Friday, July 13, 2007

pejam mata dulu

"Rasanya kamu masih keliru," kata perempuan itu. Senyum. Kacamatanya dibetulkan.

Aku hanya mengangguk.

"Bukan keliru tetapi saya take for granted," balasku.

Perempuan itu berpaling daripada kertas dihadapanku. Entah kemana pandangannya ,kerna aku hanya tunduk terus merenung kertas.

Aku menyambung lagi kata-kataku, "Maksud saya, selepas selesai, saya menganggap ia sudah sempurna. Bukan maksud saya membuat separuh hati. Tetapi saya terlebih yakin ia sudah bagus, jadi mengapa perlu ia disemak buat kali ke 4 jika ia sudah bagus."

Tanganku bermain-main dengan pen hitam. Terus fikiranku melayang. Mataku pejam sekejap.

Aku terfikir jika kerja yang semudah ini aku banyak buat kesilapan hanya kerana aku terlalu yakin dengan diriku, bagaimana pula dengan pekerjaan lain. Yang aku kira aku yakin aku betul. Yang aku yakin, aku ikhlas.

Risau
Aku coretkan ini untuk memberi ingat pada diriku, memahami itu berbeza dengan melaksanakan. Aku memahami segala apa teori yang disumbatkan ke kepala aku. Tetapi dalam melaksanakan, aku sering tersilap. Kerana terlalu yakin dengan kefahaman aku ini, aku beranggapan aku tidak mungkin berbuat silap. Tetapi terlalu yakin itu adalah awal kesilapan. Kerana dengan keyakinana, kita tidak mungkin dapat melihat kesalahan kita. Elemen 'risau' perlu disuntik. Supaya menjadi lebih teliti.
Aku kira sekarang aku perlu banyak risau. Risau dengan pelaksanaan kerja aku. Risau dengan pelaksanaan ibadah aku. Risau dengan segalanya. Hurm. Perlu risau dengan keyakinan tetapi jangan risau dengan cabaran. :-p

2 comments:

Saya said...

salam...kenapa ya entri ini seolah-olah pernah saya katakan beberapa hari lepas. Adakah ini deja vu atau emangnya itu yang diluahkan di sini. Maaf andai ia tidak selesa untuk saudara. Dalam proses belajar emangnya begitu. Kita yakin apa yang kita buat itu betul sehingga ada org yang lebih tahu menceritakan cara yang betul. Sebab itulah adanya Al-Quran bagi menegur cara kita yang tidak betul. Ada Rasulullah membetulkan cara hidup dan ada teman yang saling mengingati yang kadang2 langkah kita tersasar.

Kerana itulah kita memerlukan masyarakat dan disuruh bersosial bagi saling mengingati dan berkongsi ilmu.

Anonymous said...

de javu tu apa?

kabur

hihihi