Wednesday, March 07, 2007

cerita cinta (bab 2 : cinta perempuan)

Tasha masih tersenyum sendiri. Sambil berdiri rapat dengan rak kad-kad dihadapannya. Tangan kanannya lembut mengambil kad berwarna merah yang berada di sebelah kiri. Dengan perlahan dia membuka dan dia tersenyum lagi ketika membaca kad itu.

"aku bisa menakluki dunia dengan sebelah tanganku , asalkan tanganku yang satu lagi, kamu tidak lepaskan"

Tasha meletakkan kembali kad itu ketempatnya. Sudah setengah jam dia begitu. Tersenyum di celah-celah rak kad dan buku. Dala waktu itu juga seorang pembantu kedai buku sering menjeling ke arah Tasha. Mungkin dia sudah bosan menunggu pembelian dari Tasha atau juga sekadar ingin menikmati keayuan wajah Tasha., kemanisan senyumannya.

Dalam tersenyum Tasha teringat perbualannya kelmarin dengan Ayu, teman karibnya.

"Boleh minta tolong dari awak?" rayu Tasha manja.

"Tolong yang bagaimana boleh saya beri". Tanya Ayu sambil menyentap selimutnya naik keatas tubunya yang berbaring selesa di atas katil. Tasha yang berada di meja tulis di hadapan katil Ayu segera berpaling ke arahnya. Sambil tersenyum menampakkan giginya yang seperti mutiara, dia berkata,

"Esok saya sebenarnya ada temujanji dengan Adi di komplek Indera. Adi meminta saya membantu dia memilihkan hadiah harijadi untuk kembar perempuannya."

"Jadi, apa yang boleh saya bantu?" potong Ayu.

"Awak tolong temankan dia, kerana saya juga hendak pergi membelikan hadiah dan kad untuk dia, saya mahu dia terperanjat besar". Kata Tasha sambil meneruskan kerjanaya di atas meja.

"Saya, temankan Adi untuk memilih hadiah untuk kembar perempuannya?, kenapa tidak awaka sahaja". Ayu sambil mengereng ke arah Tasha, sambil dia membantah.

"Saya terlupa untuk membelikan Adi hadiah, kerena sibuk dengan aktiviti persatuan dan kertas projek, harap awak dapat membantu saya. saya terlalu cintakan dia dan mahu membuat dia merasa istimewa di hari lahirnya". Tasha masih merayu sambil berjalan kearah ayu. Dengan cepat tapi perlahan dia melabuhkan punggungnya di katil Ayu sambil merenung Ayu.

"Baiklah saya tolong tapi tolong jangan pandang saya begitu, saya serba salah". Giliran Ayu pula yang merayu.

"Maaf , tumpang lalu". kata seorang gadis kepada Tasha ketika melalui celah-celah sempit rak-rak kada dan buku tersebut. Permintaan yang sopan itu menyedarkan Tasha bahawa dia sudah lama membelek-belek kad tanpa hasil.

Segera dia mengambil kad berwarna biru yang lama di belek-beleknya tadi dan dia kembali mengulang baca kad pilihannya. Jelas terlihat senyuman Ayu yang bertambah seri bila hatinya membaca kad itu yang tertulis kata-kata:

"jangan biarkan kata-kata ini hanya menyentuh pandangamu, tapi gerakkan ia ke dadamu, tanamkan ia dihatimu, sepertimana aku menanamkan namamu di hatiku, aku cinta kamu".

Cuma perlu ditambah ucapan selamat hari lahir sahaja lagi untuk menjadikan ia sempurna. Segera Ayu ke kaunter pembayaran membawa kad yang mentafsirkan hatinya, hatinya yang penuh cinta.






4 comments:

azim said...

dingin..
kamu mahu buat e-novel ke? menarik ni. tapi kalau kau bukukan kisah ini, aku mahu buku yg percuma, siap dengan tandatangan kamu sekali.

Rebecca Ilham said...

Dingin, terima kasih atas teguran. Selepas mengepos entri berkenaan, saya baca kembali artikel untuk memastikan kesahihan berita. Saya sedang mengedit entri, lalu ternampak komen kamu.
Terima kasih sekali lagi!

dingin said...

aku hanya ingin mencari dan mencuba

'gaya bahasa' aku,

mudahnya, aku sedang berlatih menulis..hehehe

ehehe

lagi juga,

aku ingin menulis dan terus menulis kerana ia mengurangkan tekanan aku. itu aja.

:-)

DeLinn said...

Hi Dingin

Apa kabar? Baca dari archive, dah jadi suami orang? Betul? Kalau betul, tahniah :).

Sure tak dingin dah kan? :D