Wednesday, July 11, 2007

cinta yang tertangguh

"RM10 bang," kata budak itu. Mukanya tidak senyum.

Aku tarik kembali uang RM1 aku dan memasukkannya ke kocek celana.

"Tak apa lain kali sahaja," kataku perlahan. Aku kembali menghirup teh tarik yang sudah suam-suam kuku.

"Mengapa kamu tidak berikan sahaja RM1 itu tadi." Temanku yang duduk di kiri aku bertanya. Matanya memerhati sahaj budak itu berlalu ke meja lain pula.

"Kalender yang dia jual itu harganya RM10. Aku mana ada duit, lain kali sahaja," bilangku. Kaki aku lunjurkan. Terasa nyaman sedikit lutut aku.

"Budak itu jual kalender cerita lain, tetapi RM1 tadi itu pula mengapa kamu tidak sedekahkan sahaja," tegasnya. Kini giliran dia pula menghirup teh tarik dia.

Aku terdiam. Bodohnya aku. Terus aku teringat kata-kata seroang ustaz

"Kita sering ditipu oleh iblis. Bagaimana? Dengan berbisik di hati hati kita. Memujuk kita menangguhkan sesuatu kebaikkan yang disangka kecil bagi mengejar satu kebaikkan yang disangka besar. Misalnya solat sunat, biasa kita menangguhkan pelaksanaannya kerna alasan mahu memastikan solat fardhu kita sempurna. Ataupun dalam bersedekah, kita sering menangguhkan bersedekah dengan mengatakan mengatakan kita akan bersedekah jika Allah memberikan kita rezeki yang lebih. Kita lupa, RM0.10 itu juga sedekah."


Baru sebentar tadi aku ditipu oleh Iblis. Aku menangguhkan sedekah RM1 aku hanya kerana mahu memberi RM10 pada masa hadapan.

Jadi cuba kita memantau segala kenyataan daripada hati kita.

Jika hati kita berkata begini,

"Aku akan melakukan itu, jika hanya Allah memberikan itu ataupun ini"

ataupun

"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku sudah berjaya itu ataupun ini."

ataupun

"Aku hanya akan berbuat begitu jika hanya aku mempunyai itu ataupun ini..."


Jika ada kenyataan2 itu ujud dalam hati, maka kita sebenarnya sudah ditipu oleh Iblis.

Ditipu bagi menangguhkan sesuatu kebaikkan.

Mungkin dalam cinta juga begitu, sering bertangguh. Hanya kita sahaja yang tahu hati kita.

3 comments:

Anonymous said...

Bermakna selama ini aku sering ditipu oleh iblis. Ya Allah, aku harus berubah hari ini juga. Bantulah hambaMu ini.

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

abg dingin...
memang...sememangnya kita aja yg kan pernah tahu apa isi hati kita...


lama ct x singgah komen..hehhe

oh ya..amin utk doa tetamu senja tu..hehhe

nikki said...

aku selalu juga berfikir seperti entry ini.kalau tidak ini, tentu itu jalanku, tapi kalau itu jalanku, takkan ada yang ini dan ini yang begitu membahagiakan sekali tetapi yang itu tentu sekali memenuhi kehendak diri...eh?