Friday, August 29, 2008

ini rahmat

Saatnya langit Syaaban hilang jingganya dan sempurna gelapnya menjadi Ramadan. Saatnya untuk mendatangi rumah-Nya, tarawih dan berniat untuk esok, saya berpuasa kerana-Nya. Saatnya juga rahmat mengucur dari langit umpama air bening yang mengucur dari atap semasa hujan. Tidak pernah berhenti. Cuma soalnya kepada kita, mahu menakung rahmat yang mengucur itu ataupun sekadar melihat ia jatuh berderai diserap bumi, dan kita hanya menarik selimut kelabu bagi menghangat tubuh, enak memejam mata. Ya, titik rahmat itu sememangnya enak dengungnya ditelinga.

Selamat datang Ramadan. Ya, Allah berikan saya kesabaran pada bulan ini bagi menakung rahmat-Mu yang mengucur, membasahi hari-hari Ramadan. Amin.

4 comments:

Laily Abdullah said...

Selamat berpuasa! kalau makan kuih yang sedap2 tu, ingat2 la juga kepada orang yg x merasa kuih2 sedap ketika berbuka tahun ini. =)

Anonymous said...

Salam ramadan dan selamat berpuasa..
Selagi berdaya menadah tangan, menakung nikmat Allah yang tidak terhingga hingga hampir melimpah.. maka tadahlah tangan itu tanpa jemu kerana Allah sudah menjanjikan pelangi untuk mereka yang sabar dan kuat semangat..

Anonymous said...

memeluk ramadhan seerat-eratnya hingga pada waktu dia pergi.

MDM FARAH FAIZURA said...

laily,
puasa kat new zealand eh?
ksenang la nak carik pucuk paku

carrie,
baru hari ke-3 sy dah jemu nak g PARAM
ekeke

redhaku
wah, peluk erat2, habisla kena seret