mohon, bantu saya dengan membeli novel yang original :-P

Terima kasih.

Di bawah adalah kempen anti cetak rompak kerana pernah novel DISK dijadikan e-book, dan saya adalah lelaki yang berjeket hitam. :-P

9 comments:

welma la'anda said...

salam,

oo patutlah kamek sik nangga Doa Untuk Aku kat kedai buku marek, rupa-rupanya sik keluar agik.

azlanfadzil said...

tak sabar rasanya nak tunggu dua minggu lagi.

dingin said...

welma,
nya lambat maok di distribute, :-)

Azlan,
Terima kasih.

Artozy said...

kalau datang maskara depan, harap bawak naskhah untuk dijual. dah lama tak ke kedai buku

Anak Bumi said...

hensem betul saudara dingin atau bahrudin bekri. hehe.

Aku Comel said...

salam..
saya nak beli buku ni...melalui kamu sahaja...boleh sik?

please let me know..
boleh email di nsyazwana@gmail.com

Thank you!

fakhrul said...

Memang syok baca buku saudara. Memang lain dari yang lain. Dahlama saya tunggu buku yang ada unsur-unsur lawak selamba-selamba bodoh.

Walaupun lawak tapi banyak falsafah yang ada dalam buku ini.

Masa baca buku ni, kadang-kadang aku ketawa sambil sakit perut, kadang-kadang aku rasa nak nangis.

Memang lain dari yang lain. Saudara sudah berjaya menjadi berbeza.

Tahniah.

Rohaya said...

salam,

buku ni mmg kelakar sangat, tahniah akak ucapkan, teruskan berdoa supaya dikurniakan ilham2 agar dpt menulis lagi.

beli buku ni setelah membaca resensi welma, sebelum ni selalu nampak di rak buku popular(novel remaja). tak teringin nak beli - novel remaja dan gambar hadapan.

baca buku ni, gelak dpt, mesej nya pun dapat. Terima kasih Allah.

sweet_teddy:) said...

saya sudah beli dan juga sudah baca buku ini. ceritanya sangat menarik sehingga saya dapat menghabiskannya dalam masa 2 hari sahaja. saya suka cara penulisan saudara. terima kasih kerana menceriakan hari saya dengan buku saudara.