Friday, July 20, 2007

Bahgia di hati kita.

"Aku mahukan seseorang yang lebih tua dari aku," kata temanku seorang wanita yang cantik.

Kata-kata itu aku tidak tahu dimana asasnya. Mahukan seorang lelaki yang tua sebagai suami. Aku bertanya mengapa dan dia menjawab.

"Lelaki yang lebih tua lebih matang dan memahami," katanya lagi.

Jika lelaki tua lebih matang itu benar dan memahami juga, aku masih boleh terima. Tetapi berapa sebenarnya umur yang dianggap matang dan bisa memahami.

MIsalnya,
Jika wanita itu umurnya 27 tahun dan mahu lelaki yang lebih tua daripada dia atas alasan mahu yang matang dan memahami, jadi jia umur lelaki itu 26 ataupun 25, adakah lelaki itu belum cukup matang dan memahami kehendak wanita yang umurnya baru 27 tahun.

Tetapi aku kira dalam beralasan itu wanita sebenarnya menyembunyikan satu alasan yang lebih kukuh. Lelaki yang lebih berusia itu lebih kukuh ekonominya. Cuma alasan itu jarang mahu diterangkan secara jujurnya.

Tetapi alasan yang cukup benar adalah berapa ramai lelaki yang mahukan wanita lebih tua daripada dia. Majoriti lelaki mahukan wanita muda seboleh-bolehnya. Alasannya lebih kepada cerita diranjang. Jadi kaum wanita tidak punyai pilihan lain terpaksa mencari yang lebih berusia daripada mereka.

"Tetapi lelaki yang menyukai aku lebih muda daripada aku," sambung teman ku tadi sambil tersenyum.

Aku juga tersenyum. Aku katakan pada dia, terima sahaja ajakan cintanya dan segera bernikah.

Kemudian dia mencebik, "Huh budak itu muda lagi. Masih berhingus."

Jelas, ketidak pastian sedang terjadi, sama ada mahu memenuhi tuntutan ego, mahukan lelaki berusia ataupun mahu menuruti naluri untuk disayangi dan menyayangi dengan bercinta.

"Tapi aku malu hendak sms dia, dia muda lagi." Temanku tadi kembali rungsing. Aku ikut pusing.

Aku berkata pada dia, dia mahukan apa sebenarnya.

"Entah la, sekejap rasa seronok, sekejap rasa tidak suka," katanya lagi sambil merenung jauh.

Dalam keadaan aku sebagai lelaki, pasti aku kurang mengerti hati temanku tadi. Cuma aku cba juga bersuara dengan mengatakan, bercinta dengan lelaki berusia tidak hadir bersama surat jaminan bahagi. Sama juga jika bercinta dengan lelaki muda.

Cuma, biar apapun kita perbuat, ingat, kebahagian itu tidak terletak pada lidah yang merasa makanan lazat.

Kebahgian tidak terletak pada tubuh yang menggunakan pakaian mahal.

Kebahgian tidak terletak pada punggung yang duduk di kereta mewah.

Kebahgian iu terletak dihati. Kita melakukan segala perkara itu hanya untuk mendapat kebahgian dihati. Jangan lupa siapa yang memberi kebahgian itu. Hanya Dia yang bisa memberi maka pinta daripada Dia melalui doa, dan seelbihnya terserah kita untuk berusaha.

"Bagiamana aku hendak sms dia , aku ini pemalu," tanya temanku bagi yang kedua kali. Mungkin dia tidak sedar. Aku hanya mampu tersenyum sambil terfikir-fikir ayat-ayat smsnya. AKu bilang, nanti aku beritahu.

"Ah, kamu hendak aku bercinta dengan budak muda itu. Tidak perlu." Aku lagi sekali, bingung. Ah, perempuan. Kali ini aku terus tertawa.

3 comments:

azeel said...

dingin,

aku ada penyelesaian untuk masalah temanmu, si gadis muda itu.
minta dia menjenguk blog aku, dan klik pada 'view my complete profile' dan sila dapatkan no tel. aku di situ. pesankan, jangan harus malu-malu untuk hantar sms kepadaku.
dan katakan, aku ini lelaki tua yang matang.
tentu dia akan mendapat kebahagiaan. walaupun itu bukan satu kepastian, tetapi aku akan cuba membahagiakan dia sebaik mungkin....
hihihihi ...
p/s: aku sekarang bertugas di bahagian pemasaran, sesuatu yang baru dalam kerjayaku. adakah sekarang aku sudah mahir 'memasarkan' diriku?

Anonymous said...

HUrm,

yup.

Betul2.

Pasti kamu tidak mengecewakan.

Aku yakin hal itu.

Bulan Heedaya said...

hmmm...mmg wanita sukakan lelaki yg lebih tua...aku paham perasaan gadis itu....mgkn fikirannye sama dgnku..